Tuesday, March 28, 2017

Hong Kong Day 6 || Temple's Market || Last night

Punyalah lama kepam cerita untuk malam terakhir kami anak beranak di Hong Kong. Sebenarnya dah ingat tak ingat apa aktiviti yang kami lakukan.

Setelah shopping sakan di Citygate dan kelam kabut ke tempat yang tak tahu di mana untuk solat.  Dan sebab malam masih muda, jadi kami pun decide lah untuk ke Temple's Market. 

How to get there?

Tak berapa ingat tapi kalau tak silap kami turun di stesyen Jordan, jalan kaki sikit dan sampailah di Temple's Market.


Temple's Market ni lebih kurang sama dengan Petaling Street dan satu taraf dengan Ladies Market. Cuma bagi saya barang yang dijual di Temple's Market sedikit murah dari Ladies Market dan ada banyak lagi pilihan berbanding dengan Ladies Market. -- bagi saya lah--


Papa memang spent maha suci lama dekat kedai Artwork ni. I dah pusing patah balik pun dia masih bertenggek dekat dua kedai artwork ni.


Sebenarnya ada video adik I ambik masa Papa tengah tawar. FYI, husband i ni memang kalau dia tawar, pergh boleh luruh jantung tengok. I sampai lari jauh jauh malu hahaha sebab dia memang terror gile muke tembok tawar dan tawar lol..

Pakcik ni masa husband i tawar dia melayan la jugak. Masih ade proses kegembiraan di kedua dua pihak..


Tapi dengan muka makcik ni memang strict. No is no. Disebabkan suami saya kata gambar dekat situ lawa lawa dibelinya jugak darik makcik ni..


Tapi bila sampai Malaysia ni, sampailah dua bulan balik dari Hong Kong tidak dapat dipastikan mana lah dia letak gambar gambar lukisan yang dibeli 🙄🙄


Kami tak berapa beli banyak barang pun di sini. I adalah beli rantai untuk diri sendiri dan beberapa souvenir untuk family dan kawan kawan. Lepas tu kami pun dah balik untuk pulang.. Sampai saja di Tsim Sha Tsui, rupanya jalan ditutup lagi sebab ada pertunjukan bunga api.. tapi masa kami sampai tu, pertunjukan bunga api baru saja habis.. tapi seronok jugak sebab dapat jalan di tengah tengah jalan yang sibuk di Tsim Sha Tsui


Ternampak kedai ni dan of cos lah tak dapat menahan untuk ambik gambar hahaha


Kalau ikutkan, hari terakhir merupakan hari yang kami paling banyak sekali berjalan in a day. Rasanya dalam 11-13 km..


Hari ni best sikit duduk di atas jalan sebab orang tak berapa ramai berbanding hari yang sebelumnya. Polis memang banyak untuk jaga lalulintas, adik I Cikyah beria mintak nak ambik gambar dengan Abang Polis tapi saya tak bagi. Risau lah dari takde apa-apa boleh trigger bende apa-apa kan. Tak mau cari pasal..


Gambar bawah ni adalah kedai yang betul-betul di hadapan apartment yang kami tinggal. Jalan di sini tak tutup tapi malam tu tak berapa banyak kerete. Dekat Hong Kong ni, pemandu dia memang mematuhi peraturan jalan raya, cuma katalah apabila jalan tu mereka punya (maksudnya memang time kerete depa jalan) berhati-hatilah sebab mereka memandu sangat laju. Sebagai pejalan kaki, sila jalan bila lampu pejalan kaki hijau sahaja.


Kesian cik adik sorang ni. Gambar dia banyak takde sebab banyak jadi photographer tak rasmi kami.. 


Dan kami bertiga di hadapan apartment lagi.. banyak memori di sini. Rase 6 hari masa yang cukup untuk meneroka Hong Kong.. 


Semua perut lapar tak makan. Padahal masa tu dah nak dekat pukul 10 mlm. Pagi sebelumnya,  Papa ade ke Pasar di Haiphong Road lagi dan beli Daging. Tapi laki i ni tak terror agak, bukan main banyak dia beli mcm nak tinggal seminggu lagi. Nak tak nak terpaksalah masak semua malam tu kalau tak membazir. Lagipun dagingkan mahal.. 

Jadi, tetibe husband i volunteer untuk potong daging. Sangat rare ok sebab suami saya ni bukan jenis masuk dapur punya orang. Nak masak apatah lagi. Jadi haruslan di ambik gambar untun buat kenangan gitu.. 


No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez