Thursday, March 02, 2017

Hong Kong Day 6 || Plan to Macau but ..

Hari ke 6 merupakan hari terakhir kami 24 jam di sini sebelum kami berangkat pulang semula ke Malaysia. Kalau ikut tentative plan memang ibu dah kosongkan hari Ahad ni in case ada tempat-tempat lain yang kami nak cover tak sempat cover. Of cos, we always have Ocean Park, tapi rasa macam berat hati nak ke Ocean Park dan spent RM1K at least (which already outside my budget on theme park :D) 

Tetiba dapat satu idea nak ke Macau, tapi once again berkira-kira sebab total expenses senang-senang akan naik rm2k.. tapi lepas dah fikir-fikir dan tak de apa nak buat, kami pun on je lah, tapi honestly hati ada berat sikit.. sebab expenses tu sama je dengan pergi dari Malaysia ke Macau, padahal yang kami nak pergi ni sehari je..

So, dengan rasa masih 50-50, kami pun singgah dulu dekat Sham Shui Po, kot kot lah kedai fabric ni dan bukak. Kalau ikutkan ini kunjungan kami kali ke3 dan seperti yang dijangka kedai masih tutup, jadi tamatlah riwayat untuk mencari good fabrics di sini..




Dari Sham Shui Po, kami turun balik di Tsim Sha Tsui untuk ke terminal Star Harbour (dengan harapan nak cari Ticket ke Macau lah). Yang berbentuk kubah tu adalah Hong Kong Space Museum, malangnya masa kami ke sana, Space Museum ni under renovation..


Ini adalah kunjungan kedua, tapi kami ambil gambar ni agak extensive sikit :D










Cikyah kata jam belakang ni jam famous, kita pun ambik je lah gambar berlatar belakang kan jam ni..


Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan untuk cari tiket ke Macau. Kami menuju ke sini sebab di sini lah Star Habour Pier. Dari satu kaunter ke satu kaunter, mencari tiket ke Macau, rupa-rupanya kami found out ini bukan tempat untuk beli tiket ke Macau sebaliknya ini adalah tempat untuk naik feri ke Wan Chai. Harga feri murah sangat, rasa HKD2.50 kalau tak silap. Tapi memandangkan kami nak cari Tiket ke Macau, tidaklah beli tiket ke Wan Chai kan..


Kami tanya banyak orang, katanya kalau nak ke Macau, kene cari China Ferry Terminal. Sekejap ada yang kata tak jauh, sekejap kata jauh. Bila kami tanya, jauh ni masih boleh  berjalan ke.. depa main angguk-angguk, so we take it as possible.


Tak pasti ini Shopping Mall mana, tapi yang pasti shopping mall ni dalam perjalanan kami mencari China Ferry Terminal. 



Pemandangan sini sangat cantik. Untuk hari ni, Papa tak nak onkan data phone, i lagilah takkan on-kan data phone, jadi untuk hari ni memang kami waze-less dan memang bergantung harap kepada orang local untuk tunjuk arah jalan.. Jauh-sejauh-jauhnya untuk sampai ke China Ferry Terminal ni.. ada jugak la kami jalan nak dekat 40 minit.. campur ambik gambar bagai, sejam jugaklah 


Bila sampai di sini, memang banyak lah kaunter tiket nak ke Macau dan Shenzen. Pendek kata, kalau nak keluar dari Hong Kong naik Feri, inilah tempatnya. 

Kami sampai di sini ketika hampir pukul 2.. pulak tu kami memang wajib untuk balik dari Macau hari yang sama juga sebab esoknya dah nak pulang semula ke Kuala Lumpur.

Sekali... hancur berderai hati ni sebab semua tiket habis. Kalau ada tiket pun, tiket pukul 5.45 petang (kalau nak beli tiket dari kaunter yang legal lah).. Tapi kalau nak beli dekat kutu-kutu banyak je..



Papa marah betul sebab tiket kutu yang dijual tu adalah dua kali gandar harga. Kalau tak silap ibu, pergi balik dari Macau kalau harga biasa untuk 4 orang adalah dalam RM1,000, tapi kalau hari tu, satu tiket sehala je dah RM300. Memang betul-betul depa cekik dengan alasan Chinese New Year.



Hero-hero saya buat muka sedih sebab tiket habis, dah lah jalan jauh mencari kaunter tiket kan.. 



Tapi apa adahal, lepas kami tak dapat tiket, sebenarnya kami lepak dekat Starbucks ni adalam dalam sejam lebih sampai wireless free habis haha.. Gambar rupanya tak ambil..



Kalau tak silap bawah ni adalah sekolah di Hong Kong.. 



Belakang tu adalah bangunan Pengakap, itu buat tabik hormat..



Sebenarnya memang sehari sebelum, kami ada google untuk mencari tempat beli tiket, tapi masa tu take for granted, sebab dalam kepala ingat tempat feri tu tempat yang nak ke Wan Chai.

Kami cari juga MTR mana yang berdekatan untuk ke Macau, pun susah nak cari.. rupanya ini dia. kalau nak ke Macau dari Hong Kong, anda boleh naik MTR ke Austin, jalan sikit dan anda terus jumpa China Ferry Terminal. China Ferry Terminal ni macam shopping mall. 



Maybe next time boleh plan untuk ke Macau :)

1 comment:

aimi said...

Byk rupanya tmpt boleh pegi bila dh snp hong kong... Ni untung plan awal bila travel, cukup masa utk study tnpt nk pergi kan :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez