Monday, February 20, 2017

Hong Kong Day 5 || The Peak Part 3 || Sky Terrace 428 || Bye The Peak

Akhirnya Ibu sampai ke entry yang terakhir untuk bahagian The Peak. Dont ask me, Ibu pun tak paham kenapa The Peak ni sampai 3 entry padahal aktiviti tak banyak pun. Disneyland yang banyak aktiviti tu boleh pulak satu entry je kan.

By the way, selepas 2 jam berpeleseran di top roof, akhirnya mereka bertiga nak masuk dalam sebab cuaca pun dah makin sejuk. Ibu apatah lagi, dari mula lagi ibu dah tak tahan sejuk. Orang sentiasa ramai tapi keadaan terkawal. 

Lepas dah masuk Sky Terrace semula, bende pertama semua orang cari adalah Toilet haha. Tapi ibu biasalah hati kebal sebab ibu memang paranoid sikit guna public toilet ni. Akan bertahan selagi mampu :p.

Back to the story, lepas semua dah selesai urusan masing-masing (lama gila derang beratur nak masuk toilet) so akhirnya kami ke sini, tempat tujuan ibu -- Hard Rock Cafe The Peak. Ini macam tempat wajib kami kalau ke mana-mana.. 


Takde lah obses dengan Hard Rock, tapi rasa menarik bila kita ada satu tempat nak tuju untuk setiap negara.. Ada yang pilih Starbucks, ada yang pilih whatever jenama coffee, tapi ibu pilih Hard Rock.. 


Hard Rock ni kecil saja sebab kedai Hard Rock yang utama terletak di city kalau tak silap. Yang tu tak pulak kami jumpa.. Ibu memang dah google Hard Rock sini saja lagipun memang dari asal tujuannya nak ke sini untuk melawat The Peak. So sekali jalan...


Belilah beberapa tshirt.. 


But that is not what im looking for.. 


I am aiming for this, classic Hard Rock Magnet.. Walaupun setiap Hard Rock akan ada unique magnet, but i still go for the classic Hard Rock magnet.. dan magnet ni dah selamat join adik beradik dia yang lain dekat fridge Ibu.. 


Memandangkan ibu dah sejuk tahap tak boleh tahan.. jadi ibu pun request untuk ke Pacific Coffee untuk telan coffee panas.. Emir seperti biasa akan minum Matcha Latte nyer lah. He is sooo obsessed with Matcha, Kitkat suka green tea kitkat, pilih air pun green tea, kek pun nak green tea.. i kurengg sikit green tea ni .. 


Lepas dah selesai semua, jadinya time untuk balik.. Punyalah cari mana tempat nak tunggu naik tram. Rupanya sebelah Pacific Coffee je. Itu tak pe lagi, yang i dah rasa nak nangis bila i nampak kene beratur dekat luar bangunan dengan cuaca yang sejuk macam tu, dengan line panjang sepanjang nye.. Tengoklah muka i.. ada kot beratur dalam sejam kat luar tu.. tapi best dapat special treatment dari Papa and Emir, depa gilir-gilir peluk i haha sebab i dah tak boleh bercakap, hingus dah keluar sbb dah tak tahan sejuk :p.. 


Walaupun hero-hero i ni dok kate "tak sejuk pun" "apalaa" butttttt lepas balik dari The Peak tu, i sorang je sihat walafiat, Papa and Emir dah terbatuk-batuk, Papa terus demam sehari hahaha.. Tulah eksyen lagi kan.. 

Ok, dekat sini boleh juga naik teksi untuk turun ke bawah. Tapi tak berapa sure berapa harganya.. Kita dah beli tiket tram, naik tram lah kan.. Again, acara tolak-menolak berlaku, pandai2 lah kite manage. Tapi tak seteruk macam naik. Kali ni i n papa jaga kawasan bagi Emir naik dulu.. 

Dalam keadaan yang berebut-rebut, kami berjayalah untuk duduk dalam tram. Thats fine. Yang tak berapa fine, ibu duduk dengan Emir.. Ok, tak ada apa yang berlaku. Cik Yah pilih untuk berdiri saja. Papa-lah, Masa Papa naik tram, dia duduk di hadapan kami. Mase dia nak duduk, kebetulan ada satu nenek tua (lebih kurang umur 70 tahun lebih) duduk serentak dengan Papa. Dia suruh Papa bangun untuk bagi family dia duduk (yang dah sedia duduk dah pun dekat kerusi sebelah), cuma dia nak family members dia yang sorang tu duduk sebelah dia. Papa buat tak tau je sebab dia pun cakap bahasa dia. Lagipun agak susah nak bangun berdiri sebab tram dah mula penuh.

Yang buat Papa naik angin tu, nenek ni boleh pulak ada kudrat tolak papa sekuat hati.. Kami kat belakang ni nampaklah dia gunakan tenaga dia sekuat hati untuk tolak Papa.. 

But what to do, Papa tu besar lagi pada ibu, nenek ni pulak kecik pada ibu. Papa dah orang buat macam tu, memang tak give in lah.. So Papa bertahan.. Buat tak tahu je..  Papa cakap memang boleh tahan nenek tu tolak, kuat betul tenaga dia .. Sampai Papa jerit jugaklah baru dia kurangkan tolakan dia tu, tapi still tolak.. Nasib lah tak sampai 5 minit dalam tram tu..

Apa pun, The Peak ni yes sesuai untuk pelancong, tapi Hong Kong's government need to do something about it especially during the peak season. Paling utama, 

(1) boleh tak ada sistem naik tram.. really annoying nak berebut-rebut ni. sangat bahaya untuk semua penumpang
(2) Sediakan tempat beratur yang selesa, bukan dekat tempat open yang pengunjung boleh mengigil kesejukan especially waktu malam 
(3) Kasi la kawasan yang boleh pengunjung panaskan badan sikit dekat the top of the Peak tu.. dah la tak kasi masuk balik bangunan bila kita dah keluar.. Tak semua orang tahan sejuk macam anak saya, ramai lagi yang tak tahan sejuk macam saya.
(4) Buang kutu-kutu dekat situ terutamanya teksi yang sangat melampau naikkan harga.

Ok fine, doubt any of the office reads this, at least my readers can expect what to be expected..But my friends told me, this will not happen during normal season. Still they need to do something right, i just couldnt imagine those with baby..



No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez