Friday, February 17, 2017

Hong Kong Day 5 || The Peak Part 2 || At the top of The Peak

Back to Hong Kong stories. Maaf ye semua Ibu nak share di blog ni, sebab ibu rasa blog ni lah tempat kenang-kenangan kita yang selamat . InsyaAllah. 

Untuk naik ke The Peak, kite akan lalu Sky Terrace 428, bertingkat-tingkat Sky Terrace ni..dan sebelum kita naik sehingga ke puncak, akan ada check point yang mana staff The Peak akan check ticket kita. Tiket apa? Tiket yang kita naik tram tadi. Jadi, simpanlah tiket tram tu elok-elok sebab tiket tu akan digunakan untuk naik tram, naik The Peak dan turun tram.


Ibu tak edit pun gambar-gambar ni.. Lighting-nya harap diampunkan, nak nak Papa sekarang bukan lagi pemegang kamera DSLR. jadi nak dapat gambar cantik macam pergi Japan dulu memang tak de la..



Memang pengunjung agak ramai, tapi tak sesak, masih boleh berjalan ke sana ke mari dengan aman. Mungkin masa kami sampai tak de tour group. Kami dekat atas ni pun tiba dalam pukul 4 lebih.. kira agak petang lah..



Gambar bawah ni ambil untuk tunjuk dekat mak saya sebab mak saya asal Taiping :)



Dan yang pastinya atas ni sejuk sesejuknya. Tak pasti berapa degree, yang pasti i mengigil nak nak di atas dan kawasan di bawah ni sebab angin bertiup kuat. Rugi tak bawak Duck , kalau tak boleh mengada buat Duck macam ni.. Papa lah yang beria suruh ibu buat posing macam ni , ibu memang dah tak sanggup nak buat apa dah sebab ibu ni memang tak tahan sejuk. Mana taknya pasang aircond pun 23-25 :p atas ni confirm bawah 10



Gambar Papa ni ibu ambik first few shots, lepas tu ibu dah tak sanggup. Cik yah yang sambung melayan Papa. Ibu dah ke tepi sebab dah mengigil. Ibu pakai baju biasa macam gambar di atas, baju yang sama digunakan pergi office juga kekadang tu, so tak de lah tebal sangat , tapi tak juga nipis. Tapi memang ibu rasa sejuk sampai ke tulang huhu..



Ada bahagian Love di sini. So marilah kita bergambar dulu ..



Masa kita atas Peak ni akan ada bahagian yang mana kita boleh dapatkan headphone dan smartphone seperti di bawah yang bertindak seperti narrator untuk kita di atas sana. Kami semua ambiklah, buat peneman sambil melayan sekitar Hong Kong.


Bila tengok-tengok gambar balik, rupanya takde langsung gambar solo Emir di atas The Peak.. Tak pasti sama ada adik saya ada capture gambar Emir. Sebabnya masa kami di atas, Emir memang layan hal dia sendiri. Dia seronok melayan headphone tu dan sentiasa ke sana ke mari. He loves cold weather.. jadi untuk dia tak ada masalah langsung.. 


Antara gambar yang sempat kami ambik berdua.. 



Dalam sibuk kami nak bercanda berdua, Emir akan muncul dalam kamera secara tiba-tiba.. he just love it.. :D


"adik" dan "kakak". Fakta: anak sedara dan mak sedara




Di belakang tabir, apa yang berlaku, lepas ambik gambar saya akan terus berkelubung.. Sejukkkk... Papa dan Cikyah sakan bergambar. Sebenarnya banyak betul gambar mereka especially Cik Yah.. 
Di atas The Peak ni, sebab dah sejuk sangat saya cuba untuk berlindung dengan masuk balik di kawasan exit (dalam bangunan), tapi sedih, sebab dihalau oleh staff. I sampai berdiri di hujung-hujung cari tempat yang boleh jadi tempat panas sikit,



Sebab dah dekat sunset, kami pun tunggulah alang-alang dah ada atas tu.. Papa sentiasa lah peluk-peluk i ni sebab memang seriousss i sejuk.. 



 Di kawasan ini ada professional photographer. Gambar boleh diambil di setingkat bawah daripada kita keluar Exit.



Keluarga kecil saya...



Berlatar belakangkan pemandangan Hong Kong City..










Budak bucuk ni memang happy betul dekat sini. In total kami di atas kawasan The Peak dalam 2 jam.. 



Gambar kami berempat yang diambil oleh professional photographer tu.. Satu ni saja HKD200 RM114 (grrrr)  - softcopy pun tak dapat.. ambik jugak sebab rasa gambar ni kenangan untuk kami berempat di The Peak



2 comments:

Mama Zharfan said...

part emir suka sejuk tu..sebijik perangai mcm my zharfan..suka sgt tempat sejuk..tak kisah langsung sejuk2 pdhal kita dh gigil2 tak tahan hahah

Wan Amira Wan Salleh said...

mereka ni berdarah sejuk haha.. emir pun kat rumah aircon pun bukak 16, memang kalau bukak 16 i tak boleh tido dengan dia..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez