Thursday, February 16, 2017

Hong Kong Day 5 || The Peak Part 1 || Before reaching the Peak

Untuk hari kelima ni walaupun pergi setempat je, tapi ibu nak pecahkan gambar untuk beberapa entry. Setakat hari yang ke lima ni memang semuanya berjaya mengikut jadual. Jadi untuk hari yang ke lima di Hong Kong ni, ibu dah plan untuk semua orang pergi ke The Peak.


Muke minah atas tu nampak stress sebab kesekian kalinya keluar lambat lagi haha.. Kekadang lambat kene tunggu i masak, i masak surely akan ada sejam lebih.. sebab noxxa nyer satu, jadi nak kene tunggu satu-satu masak..


Tapi sebelum ke The Peak tu kami singgah la Sham Shui Po, kot kot lah ada kedai yang bukak, tapi, sedih, semua letak nota-nota macam dekat atas tu.. Kawan i kata, orang cina memang feng shui nya tak boleh bukak kedai waktu Chinese New Year. Tapi ibu tengok kawasan ni je kedai tutup, tempat lain macam business as usual..

So kami sambung berjalan naik MTR balik


Dari Sham Shui Po, hanya perlu naik satu station ke Central dan kita kene menuju ke arah Hong Kong station. lebih tu tak berapa nak ingat. u all boleh google ye. Btw, Central station ni sangat besar dan bergabung dengan Hong Kong station, 


Tradisi anak beranak nak ambik gambar belakang signage tempat turun MTR



I tanya adik i ingat tak detail nak ke The Peak, confirm dia pun tak ingat.. Kami ambil gambar di sini berlatar belakangkan bangunan di belakang tu. Papa kata bangunan ni selalu sangat masuk majalan majalah komik. 


Gambar kami bertiga pulak ...


Gambar bawah ni hari pertama kami sampai sini, dekat Mira Mall, sorrylah sesat..


 Bila dah sampai ke Hong Kong Station / Central cuma perlu ikut signboard ke The Peak. Memang tak perlu risau sebab The Peak ni tourist attraction. Cuma kene berjalan sikit. I sendiri tak ingat berapa lama, tapi agak jauh jugalah dari MTR station untuk ke sini.

Sambil berjalan tu kita snap-snap gambar kawasan sekitar. I memang jalan laju, sebab masa tu sampai sini dah pukul 1 lebih. Jadi i kira nak masuk dalam line je untuk beli tiket.


Ibu sorang je jalan laju, yang lagi bertiga ni penuh phone ibu dengan gambar-gambar derang.. Tapi sampai tempat bawah ni ibu dah pancit sebab penat, ye lah tram ni terletak atas bukit , jadi untuk ke kawasan checkpoint untuk tiket, pun atas bukit. Sebab kene jalan kaki, jadi kira kene panjat bukit lah. Ada option naik bas. tapi tak pelah, nak tunggu bas kat mana pun tak tau..


Sampai juga di kawasan The Peak Tram. Masa ni tak perasan lagi betapa panjang nyer line :p Cool je ambik gambar macam tak ada apa berlaku..


Ok masa untuk melintas jalan  dan melihat keadaan sebenar betapa ramai nyer manusia dekat sini..


Dan inilah barisannya di Tahun Baru Cina. Panjang gile..Gambar kami ni tak cukup nampak betapa ramainya manusia di sini. In total, kami beratur untuk ke atas adalah nak dekat 3 jam. Lama kan. Sebenarnya boleh je untuk naik teksi, teksi pun berlambak ada, tapi mereka ambik kesempatan dengan charge HKD300 bersamaan dengan RM172 untuk perjalanan yang tak sampai 5 minit pun. Sehala lagi. Memang untuk i, mereka ni kurang asam betul. Enforcement not really strong here because all the tax drivers boleh bersidai cari pelanggan dan charge memahal. Tapi seriously, sepanjang kami di sana, dan sepanjang kami beratur selama 3 jam, tak de sorang pun dalam ramai-ramai ni yang naik teksi. it is ridiculously expensive.


Kalau ikutkan kami berempat harganya pun melebih HKD300, sebab untuk turun naik tram adalah HKD88 sekepala. Kira-kira RM50 seorang. Tapi kita sebenarnya datang sini untuk experience, kalau naik teksi buat apa kan. Pengalaman untuk naik tram ke atas. Papa kata, Bukit Bendera pun tak ingat tram dia rupa macam mana .. 


Tapi seriously kami tak rasa langsung beratur 3 jam. Emir pun alhamdulillah ok, tak banyak mengomel. I sendiri pun tak sure macam mana kiterang boleh sabar je tunggu sampai 3 jam naik ke atas. Mungkin terhibur jugak kot ada yang sibuk promot dengan gigih pakai baju kimono gini .. hehe


Sambil beratur tu, kami jumpe dengan sekumpulan rakan-rakan dari Indonesia. Banyak jugaklah yang kami borakkan. Peramah juga mereka. Yang paling peramah yang rambut panjang gambar depan ni. Dia kata dia dah keje di sini selama 5 tahun, cakap Cina pun dah pandai. Dia bawak camera DSLR lagi.. 


Beratur panjang-panjang sebenarnya untuk dapatkan kad ni. Honestly i rasa, The Peak ni sangat lah menyusahkan. They should do something. Macam ni..

Untuk naik tram, bahagian untuk naik tram dan bahagian untuk beratur adalah terpisah dengan jalan. so kita dapatkan kad di bawah ni untuk kita layak melintas jalan dan menunggu di bahagian satu lagi. Well, derang tak kawal pun, ada je yang hampir terlepas, senyap senyap seludup melintas jalan untuk potong line.


Bila dah beratur di kawasan seberang jalan, barulah kita boleh beli tiket. Dekat kawasan nak naik tram pun beratur lagi.. Memang ramai sangat orang..


On the way ke atas, masa ni dah dekat naik dah..



Ok, salah satu cara untuk potong q cepat adalah dengan mengambil kombo. Kombo naik tram dan pergi Madame Tussauds / Trick eye exhibition ke apa ntah. Madam Tussauds mahal, tak silap HKD200+ per person, jadi banyak lah agent-agent ni suruh kita ambik kombo ke Trick eye exhibition sebab cuma HKD150 per person dan terus boleh naik tram..

Hampur nak beli masa mula-mula kene beratur.. tapi cancel sebab tak minat pun nak ke tempat macam tu. Nasib..

So, jadinya kita ambik gambar dekat depan Madame Tussauds sudah..


Adalah Bruce Lee punya patung depan ni .. Papa lah yang suka troll troll macam ni ..


Ok baiklah, part yang paling gila tak best naik tram adalah nak naik tram. The staff did not really organize the passengers. I memang siap menjerit jerit. The staff cuma lepaskan saja seberapa ramai masuk untuk dimuatkan dalam satu tram. Paling i geram tu, tak de sistem beratur. Jadi bila tram sampai, orang berasak-asak. Gila-gila berasak. Ada sorang budak perempuan (yang pakai baju pink) ni menangis sebab dia kene tolak sampai berdarah tak silap.

Im so hate this part ok. I pun macam naik angin. Setengah-setengah pengunjung yang takde manners tu pedulu apa dia, budak ke orang mengandung kat depan, main tolak je.


Papa dan Emir dapatlah tempat duduk. I memang jerit masa nak suruh Emir naik. I siap jerit cakap "dont ever push my son" lol. protective mum is like that. I kene berdiri, ok je. Naiknyer memang curam. Tips, kalau naik duduklah belah kanan untuk dapatkan pemandangan yang cantik.

Bila naik tram ni rasa bersyukur betul tak sibuk-sibuk nak naik teksi ke apa, memang membazir.. imagine naik tram ni pun tak sampai 5 minit untuk sampai ke atas. Tram ni bukan laju pun. 


Bila dah sampai, mereka berdua ni paling last turun sebab nak ambik gambar punya pasal. 


 Kami sampai di atas agak lewat, dalam pukul 3 lebih macam tu. bila kita turun kita akan terus sampai di Sky Terrace 428. sambil kita nak sampai The Peak, kita akan lalu di 3D picture area. Masuk adalah percuma... Jadi, ini memang tempat favorite Emir..

 Emir suruh letak caption "Habislah bontot anak aku"


Bapaknya pun boleh tahan..

Ibu tukang ambik gambar je lah..


Ada juga photographer, tapi kene bayarlah kan.. kita cuma ambik yang tak kene bayar je hehe..


Tengoklah Papa , bersungguh.. where am I?


Belakang tabir heheh..

Okeh, baiklah saya stop sampai sini dulu.. Ini belum sampai The Peak lagi ni..

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez