Sunday, February 26, 2017

Hong Kong Day 5 || AIA The Great European Carnival 2017

Honestly, i almost forgot the day we accidentally came here. Lupe sungguh, ingatkan entry pasal parade on Day 5 tu adalah entry terakhir, sekali bila minta gambar-gambar dari Cik Yah, ada lagi satu tempat yang kami pergi yang saya lupa terus. 

Macam mana boleh lupa.

Macam ni..

Lepas turun dari The Peak, kami decide nak naik bas, sebabnya sepanjang kami di Hong Kong ni, kami masih belum merasa naik bas di Hong Kong. Pengangkutan utama kami di sini adalah MTR. Jadi sebab Ibu dah sejuk di The Peak, memang ibu minta naik bas. Masalahnya masa tu kami pun tak pasti bas tu turun dekat mana, Papa kata redah je kita naik bas, lagipun sesat di Hong Kong ni, MTR di mana-mana..

Bila naik bas, memang kawasan tu kami tak familiar langsung, nak pulak waktu malam, memang tak boleh perasan apa berlaku kiri kanan.. Jadinya kami just decide turun last station.. 

I love when we did all this, pendek kate, i love surprise!

Sekali bila turun (kami je yang turun di last station ni), jalan dan jalan, kami ternampak ada satu Carnival yang besar di kawasan ni..


Kami macam blur-blur tapi mulut masing-masing tak habis-habis "wah, macam mana kita boleh sampai sini".. Tempat ni di central, tempat city of light, dan carnival ni agak besar juga. I tak habis-habis pelik, "bukan ke sekarang ni First day of Chinese New Year, tak celebrate ke depa ni, siap ada carnival lagi ni"


Ini di luar Karnival. banyak lampu-lampu di kawasan luar ni dan banyak jugak kedai makan yang menarik.. paling banyak ice cream lah. tapi sebab sejuk, tidak lah kami sibuk nak makan ice cream..


Rupanya kami turun di tempat AIA The Great European Carnival 2017, macam ada fun fair besar besaran.


Sebab office Ibu guna insurance AIA, konon nak cubalah nasib kot kot boleh masuk carnival ni secara percuma, tapi  of cos lah harapan kan hahaha.. Jadi ambil gambar di luar saja.. Kalau masuk tak silap, satu kepala dalam RM70..



Emir making his funny face.. 


Masa ni-- masa ni lah, kami ingat inilah tempat nak naik feri ke Macau (will update the whole story soon).. konon dah beria inilah tempat yang kami kene pergi kalau nak beli tiket ke Macau. Papa dengan Cik Yah memang dah beria-beria ajak pergi Macau dari awal lagi..


Kemeriahan Carnival, tapi kami di luar je, tak beli tiket pun .. 



Sikitttt lagi tu dah boleh masuk. Papa suruh Cik Yah dan Emir je masuk, kami dating di luar, tapi i tak berapa seronok la kalau terpisah-pisah dengan keadaan telefon tak dapat nak contact kan.. 


Nampak pelbagai juga yang disediakan.. Nasib lah Emir bukan jenis yang paksa-paksa walau dia nampak bende yang dia minat.. 


 Bila tak tau nak buat ape, kami pun dah start mencari MTR, senang je nak mencari, ikut je orang ramai... Nak dijadikan cerita, ibu nak ke toilet, jadi mengagau cari toilet dekat Shopping Mall yang kami singgah ni, malangnya... Hong Kong ni public toilet masalah sikit.. Dia bukan macam toilet di Malaysia merata boleh jumpa. Kami pusing-pusing dekat Shopping mall ingatkan berada di capaian, sekali pusing.. masih tak jumpe, last-last cancel je lah.. dan ini bukan pertama kali kami ada masalah cari public toilet..


Dari tempat carnival untuk ke Shopping Mall tu kene melalui jejantas yang panjang.. Jadi di jejantas ni kami dapat lah lihatlah pertunjukan lampu -lampu. Rasa nya masa kami sampai ni baru je terlepas pertunjukan  lampu dan bunga api.. sebab ada satu bangunan ada buat remarks (thank you for your time...")


Semua bangunan di kawasan sini ada lampu-lampu.. 



Picture of the day .. Love love..



No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez