Tuesday, February 14, 2017

Hong Kong Day 4 || Masjid Ammar & Dim Sum || Wan Chai || Central Library

Hari ke 4 kami di sana merupakan hari Jumaat. Sebab malam sebelumnya kami pergi ke Disneyland dan balik agak lewat, kalau tak silap nak dekat pukul 12 baru kami sampai rumah. Bila sampai rumah, semua sibuk berinternet dan telefon mama baba di rumah, jadi biasalah tidur agak lambat malam sebelumnya. Apa lagi bila bangun keesokan hari, memang sangat lewat.. Kira untuk hari esoknya kalau tak silap kami keluar dari rumah  dalam pukul 11 lebih.

Memang ada dalam tentative ibu, ibu dah set yang mereka solat Jumaat di Wan Chai (iaitu di Masjid Ammar) walaupun Kowloon tu setakat langkah kaki je dari rumah. Sebab dah lambat keluar, kalau ikutkan ibu nak je cancel, so while they go for solat Jumaat, ibu masaklah kat rumah. Tapi rugi pulak... So back to the plan..


Gambar Cikyah atas ni adalah gambar lorong nak ke rumah kami.. Kecik je kan. Konsep rumah dia macam ni.. ada pintu, lepas kita bukak pintu yang pertama ada lagi 3 pintu, dan salah satu pintu itulah rumah kita. dan gambar bawah ni pula gambar papa tengah tukar duit HK, money exchanger ni pulak terletak di bawah je rumah kami.. Rumah kami tingkat 2, ada lif.. kalau nak tengok dalam rumah kami tu boleh ke sini ..


Bawah ni lorong untuk ke rumah kami,. sebab tu i cakap boleh terlepas bila kali pertama nak datang.. memang tak sangka lorong ni untuk masuk rumah rumah. Nampak tak lif tu, lif tu cukup cukup untuk 4 orang without luggage, memang HK ni space is luxury.. 


Anak ibu ni biasalah, baju ni ibu beli di Disneyland, lepas tu hari2 nak pakai baju ni.. Ni dia ambik feel alang-alang dah pakai baju Star Wars, jalan pun macam Star Wars.. 


Masjid Ammar, Wan Chai

Masjid Ammar ni terletak di Wan Chai. Untuk ke Wan Chai ada dua cara, sama ada kita boleh naik boat, sebab dia di seberang atau boleh naik MTR. Tapi sebab kami nak cepat, nak kejar waktu solat, jadi kami naik MTR menuju ke Central dan turun di Wan Chai.


Kalau bukan kerana papa, honestly speaking ibu rasa ibu takkan sampai di Masjid Ammar ni. Tempat nya agak jauh juga dari MTR. Jauh tu ok lagi, tapi nak menuju ke sini bersimpang siur. No wonder lah ada kawan ibu yang last-last patah balik sebab tak jumpa Masjid Ammar.


Bila nampak masjid di negara yang bukan majoriti Islam, perasaan bangga tu lain macam sikit. Memang betul lah orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. I selalu kagum kepada orang Muslim kita yang jihad jadi Muslim di negara yang penduduknya majoriti bukan Muslim.. 


Ini antara makanan halal di Hong Kong. Siap ada lorry catering lagi. Tapi ibu tak tau lah mana kedainya..


Sebenarnya taregt ibu nak makan  Dim sum halal di Hong Kong ni dan memang hari ni pun ibu dah plan untung gantung Noxxa. Jadi ibu nak perkenalkan Dim Sum Halal di Islamic Canteen, Level 5, Masjid Ammar, Wan Chai. Ini semua Papa orderkan dulu..


Kami dah book tempat sebelum solat Jumaat. Memang ibu google, katanya kalau ke tempat ni kene cepat sebab ramai orang.. Jadi kami pun mengorder makanan sebelum solat Jumaat.


Masa Papa dan Emir pergi solat Jumaat, ibu dan Cik Yah memang balunlah makan dim sum ni sampai kenyang. Harga pun ok. Tapi tak ingat pulak berapa harganya.. But bila convert still sangat reasonable. 


Ibu memang hantu Dim Sum. Kalau tanya kawan-kawan Ibu derang semua tahu ibu suka dim sum. Tapi sebenarnya kalau ikut tekak ibu ni, ibu rasa Dolly Dim Sum lagi sedap hehe..


 Muka Cik Yah yang kekenyangan.. Kami kene makan pelan-pelan sebab nak duduk sampai orang solat Jumaat. Masa ni pun dah start makin ramai orang mengunjungi restoren ni .. Masa ni barulah nampak muka macam orang Malaysia.. 


Air teh. Emir memang suka sangat teh ala-ala macam ni. Lagi banyak herba, lagi Emir suka. 


Ini gambar masa Emir dan Papa habis solat Jumaat. Sebenarnya nak tunjuk, lepas habis je solat Jumaat, line dah jadi sangat panjang, dan meja dah mula tak cukup.. Nasib lah ibu dan Cikyah sopan santun makan sampai depa habis solat Jumaat. Overall still puas hati sebab dapat rasa dim sum dari negara Hong Kong.. 


2. Solat Jumaat di Masjid Ammar

Gambar semua ni Papa yang ambik untuk kenang-kenangan...




3. Berjalan di sekitar Wan Chai

Kami bertolak dari Masjid Ammar lebih kurang pukul 2.30 petang, lepas tu kami jalanlah sekitar Wan Chai. Tak ada pun di bandar ni. Lebih relax dari Tsim Sha Tsui. Tapi yang best, kami nampak Tram. Tanya orang local mana nak tunggu tram, kami pun terus tunggu. Tapi malangnya tak dapat nak ambik gambar dalam tram sebab tram sangat penuh dan orang berebut untuk naik..


4. Turun di Causeway

Paling kelakar, kami ni tak de arah tujuan. Objektifnya nak naik tram je, turun mana tak tau. So, kami turun tempat yang mana semua orang turun. Seriously sampai sekarang I am not sure of the exact area but for sure, ramai gile-gile orang. Nak jalan pun setapak demi setapak. Kiterang rasa semua sibuk untuk buat last minute shopping untuk Chinese New Year. 

Dekat sini ada Fashion Walk dan beratur panjanggg je jenama-jenama terkenal dunia di kawasan ni. Jadi memang tempat ni tourist attraction ..


Kami terjumpe Ikea di sini. Tak masuk pun, Papa ajak masuk tapi ibu merajuk huhu.. sebab nak ajak Papa pergi Ikea kat KL ni memang liat sungguh, ada hati pulak nak ajak pergi Ikea HK. Tapi boleh lagi depa nak sakat ibu dengan ambik gambar dekat Ikea ni . 


Nampak tak manusia-manusia dekat belakang tu.. Memang serious i tell you, ramai gile orang. Lagi ramai dari Tsim Sha Tsui. Teringat Shibuya dekat Tokyo tu, macam tu jugaklah manusia dekat sini.


Ambik gambar untuk kenangan, tak kuasa nak masuk shopping mall sebab ramai gile orang. So surely, counter pun penuh..


Tapi honestly i suke je tempat yang jadi tumpuan orang ni. First, terasa kemeriahan nya, kedua rasa selamat sebab ramai orang. 


Tak ingat kenapa Emir suruh ambik gambar ni .. 


Jadi perjalanan kami pun bermulalah untuk mencari National Library. Mesti u all kata, berilmiah sungguh la lawatan kami ke HK ni, macam education trip pulak. Well, I could not agree for more haha..

Sebenarnya yang request untuk ke sini adalah adik i Cik Yah. I tanya dia kalau ke HK teringin ke mana, dia kata Library.. Kakak dia ok jelah sebab masuk free je hahaha


4. Hong Kong Chinese New Year Flower Markets

Rupanya salah satu sebab ramai gile manusia dekat Causeway ni adalah kerana event ini. Memang orang macam tin sardin berpusu ke sini. Patutlah ke sana ke mari kami tengok ramai betul orang bawak bunga-bunga kiri dan ke kanana.


Kami ambil gambar dari pandangan atas. Tak masuk pun sebab masa tu pun dah nak dekat pukul 4,  banyak aktiviti lagi yang kami nak buat untuk hari tu.. Event ni berlangsung betul-betul di hadapan library. Dari tempat turun tram tadi ke sini adalah kot kami jalan2 setengah jam..


Cikyah sebenarnya nak ambik gambar sorang, tapi biasalah mamat ni suka photobomb auntie dia sorang ni.. manalah tak asyik gaduh je..


5. Hong Kong Central Library

I tak berapa survey sangat library ni tapi Cik Yah cakap library ni adalah library yang tertua di HK. Kami sampai sini pukul 4 petang, nasib sampai awal sikit sebab library ni hari tu tutup pukul 5 petang sebab malam tu adalah malam makan besar. Tapi kalau tengok Chinese dekat sini, macam tak heran pun makan besar. Life semua as normal. I dont think malam sebelum raya tu ada orang nak pergi library kan hehe


Normal operating hours adalah hingga pukul 7 petang. Nasiblah kami sampai awal sikit je.. Muka Cik Yah yang happy dapat ke library


Besar sungguh library ni, tengoklah berapa tingkat  dan section signage nyer ni..


Tempat anak-anak membaca



Satu floor ni memang khas untuk kanak-kanak. I memang duduk sini jelah sebab Emir nak baca buku. Emir pun kalau pergi library memang dia suka.. Kira library ni taman permainan dia (unlike the mother).. 


Ibu pukul 430 dah ajak balik dah, tapi semua melekat nak duduk sampai habis waktu operasi. Ye, anak dan husband saya suka membaca, jadi tak heranlah rumah saya banyak buku.. 


 Besar kan. bertingkat-tingkat library.


6. Sham Shui Po

Kalau ikut Ibu punya plan, Sham Shui Po ni ibu pergi waktu pagi (pukul 9 pagi) sampai pukul 12 tengah hari. lepas pukul 12 tengah hari baru ke Wan Chai. Tapi sebab dah bangun lambat, lepas balik dari Library tu baru lah boleh ke sini. 

Sham Shui Po ni adalah syurga fabric. Ibu memang dah aim banyak fabric untuk dibeli, in fact Mama pun dah pesan sama Cik Yah untuk beli cadar kawin..


Tapi, apakan daya, masa kami sampai, masa tu dah pukul 6, semua kedai dah tutup.. I repeat semua kedai dah tutup. Kecewa sungguh lah hati ni.. Paling sadis, semua dah tampal notis akan tutup sampai the following week bersempenan Chinese New Year. Jadi baik Cik Yah dan Ibu, masing-masing frust..


Bila keluar MTR dari Sham Shui Po ini ada macam bazar untuk Chinese New Year, pun ramai orang juga. Tapi barangnya lebih untuk local market. Kami tak beli apa pun kat sini, except papa beli buah. Papa memang suka beli buah kat negara orang especially persimmon.. sebab ibu dan emir dan mak mertua saya memang suka makan persimmon ni.. 

7. Ladies Market

Bile dah kecewa tu, lepas dah jalan-jalan sikit di Sham Shui Po, jadi kami pergilah destinasi yang seterusnya iaitu ke Ladies Market. 

Untuk ke Ladies Market, kite kene ambil stesyen dan turun di Mongkok. 


Emir dalam train, masih bertenaga. 




Dekat sini suasana sama macam Petaling Street. Sesuai untuk orang beli souvenir. Tapi sebab malam tu makan besar, orang tak ramai sangat. jadi senang lah kami nak beli barang. Honestly, Ladies Market ni harganya mahal sikit kalau compare with Temple's Market. Nanti i update. kami ke sana juga


Dalam takde barang nak beli, lambat juga kami balik. Emir gambar bawah ni dah muka masam sebab penat. sebab ye lah, kami banyak betul berjalan (non-stop). Ini gambar di salah satu kedai minuman on the way to our house. Memang menarik kedai ni. Papa banyak kali nak beli tapi line tersangatlah panjang. Masa gambar ni diambil, papa dalam attempt nak beli lagi, tapi tunggu punya tunggu, staff takde untuk entertain. Orang ramai, dia sorang je.. Jadi kesekian kalinya, papa tak dapat minum lagi dekat kedai ni..




dan itulah cerita kami hari ke 4 - simple kan :) free n easy. Balik dari Ladies Market, hari ibu tak habis lagi sebab Ibu kene masak.. Masa ni sebab kite jalan tak berhenti, jadi ibu penatlah sangat, actually semua orang penat dan malam tu ibu termarah dekat semua orang hahaha.. nasib lah Emir dan Papa senyap batu je mase ibu membebel, they know me very well.. Cikyah je tak pandai lagi, so dia pun naik angin hahaha.. jadi bergaduhlah kami adik beradik :p

But it wont last for long, esok tu baik balik dah .. malam tu je.. Cikyah kelakar, sebab malam tu gaduh dengan kakaknya, she refused to eat.. esoknya menggelupur pagi-pagi cari nasi ..

Gambar of the day.. adalah gambar atas ni. Emir ambil buku ni di Kownloon Mosque. Memang di situ ada diberikan buku percuma untuk sesiapa yang nak dan Emir pun ambik satu. Setiap masa, setiap tempat kalau ada terluang, dia akan bukak dan baca buku ni.. Dan setiap satu bab dia habis, dia akan ceritkan balik kisah-kisah Nabi yang dibaca. Dan dalam satu hari, habis dibaca bukunya sambil-sambil tunggu mak pak dan auntie nyer buat macma-macam. Itulah anak saya.. book worm ..

4 comments:

Mama Zharfan said...

i really enjoy reading ur blog entries..terasa mcm pegi HK gak hehehh

Wan Amira Wan Salleh said...

thank you suzie.. i dah lama tak berjalan2, selalu berjalan sebab chess je .. insyaAllah rezeki u dalam contest murah.. one fine day always possible

aimi said...

Masa pegi baru ni kami main terjah xsempat survey apa pun. Cuma pegi disneyland n jalan2 kat city utk lunch n survey brg2 ckit ie mgkn silap tnpt semua barang ribu riban jadi xbeli. n naik ferry pegi mainland. Huhu. Best la mira, byk tmptvisit :)

Wan Amira Wan Salleh said...

maknanya suruh datang lagi, mira kene plan bebetul2 sebab budget tak berapa nak banyak.. so must carefully plan :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez