Thursday, February 09, 2017

Hong Kong Day 2 || Space Museum || Halal Wet Market (Meat) Hong Kong

Hari Rabu merupakan hari percuma untuk berkunjung ke mana-mana muzium di Hong Kong. Info ini ibu dapat dari Internet. Kalau ikutkan pukul 2 tu kami belum habis lagi beronda dalam HK Science Museum, tapi masa tu Papa dah push suruh beralih ke Space Museum.

Sebelum nak start berjalan, posing kejap dekat HK Museum of History (takde maknenyer i nak masuk kan)..  Boleh kalau nak masuk, hanya berhadapan dengan HK Science Museum..


Kami pun berjalan lah dari HK Science Museum ke HK Space Museum, jauhhhhhh la jugak.. I ok je, Emir tu lah nampak kesemputan sikit, asyik suruh ambik teksi je, nak nak papa dengan makcik dia suruh stop-stop sebab nak ambik gambar.. 

Tapi i suke berjalan sebab dapat tengok keadaan sekeliling. Dalam 20 minit perjalanan dari HK Science Museum tu, akhirnya kami sampailah di Space Museum ni..


Malangnya, bila dah sampai sini sikit punya jauh, bolehhhhh pulak Space Museum ni ditutup untuk renovation, yang bukak hanya sebahagian dari exhibition centre yang sangat minimal. Lagi satu section yang bukak adalah nak tengok 3d animation movie. Tapi sebab takut rasa tak berbaloi + expensive dan takdelah rasa nak sangat.. jadinya kami hanya ambik gambar kat dalam kawasan exhibition ini saje. 



Ada kawan saya dekat office adalah pengumpul tumbler Starbucks, jadi kalau ada kawan-kawan dia yang nak pergi merata dunia, memang kawan saya akan pesan tumbler Starbucks.


Because space is luxury in Hong Kong, Starbucks yang kami pergi ni terletak dekat basement floor lagi.. tapi still ramai je orang yang mengopi.. kami pun alang-alang dah sampai sini, memang keje mengopi je lah kejap sebelum sambung berjalan balik.. 


Space Museum ni terletak berhadapan dengan Salisbury Road, tempat yang berderet kedai-kedai branded stuff. Kire boleh jugaklah samakan ala-ala Bintang Walk. Tapi i tengok jelah, i memag tak berbudget nak overspent dekat Hong Kong, all must be kept within the amount saved.


2 3 kali jugaklah pikir nak masuk ke tak.. tapi hati kental tak masuk sebab tahu duit bukan ada pun haha



Lepas dah tak de apa nak buat dekat Space Museum tu, kami pun memang dah target nak ke pasar yang ada jual daging halal di Hong Kong ni. Malam pertama masak tu, depa ni semua tak berapa boleh nak telan kalau setakat makan sardin dengan telur.. jadinya nak tak nak kenalah cari protein sikit bagi pembukak selera.. 

Bila google, jumpelah kawasan ini. Temporary wet market yang betul-betul di bahagian belakang Kowloon Park (Haiphong Road). 

Nak masuk ke sini dalam kepala i dah bermacam-macam pikir, "habislah kasut" "habislah baju bau busuk" "apa nak expect" ye lah sebab kite tau dia takkan jual daging halal saja, mesti ada bende lain kan..

Plus, jalan nak masuk tu dari tempat loading. Sempat jugaklah bergaduh kecik dengan Encik husband sebab sang isteri tak mau masuk dari loading entrance.. :p


Sekali apa yang paling surprise, pasar ni nama je pasar basah, tapi tak basah langsung, bukan seperti yang i bayangkan. Masuk je loading bay ni, tak jauh dari situ, ada 2 kedai jual daging halal dan 2 kedai lagi jual ayam halal. Daging di jual oleh orang Pakistan  / Turki (tak sure tapi negara belah belah sana) dan ayam dijual oleh Chinese Muslim di sana. 

Harga dikira pakai kati.. Hari tu i beli, ayam sekor dalam HKD58, lebih kurang RM33 sekor. Mahal tapi still ok. Kalau daging pulak, satu kati HKD96, dalam RM50 lebih.. mahal sikit tapi jauh lagi murah kalau asyik nak membeli..


Paling menarik yang ibu perhatika, di setiap sudut kedai ada diletakkan kerusi-kerusi untuk membolehkan pelanggan duduk. Paling best, macam kami pergi beli daging ni, tuan kedai ajak kami minum air teh arab.. memang sedaplah untuk kami yang sejuk dan jauh berjalan..


Masa beli ayam terkejut juga sebab ayam bila ibu mintak tolong potong kecik-kecik siap-siap, tanpa banyak soal, terus dia togelkan ayam ibu (maksudnya dah siap-siap buang kulit).. Cara bungkus ayam pun tak de menyebabkan air menitik. peniaga akan balut dalam plastik (lepas tu suratkhabar), lepas tu plastik balik.. kite nak berjalan lagi pun senang lah.. 


Ini kedai yang mana kami beli ubi. Ubi 3 biji HKD6 (dalam RM3++) auntie bawah ni baik sangat, walaupun tak fasih bahasa inggeris, bersungguh dia nak tolong kita. teruslah abang sado i mintak ambik gambar dengan makcik ni.. 


Masa tu kami teruskan perjalanan lagi, papa memang dah target nak ke Avenue Stars of Comic ni. I tak baca komik, tapi papa kata tugu komik ni semua main character masa zaman papa bace cartoon dulu..  Ke tempat ni siap bawak dengan daging ayam bagai.. Oh kami pun ada ke Groceries Store, seronok sangat jumpe groceries store sebab susah nak jumpe. Apa lagi belilah makanan macam nak duduk setahun hahaha


Ini tugu-tugu terawal ibu masih dapat tengok dua beranak ni posing mosing, sebab lepas tu, tugas ibu tunggu barang-barang dekat nun jauh di sana.. 


Ok gambar ni dalam perjalanan, malas nak ikut sequence yang betul.... sebab kami banyak berjalan, memang dalam sehari tu berjalan senang2 je boleh dapat 10km sehari.. :D


Kenal? I tak kenal.. Emir pun tak kenal jugak, dok melayan bapaknya..





Paling tak tahan gambar ni.. sabo je lah..



Lepas dah berposing ada kot sejam tu, kami dah kene bergegas balik sebab belum solat lagi hehe.. Hari tu memang pukul 6 je kami dah balik rumah, memang ibu suruh derang ni simpan tenaga, sebab esok harus lah kita ke Disneyland dari waktu bukak sampai waktu balik hehe.





2 comments:

aimi said...

Bestnya... Semua tmpt ni mmg kami xsmpt dtg melawat huhu

Wan Amira Wan Salleh said...

tu maknanya Hong Kong suruh datang lagi tu :D

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez