Tuesday, January 31, 2017

Hong Kong Day 2 || Hong Kong National Science Museum

Tanya Emir mana dia nak pergi kalau ke HK, instead answering Disneyland, i was not surprised when he replied "Science Centre". So there you go, the mother has to search for HK Science Centre. Tried to Google, tapi tak banyak pun orang Malaysia yang berblog cerite pernah ke sini. Jadi marilah saya bercerita.

Masa Google, my first concern is ticket price. Berapa sekeping tiket, risau jugak kot kot nak dekat sama harga macam ke Disneyland, sekali dapat info yang masuk adalah percuma untuk semua kalau hari Rabu. Apalagi memang dalam tentative plan i dah book Science Centre hari Rabu.

Jimat babe, tak sure entrance fee berapa (alang-alang dah free tidaklah saye nak check price ticket berapa kan)..

Ini kami bergambar berhadapan dengan Hong Kong Science Museum..


Bila Google lagi, HK science museum ni adalah antara yang terbaik di dunia. Pada luar memang tengok agak besar kawasannya..

Ramai juga orang yang datang, maklumlah free tapi bak kate orang, the more the merrier. 


Banyak section disediakan, ini antara tempat yang terawal kami pergi, bahagian Electric & Magnestism Gallery. Majoriti adalah interactive, walaupun ramai orang, tak adelah nak beratur sebab semua orang scattered cuba bahagian lain lain..


Dekat sini pula bahagian Telecommunication Gallery. Ade section buat teleconference sendiri, apa lagi budak berdua meng-conquer kawasan ni.


Btw, tempat ni letak dekat dengan Tsim Sha Tsui, dari tempat kami, cuma jalan kaki dalam 15 minit macam tu.. penjimatan sungguh la kan 😋😋..


Bahagian Transportation pula. Sebenarnya yang nak sangat naik bende ni adik i Cik Yah, boleh tengok gambar dekat bahagian bawah. Beria sungguh bakal pengantin ni..


Ini bahagian World of Mirror, husband i minat bahagian ni. Rupenya kami banyak propa je, gambar lupe pulak nak snap banyak2.


I think we spent around 30 minutes just for this section. Paling best ade satu section tu dia tunjuk macam mana cermin boleh buat diri kita kurus dan tinggi hehe.. rupenya kalau i kurus cantik jugak lol 


Ini pulak bahagian i paling suke, Trick Eye ni. Tapi tak mencabar sangat, unlike Trick Eye Gallery dekat Singapore.


Masa ni ade Demonstration, tapi satu jelah, Demo nye sangatlah bosan hehe.. punyalah besar tempat demo tapi cara dia olah boring. So no need to wait until the end of the show, baik main kat tempat lain... 


Lupe pulak gambar kat atas ni kenangan. Muke emir masam mencuka sebab i tego dia.. tak boleh tego langsung grrr


Tapi kejap je la budak ni merajuk, mana boleh hilang bau mak dia huhu..

Banyak section lagi, tapi sebab Blog Apps ni asyik problem malas nak upload gambar bebanyak.

Btw dekat sini bukan anak je happy, mak pak pun happy, tak caye?? 






Tengok gambar bawah ni












Bapak dengan anak, masa ni mamat kecik tu masih masam lagi muke dia.. 


Inilah bakal pengantin yang beria main basikal. Lima minit untuk setiap pemain, lama juga lah kalau kene tunggu. Budak budak ni kate penattttt naik basikal ni..


Ini best, bahagian Motion kalau tak silap.. gune ipad ni untuk capture Dinosaur, menarik babe..


Suamiku kekasihku suke troll troll segala mala dekat sini. 





Ok inilah kisah kami, sela masa kami dalam ni adalah dalam 5 jam before kami bersiap nak ke Space Museum, rupanya dekat sini setiap hari Rabu semua Museum masuk adalah percuma.. akan di update Next entry insyaAllah..

1 comment:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez