Wednesday, January 25, 2017

Hong Kong Day 1 || Perjalanan Bermula

Pendahuluan: Dugaan betullah nak update Blog ni. Apps nye kate developer tak update, jadinya apps yang ade ni tak berapa reliable. Ini kali ketiga update, ikutkan dah start malas dah, nak nak masa first entry tu dah tulis panjang, sekali apps ni suke hati je delete...

*****************************
Perjalanan ke Hong Kong ni i dah plan berbulan lamanya sebab dapatkan tiket murah masa AirAsia sale dalam bulan June 2016, jadinya Nak tunggu January 2017 ni adalah dalam 7 bulan... 


Trip kali ni adik i, Cik Yah ikut sekali. Dia beli tiket bulan 12, jauh betul beze harga, kire puas hatilah i beli. 3 orang sekali dengan makan minum n insurance adalah dalam RM1500.


Flight kami pukul 845 am, jadinya dalam pukul 6 pagi dah terpacak dekat airport. Malam tu pulak i baru packing n tido pukul 3, so memang jadi zombie sikit lah sebab pukul 4 lebih dah kene bangun..


Sampai di HK airport dalam pukul 1pm. Takde beze waktu Malaysia n HK. I pulak dalam flight memang tidor je, bangun pun untuk makan..


Kami dekat airport tu lama lah jugak, pusing pusing cari Octopus card (untuk public transport) dan Internet. Nampak tak I pegang buku dekat bawah ni. Tu buku keramat, i compile segala plan i dekat HK dalam buku ni. Memang senang..


Cik Yah ni tak macam mak sedara.. ikutkan akan jadi bini orang tahun ni, huntungnler orang badan kecik..


Di HK, for the first time i gune khidmat AirBnB, sebabnya i memang plan nak masak dekat sini n will not freely buy food in HK sebab tahu mahal..

I pilih studio room dekat Tsim Sha Tshui, 3-4 minit ke MRT, dekat dengan Kowloon Muslim Centre dan dekat dengan salah satu attraction yang dalam places to go - Hong Kong Science Musuem. Nanti ada masa i ceritakan pasal bilik ni, comel kecik comel lote, tapi cukuplah untuk kami 4 beranak...


Kami ke bilik dengan naik teksi. Memang mahal sikit tapi rase worth it sebab barang we all memang banyak n we have no idea where the place is. Dari mengangkut sana sini baiklah terus tuju destinasi.. Harga teksi HKD 272 lebih kurang RM155. Mahal kan..

Lepas dah rehatkan badan sekejap, terus kami jalan jalan kawasan sekitar, jalan sekejap je sekali dah nampak Masjid di Kowloon


Masa tu baru masuk Asar, jadi kami pun join sekali..


Lepas dah selesai kami pun berjalan la dekat Nathan Road ni.. boleh tahan sejuk jugak.. 


Then baru lepak dekat Kowloon Park, sebelah masjid je. Kawasan yang kami datang ni banyak burung merpati.. ala ala  Trafalgar Square la konon..


Nampak tak Auntie dekat belakang tu, bukan main dia marah orang kalau ade yang pijak rumput, sebabnya dia taknak kite pijak roti2 yang dicampakkan untuk burung-burung merpati ni..


Best bawak adik ni, dapatlah photographer tak berbayar 😬😬..


Seronok tengok gambar ni, nampak i sangat happy Alhamdulillah, sebab the day before i was so stressed out dekat office, buat pertama kali nya mengalir air mata sebab keje setelah bertahun-tahun...


Layankan je lah budak dan bapak budak ni.. gambar ni semua disekeliling Kowloon Park.. Memang terjaga taman ni..



Banyak lagi gambar-gambar husband i buat buat muke denvan arca-arca dekat sini dan ini salah satu darinya..


Alhamdulillah Emir pun sangat happy.. senang juga bawa dia, tak minta apa. Cuma kita as a mother kite tahulah tahap mana kemampuan dia nak bertahan dengan perangai mak paknyer kan.. 


Dekat sini ade pulak Shopping Mall nama i, apalagi, bukan main posinglah..


Sebab nak beli beberapa bahan, memang nak cariklah groceries store. Masuklah Mira mall ni, memang pada jauh nampak Mira Mall ni ala-ala Starhill.


Pusing-pusing memang takde Groceries store, pergi blok lagi satu adalah Aeon Maxvalu ni tapi -- premium supermarket.. 
masuklah kejap, pusing pusing hanya beli telur je.. itupun HKD18 (dalam RM10),tapi apa nak buat Hong Kong semua barang mahal.. banyak lagi barang nak beli tapi bayangkan susu pun takde kat sini, tak sure ni groceries store ke ape.. 


Dekat Kowloon Park balik, masa ni semua dah lapar dah..


Balik je terus i keletung kelentang masak. I bawak Noxxa datang HK ni, siap bawak cutleries bagai.. span basuh pinggan pun bawak 😬😬.. hari pertama masak simple je, sardin, goreng telur, goreng ikan bilis.. selera betul derang makan, maklumlah semua lapar..

Malam tu ade customer i yang order barang nak ambik barang. Dia memang orang HK, seronok dia bile i kate i nak datang HK,  kebetulan dia mengandung lagi. Dulu masa anak yang pertama dia ade order barang dan i postkan barangnye ke HK.

Janji jumpe di Tsim Sha Tshui MRT pukul 9.45pm. Sebab dah malam, hero-hero i ni jadiklah guard i..


Macam delivery girl. Alhamdulillah, banyak dia order.. yang ini satu kotak, ade dua kotak semuanya.. 


And this is my customer.. seronok pulak bawak barang berniaga sampai ke sini. Alhamdulillah rezeki saya ada juga dekat Hong Kong ni..
  

Bila tanya Debbie ni mana nak cari groceries store, memang dia kata Tsim Sha Tshui ni leceh sikit, bersungguh dia cuba tolong..


Pendek kata, Day 1 kami sempoi sempoi saje. Mama call kami pukul 12.30 malam tapi semua dah bantai tido pukul 11 lagi sebab ngantuk sangat 😂.

End of day 1

1 comment:

aimi said...

Bestnya pegi hong kong... teringat schedule kami padat jalan2 di sana sbb pegi sekejap sgt ie tiga hari je huhu. (Teringat entry tbengkalai jalan2 hong kong bila baca sini haha)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez