Monday, February 16, 2015

Emir's First Chess Tournament

Untuk menilai keupayaan anak, kita tak boleh paksa. Saya tahu kebolehan Emir bukanlah di dalam arena sukan atas padang.. tapi suami saya berjaya congkel kebolehan Emir..

dalam chess..

Kami masukkan Emir kelas Chess semenjak tahun lepas. Tapi tahun lepas masa dia masuk, kelas yang pertama adalah kelas budak-budak yang sangat terror.. wakil sana sini, jadi bile i kata dekat Emir, cubalah masuk satu tournament, tapi dia tak yakin. Dia kata dia belum bersedia.

Jadi bila dia dah masuk Darjah Tiga, ada announcement kata ada tournament. Papanya lah yang sangat bersemangat..

Sayang i tak dapat jadi tukang sorak, hanya gambar yang dibekalkan oleh Papa..

Papa cerita setiap peserta (54 orang kesemuanya) kene lawan 5 kali. Dari Darjah Satu hinggalah Darjah Enam. dan tak kira anda kene lawan dengan sapa..


Game pertama, Emir lawan State player, masa Papa update dekat Whatsapp group family saya, I siap cakap, "takpelah experience untuk Emir".. bagi dia expose dulu..

sekali Papa WA

"Emir menang"

whoaaaa dengan state player tu.. sungguhlah i terkejut and happy.. 


Game kedua pulak Alhamdullilah Emir menang lagi.. :) Papa kata masa lawan, mak ayah tak dibenarkan masuk dan hanya boleh duduk luar aja.. Papa kata berdebar jugak tengok Emir main haha..


Game ketiga agak sengit.. Emir lawan budak Darjah Lima.. Papa cakap it was his game. Tinggal Emir tak dapat nak checkmate saje.. Sekali kuasa Tuhan, Emir kalah Game ketiga sebab tak cukup masa.. dan masa tak cukup tu hanyalah 7 saat. Papa cakap masa kalah ni Emir memang nak nangis sebab dia hampir menang. Papa kata budak Darjah Lima tu jumpe kawan-kawan dia siap cakap 

"whoaa.. i nearly lost that game"


Masuk game ke-empat. Alhamdulillah Emir menang lagi.. 

dan game kelima.. Emir lawan budak darjah 2.. dan Darjah dua ni adalah wakil Malaysia huhu.. Emir kalah sebab make illegal moves. Tapi Papa kata Emir yang last game tu dia relax je, tak delah frust menonggeng macam game ketiga. Emir pun kata "he attacked me left right front and he is sooo good"


Alhamdulillah untuk permulaan dan untuk exposure, bersyukur dengan pencapaian Emir. Secara keseluruhan dari Darjah Satu hingga Darjah Enam, Emir dapat no 20. Chess ni dibahagikan kepada dua kategori. Kategori 1 adalah Darjah Satu hingga Darjah Empat, Kategori 2 - adalah murid Darjah 5 & 6, dan untuk kategori Emir, Emir dapat tempat ke6. Kalau ada rezeki, dapatlah Emir jadi wakil sekolah..


Alhamdulillah.. Terus Emir kata tak sabar nak masuk tournament lain pulak..

3 comments:

Ezna said...

Dania pun aktiviti padang memang tak lah. Dia more kepada persembahan pentas. Dania sangat suka. Now dah join Arabic Choral Speaking pulak. Apa pun kita bagi galakan selagi aktiviti tu bermanfaat..

Wah bagus tu chess. Go Emir Rasyid!!!!!

Unknown said...

Congrats to Emir. Anak kami juga suka main chess. Emir duduk kawasan mana? nak ajak sparring.

aimi said...

Terer la emir :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez