Friday, January 09, 2015

Pasar Nelayan Sungai Yu, Kuala Selangor

Sebelum pulang dari Kuala Selangor, Hubby sibuklah nak mencari Sungai Yu sebab nak ambik gambar untuk buat koleksi lukisannya. Banyaklah gambar jeti sepanjang percutian di Kuala Selangor ni untuk simpanan dia.. 

Tapi ini untuk simpanan saya.. Dalam dok mencari jeti, tetibe kami terjumpe pasar nelayan di Kawasan Sungai Yu.. Seronok babe, bile turun, orang jual kate "ikan baru 15 minit naik darat"



memang 15 minit naik darat.. tengok lah ikan-ikannya.. segar bugar.. gerammmm je tengok.. lepas tu murah-murah.. untung betul orang-orang kawasan ini .. dah la ikan murah, segar bugar lagi.. 

Ikan senangin 2 kilo baru rm17 



Kerang.. tak sure berapa ringgit yang pasti i beli 2 kilo, kerang-kerang ni pun hidup lagi.. cuma teksturnya bukan macam kerang biasa.. lain sikit, lepas tu banyak yang tutup susah nak bukak.. sampai kene ade teknik untuk bukak kerang.


Ketam, tengoklah ketam macam ni 1kg RM20, sebab saya bukan penggemar ketam jadi tidaklah saya beli


Segar molek molek kan...


Semua saya beli 2 kilo 2 kilo, satu kilo untuk saya, satu kilo untuk mama, i tak boleh beli banyak-banyak sebab fridge saya comel lote saje, tak muat..

Lepas balik dari Kuala Selangor, i terus balik rumah mak i, esoknya mak i masak :p senang hidup kan suruh mak masak hahaha.. 

Mama masak udang, ikan dan kerang.. mama tak bagi post dekat facebook or instagram sebab takut adik-adik especially yang dekat Johor dan Perlis teringin.. Blog ni tak pe lah kot sebab derang jarang nak jengok blog i.. 


Udang ni, sekilo RM38 murah kan..


dan ini paling win.. I memang suka tahap gaban masak ini. kari ikan sembilang, susah ok nak cari di pasar malam ataupun dekat hypermarket.. lepas tu pulak mama masak sedap habis..

Sorry ikan sembilang ni i lupe pulak harganya berapa..

Emir pulak dia cuma enjoy ikan senangin je, masak ikan goreng je pulak tu.. senangkan bela Emir hehe.

Itu lah penutup jalan-jalan Kuala Selangor kami..

************************

Entry berkaitan dengan Kuala Selangor



8 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam ziarah
bestnya ikan dan seafood tu segar bugar nya kerang tu tak tahan akak nengok

Mama Zharfan said...

waaa terliurnya..meleleh2 air liur i ni tgk udg gomok2s tu ;)

Noor Aini said...

Best nye.. ingat ujung bln ni nnt nk singgah sana.. ramai kata ikan sana fresh n murah.. aini slalu pegi kt pasar dkt dgn giant tu tp ramai org cina yg jual dan agak mahal.. waktu tu sis pegi dlm pukul brape? Harap2 aini g sana nnt ada la ikan br naik darat..hebe

Wan Amira Wan Salleh said...

Salam.. murah2 sebenarnyer.. saya pergi petang masa tu dalam pukul 3 4 macam tu

Hafizsuraya Sur said...

assalamualaikum...sy ada buat delivery ikan fresh di kawasan kl dan selangor.sesiapa yg berminat boleh la call/whats app sy di nombor 016-6924395 sy org sg yu dan ambil dari nelayan sana.kalau sesiapa yg x berkesempatan ke sana boleh hubungi sy utk tempahan.insyaAllah ikannya segar2

Hafizsuraya Sur said...

assalamualaikum..sy org sg yu yg bekerja di kl.kalau nk sy ada buat delivery service ikan sg yu ke kl.call/whats app 016-6924395 hafiz..kalau x berkesempatan nk ke sana sy hantarkan ke rumah

Cikgu Salina said...

pkl brp mula jualannya?

Muhammad Khairuddin Lim said...

nak pi sana le beli ikan..dah follow anda

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez