Monday, January 26, 2015

Lost World of Tambun || Part 5 || Mari mendulang

Saya rasa the three of us really explore apa yang ada dekat Lost World. Kalau ikutkan badan dah penat.. (especially i - lah).. Tapi sebab nak datang balik tau tau bila, jadinya kami pun berjalan lah di kawasan sekitar.

So kami ke area ni. Dekat sini adalah kawasan kalau ada Company nak buat teambuilding. Masa kami datang ada dua Company yang buat teambuilding. Ikutkan teringin la nak naik bot, RM5 je pun sorang, tapi tak dapat sebab masa tu staff-staff sibuk menguruskan teambuilding. 


Untuk sampai ke kawasan ni, you all boleh naik train.. nak jalan pun boleh jugak.. :) I tak kuasalah nak jalan banyak kan dengan selipar hotel tu :) sakittt..



Jadinya Emir ambil gambar di sini.. banyak jugak lah dia posing atas gajah ni sampai lah ada orang lain nak ambil gambar.


Yang paling menarik adalah sesi di mana Emir belajar mendulang. Secara kebetulan memang ada staff jaga di situ, ok i tak pasti kebetulan atau memang ada staff yang jaga, jadi staff tu ajar Emir dan beberapa orang budak untuk mendulang.. dan i personally rasa sangat interesting..


Semua gambar di sini adalah dari phone Emir. boleh tahan jugak kualiti gambar Asus ni.. :) camera papa masa ni dah habis bateri


Lama juga Emir mendulang dekat kawasan ni..  Sementara tu i pergilah toilet yang berdekatan.. Sebenarnya nak bagi tau.. scary sebab toilet tu belakangnya hutan.. huhu


Emir nampak macam dah biasa mendulang :D dia sendiri kata best pulak belajar mendulang..



So jadinya kalau Encik Encik Puan Puan nak bawa anak, sila lah sampai ke kawasan ni yer. Menarik kan.. btw Emir suruh ambil gambar dekat bawah ni sebab dia nak suruh masuk Instagram.. 




No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez