Monday, January 19, 2015

Lost World of Tambun: Part 1: The pool


Sempena birhday husband i, i bawak husband i ke Lost World of Tambun. Nak bercuti, i pilih jugak tempat yang Emir pun boleh enjoy.. He loves water, so kiranya Combo lah kan, nak belanja ayah belanja lah anak sekali.. 

I dah book bilik untuk 16 - 18 Jan, jadi nak tak nak memang lepas balik kerja terus berdesus jalan ke Ipoh. Alhamdulillah boss i baik, dia bagi i lepas pukul 4, dan tup tap tup tap, dapatlah sampai Ipoh before 7pm.. cuma jam sikit dekat Ipoh tu dan hanya dapat check in pukul 7.30 malam.. 

Saya duduk hotel Lost World Tambun, nanti i update pasal hotel in different entry.. 

Bila masuk nampak lah Ipoh Street. Dari segi interior dalaman compared to Sunway Lagoon, Desa Waterpark, i lagi suke Lost World of Tambun.



Masuk-masuk, Emir dah tak sabar dah nak masuk air, jadinya i biarkan Papa dengan kamera nya. Tarian ni i tak perasan ada, Papa kata, masa dia sibuk cari mana locker, adalah tarian ni. FYI, orang-orang ini akan ada di entrance pada waku pagi. Jadi sapa nak bergambar tu boleh lah..


Untuk pengetahuan anda, i ni ke Ipoh kan lepas balik kerja, jadinya segala luggage telah dimasukkan dalam kerete dari pagi lagi. Jadinya biasalah mesti ada yang terlupe kan, so i terlupe bawak selipar i..  sebab i cuma ada kasut keje je, takkan la i nak gadaikan kasut keje kan walaupun cap bata je.. dan jugak sebab nak jimatkan duit :p i balun lah selipar dari hotel haha... tapi kan sakit ok pakai selipar ni jalan2.. sebab selipar ni kain je.. orang pandang i relaks je haha.. sebab tu papa kata, ni kene ambik gambar klasik ni :p


Love this concept, ada meja-meja makan dalam air, kira bile kite makan, sah sah kaki kita dalam air, terasa best.. dan berangan lah, kalau lah duit banyak, rumah besar kan boleh lah berangan buat macam ni kat garden lol :p


Inilah destinasi pool pertama kami.. I sukalah basahkan diri dekat dalam mushroom, Emir pulak suke suruh i lawan swimming dengan dia yang mana i selalu terpaksa make sure dia kene menang . biasalah kan, emak.. 

Lama jugak kami berendam dekat sini tunggu Papa, katanya nak cari locker je.. tapi semua terjawab bila i tengok gambar-gambar dalam kamera.. habis semua angle papa ambik gambar..

Can you see happy face of Emir. .


Pool ni kire pool utama di sini. Bila pool utama kire pool ni adalah pool terbesar.


Bila dah seronok dekat pool besar tu, kami beralih ke pool panas. I memang suke pergi pool panas, rasa macam ala-ala sauna macam tu. Pool ni tak berapa panas sangat, kire 37 degree je. Budak-budak pun ramai berendam dekat sini. Orang kata, kalau nak badan segar, mandi air panas dulu baru ke air sejuk.. kiranya i memang dah salah strategi :)


Anda akan nampak banyak jugak la kot model plum size dalam entri ni :p Sorry la ya, i lebih nak tunjuk gambar betapa cantiknya kawasan dekat sini, tapi biasalah husband i suke betui capture gambar i dengan Emir.. ini gambar paling cantik (read: scenery) yang i suke... i dah belek gambar hubby ambik, tak dak satu pun gambar tak de i untuk kawasan ni, jadi terpaksalah .. huhu


Untuk pengetahuan anda-anda, dekat sini malam pun boleh masuk untuk Hot Springs & Spa dan harga tiket adalah berlainan. Ada persembahan jugak. Cuma, kalau u all dah satu hari masuk Lost World ni dan boleh bertahan dari siang sampai ke malam, jadinya, tak perlulah beli tiket Hot Springs. Boleh duduk dalam ni sampailah malam..


Air bukan color biru ni semua adalah kawasan Hot Springs..Bila masuk Hot Springs ni berendam 15 minit terasalah kulit lembut dan segar gitu (perasaan :p)

Bawah ni adalah entrance ke jacuzzi.. 


I tak daklah berendam sebab 43 darjah celcius, tapi hubby i boleh tahan lama jugak berendam dekat sini.. Jadinya i layan diri dengan Emir..


Bawah ni ada gua, tapi gua ni ada notice kata tak boleh lebih dari 5 minit mungkin sebab panas kot. I tak masuk, ni Papa yang ambik gambar.


Bila dah habis di kawasan Hot Springs dan Pool besar tu, kami beralih jugak dekat kawasan budak-budak. Tapi dekat sini kami duduk kejap je, sebab Emir terasa dia dah besar :p Dia rasa kawasan ni untuk budak tadika je..


Tapi bila maknya nampak kawasan tumpahan air tu, mak dia lah yang request nak duduk lama kat situ.. Seronok jadi budak tunggu baldi tumpahkan air haha



gigih lah i tunggu air tu turun, adalah 3 kali kot i suruh derang tunggu i... Papa dah senyum kambing dah :p


I akan upload banyak lagi entry pasal Lost World Tambun ni ikut tema-tema i.. Untuk itu i tinggalkan u all dengan gambar paling poyo of the day ok :p






4 comments:

aimi said...

Suka part ending :):)
Kbtln plan utk buat fmly day office kt sini, teruja baca. Dh dtg cni beberapa kali tp xpenah masuk waterpark dia. Layan mini zoo etc je haha. Sbb dtg mengejut xpenah bwk baju mandi :p

Norliza Othman said...

lama gak aim nak pergi sini. baca review mira lagi le terasa nak pergi :)

Ezna said...

Happy ending la mira ;) phewitttt

Mama Zharfan said...

i pun sgt suka tempat ni..sbb just nice tak crowded sgt gitu

waaa i suka pic yg paling last tu!! sweetttttt

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez