Wednesday, January 07, 2015

Kuala Selangor | | Tempat makan best di Kuala Selangor

Jika anda ingin tempah hotel di Kuala Selangor boleh cuba app HotelsCombined untuk banding dan dapat kadar terbaik


***************************************

Sebenarnya percutian kami di Kuala Selangor ni banyak terisi dengan makan makan dan makan.

Masa hari pertama kami di sana, kami keluar agak lewat untuk makan malam, jadi malas nak pergi jauh-jauh hanya makan di restoren yang berdekatan (dalam 10 minit dari Hotel de Palma), terlupe pulak apa nama restoren tu tapi tepi jalan saja.

Sebab teringin makan ikan bakar, jadi kami order ikan bakar. I tell you cara dia masak ikan bakar memang sedap. emir sampai tambah nasik. lauk lain biasa saje, tapi murah! i kalau makan, bagi ikan bagi kailan ikan masin memang win la pinggan i.. 









So the next day, masa full day kami di sini, selain dari tengok sejarah Bukit Melawati (nanti saya update), again saya makan makan dan makan. Memang malam pertama tu i browse internet cari tempat mana orang kata best.

So, mengikut bancian saya, orang kata Restoren Dinding Gelas Besar. Kat mana restoren ni,  i tak dapat nak tolong, tapi semua restoren ni tepi jalan je, kire dari Kuala Selangor drive je ke atas, you all akan nampak semua restoren yang akan i sebutkan selepas ni sebab semuanya tepi jalan saja.



Dekat sini boleh order segala mala air buah-buahan dan ada Coconut shake. Coconut shake nya memenuhi piawaian saya and sama rasa macam Coconut Shake dekat Batu Berendam. Cuma harga Coconut Shake dekat sini RM3, dekat Batu Berendam RM2.50.



Emir bad mood sebab mengantok tidor dalam kerete lepas tu ajak keluar, tapi habih jugak Coconut Shakenya



Papa ambik segelas air besar Durian Belanda. 



Makan pula, saya order set lunch dekat situ. Cuma RM7 saja (tak termasuk air)..

Saya ambik Nasi dengan Sup Tulang + Telur Dadar

Sup tulang nya sangat generous.. (banyak isisnya)



Papa ambik set nasi + Asam pedas ikan pari + telur dadar



Emir sebab dia merajuk sikit, so i kasi can lah dia makan maggi goreng.. Tapi nasib baik agaknya tersilap order kot, orang tu dia buat yee mee goreng, i lagi suke lah sebab bukan maggi.


 

Banyak yee mee nya, kire Emir dapat habiskan lebih dari separuh.. 



Lepas habis makan di sini, kami pun teruslah meneroka lagi Kuala Selangor.. Tetiba nampak Mee Udang Banjir. Ini baru 10 minit habis makan.. then i tanya Papa nak stop ke tak, since Papa dia ikut je, sebab nak patah balik kire dah jauh sangat dah dari De Palma ni..



Warung Mee Udang Banjir Tanjung Karang.. 

*Nota: Sebenarnya ada few gerai Mee Udang Banjir, ada yang ramai orang, ada yang tak de orang , jadi pilihlah mana berkenan.. i pilih yang ramai orang..



Kami order satu mangkuk saja sebab perut dah penuh kan.. Satu  mangkuk ni cuma berhara RM8 saja dengan 3 udang yang besar.



Bila perut dah penuh, kami jalan-jalan lagi. Papa pun nak cari jeti yang cantik untuk ambil gambar. Sebab perut kami dah penuh sangat, jadi kami decide untuk tapau je makanan malam..

Of cos i pilih ini lah kan..

Satay Hut

In case ada yang tak tahu, Satay Hut ni sangat popular dengan satenya yang 3 kali lebih besar dari Satay biasa dan rasa nya pun sedap. Walaupun famous,  i suke sebab Satay Hut ni masih lagi menggunakan arang.. Jadi rasa Satay yang original tu masih ada..



Satay biasa harga RM0.80 Satay besar harganya RM1.60 

Jadinya dah alang-alang nak cari sikit kelainan i pun ambiklah satay besar untuk makan dekat dalam hotel.






Ini sementara tunggu sate, Emir suruh i bace buku Lawak Kampus nyer.. suke betul dia dengan Lawak Kampus..





Tapi ada orang tu dalam kerete lagi dia dah balun dah sebab katenyer sedap...



Keesokkannya, semasa perjalanan pulang ke KL, barulah i singgah di Cendol Bakar Kuala Selangor yang sangat lah famous. Jangan salah anggap, Cendol ni bukannya bakar, tapi ownernya yang bernama Bakar :) Memang ramai sangat orang berhenti dekat sini..

Bukan hanya cendol, tapi banyak lagi makanan yang dijual di sini. Kira semuanya adalah.. Ada cendol, kuew tiaw, Sata, otak-otak, lempeng pisang atas daun pisang, waffle, ayam kepak madu , coconut Shake , aiskrim goreng dan lain lain lagi..

Tapi Coconut Shake nyer masyaAllah mahal ya Ampun.. RM6  segelas.. Terkejut badak i bile time nak bayar tu , kenapa lah tak terkene dekat Papa yer :p





Oh one last thing, Kuala Selangor ni terkenal dengan Karipap Gergasi.. Tengoklah how gergasi is gergasi..  sebesar muka i.. Satu karipap ni berharga RM3.50 FYI ada few kedai i jumpe yang jual karipap gergasi ni.. 



Selepas singgah sini sebenarnya banyak juga kiterang singgah untuk ambil gambar (bukan aktiviti makan).. Tau tau je dah masuk dinner. Bile dinner, i ajak Papa makan penutup dekat Aroma Ikan Bakar yang sangat famous. 

Masa kami sampai, hujan jadi tak ambik gambar.. badan pun malas-malas dah.. 

So this is part of our order. 

Saya order ikan bakar, Kupang, Sotong goreng tepung kailan ikan masin dan Tomyam.

Sorry gambar tak cantik..

Total damage RM141 huhu, termahal dekat sotong.. kiterang dah kenyang sangat, jadi kami bungkus je bawak balik rumah... :)



Begitulah cerita makan-makan kami di Kuala Selangor.. Harap you all pun dapat jugak pergi ke tempat-tempat ini :)

************************

Entry berkaitan dengan Kuala Selangor



7 comments:

Airin Diana Anuar said...

Mira, you know what, after i read ur entry, terus perut berbunyi2. then rs mcm nak plan trip to k.selangor just to grab the seafood! huhuhu

Sidratul Muntaha said...

kuala selangor klu jln2 mmg best
bukit melawati tu every single month pergi
pasir penampang ade untung nasib mmg ikan2 seme baru naik darat
whatelse
yg makanan2 tu seme kurang dari 5 ke 10 tahun baru nak top/ naik
klu ke depan sikit ke sabak or tanjung karang mmg jumpa kedai keropok tepi jln..
klu lalu jeram or pntai remis boleh la beli mentarang...
takde jual kat mana2 kot klu kat Kl

Fisya Yusof said...

bestnya..Kuala selangor mmg bnyk tmpt mkn yg menarik..

Noor Suhailah said...

Mak ai.. sedap2 nye makanan u makan. Most of them feveret sy juga like kailan ikan masin, satay n karipap debab tu.. hehe..
Saya tak pernah lagi sampai ke kuala selangor. Blh la singgah klu ada rezeki ke sana..
http://momofprecious.blogspot.com/2015/07/restoran-seafood-best-yang-wajib-di.html?m=1

Sham said...

Kalau ke Kuala Selangor dan kawasan persekitaran hingga membawa ke sempadan negeri, banyak lagi tempat-tempat makan yang memang membuka selera seperti nasi ambeng Warung Ibu (Tanjong Karang) keropok Losong (yang saya rasa pencecahnya lebih sedap dari di Losong sendiri) Warong Soto Pasir Penanambang dengan hidangan pecal ayam yang enak atau membasahkan tekak dengan cendol durian Borhan juga goreng pisang rangup berdekatan pasar basah Pasir Penambang (siang sahaja). Jika mencari sarapan pagi boleh singgah di warong Pak Abu yang terletak di bawah pokok berhampiran bangunan IADA, nasi lemak best dengan sambal udang atau kerang ada di sini.. jangan lambat, nanti habis.. ohhh.. banyak lagi tempat kalau nak cerita.. tapi ini cuma ruangan komen bukan ruangan promosi.. hahaha..

mahani bahri said...

Satu lagi warung sup belut. Aku x pernah oder sup belut tapi belut tumis ada lah. Memang sedap tapi tersembunyi sedikit. Lokasi atas sikit dari warung mee udang bnjir tu. PERNAH DENGAR ORG KETUK LESUNG MEMASAK..ANDA AKAN MERASAI SENDIRI PENGALAMAN BUNYIAN DAN BAUAN YG MEMPERSONAKAN AHA......

mahani bahri said...

Rugi x rasa sup belut atas sikit dari warung mee udang tu

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez