Tuesday, April 13, 2010

TIPS untuk mengisi Borang cukai (e-BE /BE) tahun taksiran 2009

Update as at 21 February 2014: After 4 years, now I am happy to answer your question, however, a minimal fee will be charged first for every question or if you would like me to assist you in 2014 tax filing, please email me at mummymer@gmail.com for further discussion.

Saya berbesar hati untuk menjawab soalan anda, tetapi saya akan mengenakan sedikit minimum service charge untuk setiap soalan yang ingin saya jawab. Anda juga boleh hubungi saya di mummymer@gmail.com jika anda mahu mendapatkan perkhidmatan untuk membantu anda menghantar borang cukai 2014.

Selama saya jadi tax agent hampir 5 tahun, baru sekali tak silap saya, saya post article mengenai tax. Ok, memandangkan banyak article dalam bahasa Inggeris dah ditulis, eloklah kirenya kalau Mira berbahasa Melayi Lagipun majoriti rakyat Malaysia memang boleh sangat berbahasa Melayu.

Ok, syarat pertama

1. Pastikan anda dalam kategori mane. Secara ringkas
A. Borang e-BE / BE - untuk semua orang yang secara ringkasny berada dan bekerja di Malaysia lebih dari 182 hari dalam tahun  2009
B. Borang e-M -  untuk yang tidak bermastautin di Malaysia. Selalunyer ini untuk warga asing ataupun rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Kedua-dua borang ini 
a) khas kepada mereka yang makan gaji
b) hendaklah dihantar ke Lembaga Hasil sebelum atau pada 30 April 2010. Penalti sebanyak 15.5% daripada baki cukai akan dikenakan kalau lewat. Sekarang ni, lagilah, semua sistem adalah berkomputer, jadi lagi senang nak kene penalti.

B. Borang B - ini untuk mereka yang ada pendapatan perniagaan dan permastautin di Malaysia (lebih 182 hari dalam tahun 2009). Borang ini hendaklah dihantar kepada Lembaga Hasil sebelum atau pada 30 Jun 2010. Penalti yang sama akan dikenakan.

2. Pastikan anda menerima Borang EA / Borang EC dari majikan anda
Nota: Seharusnya, borang-borang ini telah diterima dari majikan anda selewat-lewatnya 28 Februari 2010

3. Manual atau e-Filing
Pilihan di tangan anda, tapi kalau nak refund (pembayaran balik) dengan cepat, saya cadang pakai la e-Filing. Nombor digital, macam mane nak masuk, yang tu saya tak yah explain la, boleh layari terus website Lembaga Hasil

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara nak isi..
Ok, katekanlah ini Borang EA anda, EA / EC same je


Kat situ korang boleh tengok - 
Gaji - RM42,345.00, Bonus - RM22,345.00 , Allownces (Elaun) - RM14,382.00 dan Eletrik, air api (RM1,345.00), TOTAL: 80,417

So how to transcribe to Borang eBE / BE , (this one i used Borang BE, tapi lagi sekali same je isi kandungan e-BE or BE, yang beze adalah presentation)


dan BUKANNYER


Ok, kalau sape ade Dividen, Rental income or any other income yang nak my clarification, boleh lah email Mira kat mummymer@gmail.com

Yang ni saya buat adalah KEBIASAAN yang orang buat, ape yang saya tak tulis, ape yang saya tak claim memang JARANGGG orang buat.. kalau buat memang SENANG kene audit dengan Lembaga Hasil

Ok, misal kate anda bayar (bukan majikan anda) untuk Professional subscription (ok bahasa Melayu saya tak tau), contohnya macam bayar ACCA Membership, IEEE (yang engineering punyer membership, atau ape-ape membership yang SAMA dengan ape yang anda tengah kerja, anda boleh claim. tapi macam mane?? sebab tak ade column pun dalam Borang eBE atau BE.. Ok meh saya ajar.

Katalah anda bayar ACCA Membership dalam RM350 setahun.. Jadi tolak siap-siap RM80,417-RM350, so nanti report dalam Borang eBE /BE macam ni


Lepas tu, katelah dalam tahun 2009 korang ade derma ke approved instituition, kalau nak tau approve TENGOK RESIT ada tulis.. TAX EXEMPT tak pun DIKECUALIKAN DARI CUKAI. Lagi sekali kene ade resit, korang tak boleh memandai je main ikut suke ok, nanti kene audit kang.. :) Tapi kalau buat tanggung sendiri la yer..

Ok misal kate, kate dalam tahun tu kite derma RM200, so isi macam ni


Ok sekarang dah sampai ke Pendapatan Aggregat (Total Income), jadi nilah Total Income anda


Dekat bahagian inilah determine Taksiran Bersama atau berasingan. Kalau Taksiran bersama, masukkan jumlah di C17 / Jumlah Pendapatan yang Dipindahkan dari Suami Isteri bagi Taksiran Bersama.

Apa bez Taksiran Bersama dan Taksiran Berasingan.
Macam nilah, to cut it short, as long as your spouse kerje, SILALAH BUAT TAKSIRAN BERASINGAN, kalau tak rugi untuk bahagian pelepasan nanti. Tapi ada jugak client Mira yang degil degil nak jugak buat Taksiran Bersama, tak pe lah the choice is yours kan.

BAHAGIAN PELEPASAN

Inilah bahagian yang kite nak hentam koromo sebab nak rendah rendahkan tax kite kan. kalau boleh semua orang nak letak maksimum kan kan kan kan... :) Tepuk dada tanye selera lah yer... yang ni semua yang keluar duit sendiri yer, bukan company korng yang tanggung yer :)

Individu dan Sara Tanggungan - yang ni semu orang dapat RM8,000, tak kira lah korang menanggung 10 orang sekali pun, korang still boleh claim RM8,000 je. 
Perbelanjaan perubatan ibu bapa - harap maklum ya yang ni untuk ibu bapa sendiri. Ibu bapa angkat yang disahkan dan mintak maaf, bapak mak mertua tak boleh.. Maksimum RM5,000

Peralatan sokongan asas untuk sendiri / ibu bapa / suami / isteri / anak yang kurang upaya. Maksimum RM5,000. Adik beradik amat sedih sekali tak boleh..

Yuran pendidikan yang dibayar SENDIRI - RM5,000 maksimum, Sila rujuk ijazah ape yang boleh claim. Harap maklum yer, kalau-kalau majikan bayar untuk anda sambung belajar, No no no, anda tak boleh claim. dilarang sama sekali

Peralatan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati sendiri / anak / suami / isteri  & dan full medical check up untuk isteri anak dan sendiri. keduany adalah RM5,000. Full medical check up adalah full yer, bukan bulan ni buat pap smear, bulan depan buat breast ultrasound, bulan pulak xray jantung.. bukan bukan bukan. yang ni but sekali arung untuk semua sekali

Buku dan majalah - maksimum RM1,000, tak termasuk PAPER 

Pembelian komputer - RM3,000, kalau kate korang beli komputer tak pun laptop tahun lepas, maksudnyer, korang boleh claim tahun lepas saje, the next one will be in 2012 :)

SSPN - yang ni berapa banyak yang masuk yer.. bukan berapa banyak yang keluar.. :) RM3,000

Alatan sukan - sila gunekn ni sehabis baik :))) RM300

Faedah pinjaman perumahan -Maksimum RM10,000 Ini untuk sape2 yang beli rumah dari 10 Mar 2009 hingga 31 Dec 2010. Dengan syarat untuk satu rumah, rumah tu nak duduk sendiri bukan nak sewa dengan orang dan anda kene jadi warganegara Malaysia

Suami / isteri - RM3,000 Yang ni khas untuk isteri atau suami yang tak bekerja ye. Yang bekerja tak boleh claim. Lepas tu, kalau ade empat isteri pun boleh claim RM3,000 je yer.. bukan RM3,000 darab 4, kalau cam tu, semua laki suke kan :)

Anak -
RM1,000 - untuk anak berumur 18 tahun ke bawah
                - untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar yang bukan buat diploma ataupun ijazah. Contoh macam belajar dekat Matriks, belajar A Level, ambil sijil

RM4,000 - untuk anak yang ambil diploma dan ke atas di Malaysia dan untuk anak  yang ambil ijazah ke atas di luar negara di Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

RM5,000 - untuk anak yang kurang upaya dan diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Misal kate anda ada anak OKU, anda boleh claim RM5,000 BUKAN RM1,000 + RM5,000. 

EPF and  Insurans Nyawa- maksimum boleh claim RM6,000, jadi kalau EPF anda tu dah RM7,000 tak payah la mintak life insurance statement

Medical / Education insurance - Maksimum boleh claim RM3,000

Kedua dua insurans boleh di claim oleh kite kalau kite ni beneficiary, contohnya macam husband Mira bayar medical insurans Mira dan Emran adalah beneficiary, Emran boleh claim dalam tax return dia dan Mira tak boleh. Tapi kalau kate, tiap tiap bulan Emran dok bayar Mira punyer insurans tapi yang beneficiary tu adalah Mira.. so Emran memng tak boleh claim. In this case Mira boleh claim ,sebab name insurans tu name Mira walaupun orang lain yang bayar.. dan semua konsep ni sama saja baik Life insurance, Medical insurance or Education Insurance.

Ok those yang ada Life insurance macam Prudential, AIA, dia ade pecahan Life Insurance, Disability and Medical selalunyer. Jadi anda boleh ambil Medical portion dan claim dalam Medical insurance :)

Zakat - TAKDE MAKSIMUM. Jadi sila tunaikan zakat. It really can reduce your tax liability. Tapi kene lah ikhlas, jangan la nak refund punyer pasal, nak sedekah zakat. salah konsep tu..

Macam mane nak isi Potongan Cukai Berjadual (PCB) / Schedular Tax Deductions (STD)

In case ade orang tak ingat mane nak cari PCB. Kat sini ni haa..
Jadi isi lah korang kat sini, tapi kalau Form eBE muke surat pertama tu dah isi dah..


Dan yang terakhir, ini bahagian yang selalu dilupai...

PRIOR YEARS INCOME / PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN


So macam mane lah nak report..


Part ni, tak perlu bayar sekarang, tunggu sampai Lembaga Hasil keluarkan Notis Taksiran Tambahan (Borang JA)

Itu saje, senangkan, untuk tahu tanggungan cukai berape.. biarlah system tu generate sendiri, sape yang nak pakai manual, sile lah kire sendiri.. Ok,kalau kene bayar untuk tahun taksiran 2009, sila lah buat bayaran sebelum atau pada 30 April 2010, sapa yang ade refund, tunggu cek anda ataupun telefon lah Lembaga Hasil :)

Sekian.. dah kul 230 pagi ni, esok sure longlai kat office , lame betul nak buat tutorial ni..

KALAU NAK TAU MACAM MANE NAK ISI UNIT AMANAH / UNIT TRUST - BOLEH KE http://emmira.blogspot.com/2010/04/tips-mengisi-borang-be-e-be-unit-amanah.html

kalau nak tau, macam mane nak dapat faedah pelepasan RM10,000 untuk pinjaman perumahan, click sini..


http://emmira.blogspot.com/2010/04/tips-mengisi-borang-cukai-borang-e.html 




   


43 comments:

Ray said...

Salam Mira,

Sampai kat sini thru bloghopping. Sekarang ni pun tengah pening pasal nak buat e-filing ni. Byk column yg kosong lagi la.

Alhamdulillah ada tutorial ni, so karang nak kena check balik apa yg dah diisi online (dah start isi, tp x submit lagi), so Ray mintak permisi copy paste kat personal doc supaya senang check satu2 yerr??? Insyallah kalau ada apa2 soalan Ray akan email ke.

Thanks so much:)

Mummy Rizq said...

mira jd tax agent saya boleh??? haa..haa.. mcm lah bnyk sgt duit nak kira sampai nak kena guna agen!!! BTW thanx for the info..

Em's Family said...

Salam Ray

Boleh je, name pun nak mengajar.. semua untuk mengajar.. just help yourself ok..

Mar, bolehhh jer huhuhuhuhu tapi tahun lain hahhaha

NaZa said...

salam.. nak tanya sket yek pasal faedah pinjaman perumahan? camne kire yek? boleh mintak sekali je ke? ni termasuk downpayment or pinjaman bulan2 yg kite bayo kat bank...

tq in advance..

Ibu emir said...

naza, I dah berblog soalan u hehe

Din said...

Puan Mira, saya ada hantar soalan ke e-mail Mira. Harap dapat feed back.

Ada sedikit pembetulan, my wife bayar zakat wang simpanan berjumlah RM2,206.00

Din said...

Puan Mira,

Kalau pinjaman perumahan tu secara Islamic Morgage, macamana nak kira faedah untuk 3 tahun tu? Boleh ke kita ambil total bayar balik tolak harga rumah; perbezaannya kita bagi dgn tempoh bayaran balik dan kali 3 tahun?

Anonymous said...

TasikPutri,

Pn Mira, bule explain sikit ttg ->
PRIOR YEARS INCOME / PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN.

Jika pada tahun 1996-2000 belum declare income tax, perlu isi kat sini ker?

Camna dengan pelepasan utk tahun yang tak declare tuh? Tak layak mohon ker?

mummymer said...

Encik Din, saya dah jawab dalam email yer..

Anonymous: Ok kalau tak file lagi tak pernah declare, saya cadangkan Encik mintak borang tahun 96-2000 kepada Lembahga Hasil dan isi sebab column untuk Tahun kebelakangan tu hanya untuk additional income in arrears. As a note, tahun 2000(prior years basis aka income in 1999) banyak orang dapat waive tax tapi kene dapat confirmation from LHDn. Pelepasan untuk tahun yang declare tu boleh dapat asalkan masih sempat segala mala receipt nak claim.

Ok itu saje

mummymer said...

Encik Din, saya dah jawab dalam email yer..

Anonymous: Ok kalau tak file lagi tak pernah declare, saya cadangkan Encik mintak borang tahun 96-2000 kepada Lembahga Hasil dan isi sebab column untuk Tahun kebelakangan tu hanya untuk additional income in arrears. As a note, tahun 2000(prior years basis aka income in 1999) banyak orang dapat waive tax tapi kene dapat confirmation from LHDn. Pelepasan untuk tahun yang declare tu boleh dapat asalkan masih sempat segala mala receipt nak claim.

Ok itu saje

mummymer said...
This comment has been removed by the author.
KambingBujang said...

thanks for the info, really help me yg every yrs penin2 lalat bler nk submit form ni...banci

Insyiraah said...

tumpang tanya, saya ada amek loan utk sambung belajar master 3-4 tahun lepas and skrg tengah dok bayar bulan2 balik ke tnb. monthly loan payment utk sambung belajar master accounting tu boleh claim gak tak?
t.kasih :)

ibu emir said...

Kambing bujang: hope u hv filed ur tax return ya

Insyiraah: pelepasan tu untuk current year expenses, kslau loan mcm tu tak boleh :)

Iris said...

salam..nak tanya kalau
1)kita punya resit tu ada yg hilang mcm mana ye?
2)sy dapat surat mintak salinan resit dlm tempoh 30hari n kalau maklumat tak tepat kena bayar penalti maksima 45% dari jumlah tuntutan
3)so kalau sy punye cukai rm500, refund rm400..so sy kena bayar 45% dari jumlah refund ke..

terima kasih atas nasihat akak...

Em's Family said...

Salam Iris

1) resit ape yang hilang yer? kalau resit buku, resit sports equipment, kite boleh usaha carikan kan kkan kan :D

2) oo itu panggil audit letter (audit meja) Lembaga Hasil akan tengok betul tak ape yang kite claim dengan dokumen yang kite ade. MEmang kena bagi dokumen, takut derang impose penaltu

3) tak jugak, 45% tu maksimum, kene depands on IRB's discretion

ehan said...

Pn.Mira.mcm mane kalau dye nak ambil ank angkat?effect x income tax liability dye nanti??

Ibu Emir said...

hi.. kalau amik anak angkat.. yes, you can claim the relief as long as you already obtained an approval from kebajikan masyarakat.. :)

kay said...

salam semua,

saya ade bbrape soalan,
saya x pernah lagi declare tax even dah keje 3 yrs.
so saya rase nak delcare la tahun ni, kalo nak wat online e-Filing kene pegi LHDN ke or boley trus wat online mcm cik Em's family post kt blog nie?

pastuh untuk bahagian pelepasan 'Buku dan majalah - maksimum RM1,000, tak termasuk PAPER' yg nie untuk buku n mag macam mane eh? if mjlah maskulin,seventeen ke novel cinta, lagenda budak setan etc ke lepas ke?


harap membantu terima kasuh :(

mummymer said...

Salam Kay

Perkara pertama kene check, adalah tengok you dah ade tax filing number ke belum.. Tax filing number boleh check dekat payslip ade.. selalunyer bermula dari SG XXXXXXXX-XX(X). kalau dah ade, maksudnye, u memang dah wajib dah kene declare tax..

kalau you tak penah lagi declare tax.. better do it now sebelum LHDN audit you.. takut nanti you are in deep trouble.. but of course, kalau mood officer LHDN tak baik, then penalty will be imposed..

kalau u memang tak de tax file no, meaning that you have no obligation to file your income tax.

What you have to do untuk buat online submission..??

First and foremost.. memang you kene pergi any LHDN near you untuk mintak digital cert. Then dari digital cert tu baru boleh you log in to LHDN's website..

Untuk Pelepasan Buku...
Semua boleh, buku ABC pun boleh, magazine ape magazine pun boleh.. buku ape2 pun boleh.. (except buku latihan kotak2 ke, ledger book ke - ni tak boleh), buku dekat sini maksudnyer bahan bacaan.. but of course not that xxx :) (be it magazine or books) however, newspapers would not qualify for this exemption :) and, please ensure you keep a proper supporting documents.. mane tau kot kot you are the choosen one to be selected in desk audit..

harap penerangan saya cukup..

happy filing :)
Amira

kay said...

salam mummymer...

first of all, thnx fr the info ya really helpful for a noob like me :P

bt i ad soalan lg:
1) doct ap kene bawak ke LHDN office? slain ic and tax filing no form?

2)if let say i kene penalty, kene bayar lumpsum ke? boley bayar sikit2? takut plak kene penalty byk...

3)so let say i dah pergi LHDN office and nak wat online e-filing, so i ckp je kt LHDN officer tht i nk 'digital cert'?

thankx again n hope u can help me with thse questns

daniel ng said...

hi there..
may i know if i can claim for EPF since i dont have any insurance?

like u said,
"EPF and Insurans Nyawa- maksimum boleh claim RM6,000, jadi kalau EPF anda tu dah RM7,000 tak payah la mintak life insurance statement"

i x faham sangat regarding this statement,
my EPF more than rm7k so cannot claim kah?

thanx

Em's Family said...

Hi Daniel and K

Please refer to my answer here

http://emmira.blogspot.com/2011/02/tips-soalan-cara-cara-mengisi-borang.html

All - kindly post your questions at http://emmira.blogspot.com/2011/02/tips-soalan-cara-cara-mengisi-borang.html

Thanks ya..
Amira

zuanko said...

Salam Pn.AMira
ape yg di maksudkan dgn EPF perlepasn RM 6000..akaun 1 atau 2 ke atau kedua2nya sekali nak declare?

mummymer said...

Salam Zuanko

EPF pelepasan tu is the total amount that you have contributed to EPF in a year.. definitely not akaun 1 (sebab tu akaun dari majikan)... kalau nak senang, boleh rujuk Form EA / EC..

hope it anwers ur question..

Anonymous said...

Salam Puan,

Nk tnya beberapa soalan:

1- apa yg dimksdkn dgn "Faedah pinjaman perumahan"? Mcm mana sy nak tau bape amount yg sy kene? Sy ada beli rumah (tanda tangan perjanjian jual beli last yr), rumah masih under construction, mmg untuk duduk sendiri bukan untuk disewa.

2- Suami tak kene income tax, so sy perlu buat taksiran bersama atau berasingan?

Harap dpt membantu, tima kasih

mummymer said...

Salam

1. untuk faedah pinjaman perumahan, u layak untuk tiga tahun berturut. kalau kate u beli last year, if you want to claim this year pun ok.. tapi the claim only applicable for interest saje.. jadi kalau rumah yang belum siap, i rasa interest tak banyak lagi kan.. so i think u may want to keep for next year for the next three years..

in case u want to claim this year, u can claim the whole amount of interest paid this year.. kalau joint property the calculation is different..

2. suami tak kene income tax.. boleh saya tanye suami bekerja ke? kalau bekerja, saya advise buat taksiran berasingan, lagi benefit..

terima kasih
amira

lisadj said...

Salam..

Sorry yer, nak tumpang tanye..saye ni HR officer, tp xde experience lagi..tibe2 boss suruh prepare Borang EA staff-staff ni...satu patah pasal tax saye xtau..

boleh tolong x? dah buat research ckit2 la..mcm simple je nak isi borang tu..cume xsure sgt part B tu...ala, pasal nilai manfaat barangan tu..klw staff-staff ni mmg xde elaun kereta ke ape ke,so i boleh biar blank je kan?

and one more thing, borang EA ni mesti untuk sume staff ke? or cume yang income RM2500 & above mcm PCB tu?

hehe..sorry la tnye soalan gini..mmg betul xtau ni..

really hope you can help..

Anonymous said...

Sis,
Yg bhg last dlm EA (Jumlah Elaun/Manfaat yg dikecualikan cukai) tu, dlm eBE nak letak kat mane? tak perlu ye?

Em's Family said...

lisadj: tak pe sorry lambat reply.. yerp kalau staff tak de terima ape, boleh biarkan kosong saje.. :)

tak.. EA untuk SEMUA staff regardless income dia kecik atau besar.. hope it helps

Anonymous: Part G ;) dalam ea letak total of manfaat dikecualikan cukai.. then the breakdown dalam attachment, borang ea boleh ambik dari LHDN's website..

Anonymous said...

Sis, maksud saya dlm borang eBE tak perlu masukkan ye amout tu? Dlm article sis kat atas ni, amount 2250. Saya tak nampak sis letak kat mana2 dlm borang eBE tu.

Please advise

Em's Family said...

dalam borang BE tak perlu masukkan :) cume dalam borang ea saje untuk rujukan pekerja

kittzy said...

thanks! this helped. would have been great if you had an english version too.

Anonymous said...

Thanks.. Sangat membantu..
Semoga dilimpahi rahmat dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Mekaseh

Anonymous said...

Salam,

Kalau company ada bagi interest subsidy untuk pinjaman perumahan, jumlah tersebut sepatutnya di letakkan di bahagian B dalam EA form. Bukan di bahagian G. Betul tak ?.
Sorry, soalan pelik. Cuma nak pastikan EA form saya betul atau pun tidak.

taurean said...

salam...

tahun 2007-2010 saya ada potongan PCB tp xpenah declare sbb saya "kurang arif" psl menda2 nih...tp 2012 baru saya ada "kesedaran" psl menda2 nih n start declare utk 2011 dan dapat refund utk 2011....
so soalannya...mcm mna dgn tahun2 sblum2 yg saya xpenah declare tu?? kena denda ke atau kena saman??....erkkk

Anonymous said...

salam saya meniaga sendiri pendaptn bersih lebih kurang 5ribu sebulan jd saya nak beli umah..bnk minta surt incmtx....sebelum tu saya dh pg ke pjbt lhdn nk wt incmtx mereka kta ala setakt meniaga nasi lemak xyah le susah nk buat incmtx....pastu lhdn punya staf tu suh saya pg pejabat audit...dia kata saya kena bayar 400 inngit kat orng tu...cmne tu...kak tolng la saya mcm mane cara nyrr saya nak buat incmtx sbb saya cuma meniaga tepi jalan jer...tapi saya ada buat sijil ssm selama 4 tahun....

AreJae said...

Salam, nak tanya pasal bahagian G dalam ea form tu. kat mana nak letakkan figure tu dalam efiling ?

or tak perlu masukkan dalam mana2 part kat dlm efiling ?

thanks.

amienz jhr said...

SIS....mcm ne nak contact si...nk mintk tlg wat kan sy nyer income tax la

Im said...

Salam.
Nk tanya, my wife pernah warded dan kompeni saya melalui PM care dah cover untuk belanja perubatan tu.
Soalan saya, boleh ke saya isi jumlah tu dalam E-Filing even pihak kompeni dah tolong bayarkan.

Ila said...

Yuran badan pro mcm acca or mia masih applicable ke for 2013?

Akmal Afif said...

Assalamualaikum... saya tak pernah dapat Borang EA ni.. sejak tahun 2006 sehingga sekarang sy bekerja..majikan yg sama.. adakah bermakna majikan saya tak declare ape2 pada lhdn tentang sy bekerja di syarikat nye? Bila nk buat loan rumah baru lah tau apa itu Borang EA. Then borang EA ni kita sebagai pekerja boleh isi sendiri ke? Download borang sendiri...?

anak Wan Salleh said...

Ila: Yes

Akmal Afif: EA wajib diberikan oleh majikan. Ia menunjukkan berapa jumlah pendapatan yang diterima dalam setahun, EPF dan total monthly tax deduction.

Tak boleh isi sendiri, company kene isi.

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez