Wednesday, April 14, 2010

TIPS mengisi borang cukai (Borang e-filing / eBE / BE) (pelepasan RM10,000 untuk faedah pinjaman perumahan)

Update as at 21 February 2014: After 4 years, now I am happy to answer your question, however, a minimal fee will be charged first for every question or if you would like me to assist you in 2014 tax filing, please email me at mummymer@gmail.com for further discussion.

Saya berbesar hati untuk menjawab soalan anda, tetapi saya akan mengenakan sedikit minimum service charge untuk setiap soalan yang ingin saya jawab. Anda juga boleh hubungi saya di mummymer@gmail.com jika anda mahu mendapatkan perkhidmatan untuk membantu anda menghantar borang cukai 2014.

Pertama-tama minta maaf asyil sibuk mengajar orang macam mane nak isi borang. Senang sikit ngajar kat sini, one for all, kalau tak kene jawab phone satu satu huhuhu :) Eh cop, tapi I dont mind ok .. 

Anyway dapat soalan dari Naza dia tanye macam mane nak dapat pelepasan RM10,000 untuk pinjaman perumahan. Ok buat pengetahuan anda, pinjaman perumahan ni diumumkan mase Mini Budget tahun lepas. Ok, macam mane nak dapat pelepasan ni.

1. Mesti warganegara Malaysia; DAN
2. Untuk satu unit rumah saje; DAN
3. S&P ditandatangani antara 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010; DAN
4. Rumah tu BUKAN untuk disewa.

Kalau ade DAN tu maksudnya WAJIB dipatuhi keempat-empat syarat tu. Pelepasan ni bukannye yang you all bayar monthly loan payment tu. bukan bukan. Tengok balik bank statement tu, tambahkan jumlah yang interest saje. 

Contohnya kite bayar RM1000 sebulan, of course dalam tu ade interest, kate RM100, so RM100 tu yang bawak masuk pelepasan TAPI cum terhad sampai RM10,000, kalau you bayar RM11,000 pun, jumlah exempted is RM10,000 jer. Bende ni you boleh buat selama 3 tahun, so kalau beli rumah in 2009, you can claim this relief until 2011. Kene berturut-turut, tak boleh 2009 nak claim, 2010 tak nak claim, lepas tu 2011 nak claim pulak, boleh buat macam tu, tapi still sampai tahun 2011 jugak.

TAPI ade syarat lain, kadang-kadang rumah tu ade dua nama kan. tak pun lebih pada dua. SEMUA boleh claim sorang RM10,000 dengan syarat interest tu kenelah lebih dari yang dah setkan. Contohnya, satu tahun tu, tambah tolak you all semua kene bayar RM7,000, tapi you all bayar RM8,000 then baru semua orang boleh claim, kalau tak, harap maaf, sorang je boleh claim. tapi ade calculation dia macam mane nak claim.

Formula: A x B / C
Ape itu A , B dan C

A - amira :p ok A Jumlah interest yang wajib dibayar korang tiap tahun
B - Jumlah interest yang setiap sorang bayar kene bayar. 
C - Jumlah total interest yang semua orang bayar

Based on that formula, sila lah calculate sendiri yer.. Jawapan dia, itulah yang setiap sorang boleh claim :) but again tak leh lebih RM10,000. Tapi I understand selalu nyer kalau laki bini selalunyer sorang je bayar kan.. so orang tu je lah yang claim, sorang lagi tak leh claim. Ni memang untuk semua-semua yang ade commitment kene bayar loan rumah dengan bank.

Sekian tutorial untuk hari ini..

Kalau n ak tau macam mane nak isi Form pergi sini:  http://emmira.blogspot.com/2010/04/tips-untuk-mengisi-borang-cukai-e-be-be.html

Kalau nak tau macam mane nak isi Unit Trust, pergi sini: http://emmira.blogspot.com/2010/04/tips-mengisi-borang-be-e-be-unit-amanah.html



   



5 comments:

NaZa said...

thank u... mmg jelas dan nyata... tapi tak layak lg sbb tahun ni baru start bayo loan..

KambingBujang said...

eiii banci la bler pk pasal income tax ni. nak declare or bayar malas, tak declare or bayar..bermasalah nanti.. adussss

mo said...

thanks for sharing this :) finally i know how to calculate the interest!

azilah said...

nak tanya boleh...kalau kita beli rumah jan 2009, kira xlayak ler minta pelepasan faedah rumah

aweqs_ooren said...

kalo pinjam gov loan xbleh buat pelepasan faedah rumah ni ke??

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez