Wednesday, March 15, 2017

Hotel Ascott Kuala Lumpur

Selalunya kalau kita ke mana-mana, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran kita adalah bajet. Dan bajet selalunya merangkumi 60% penginapan dan tiket penerbangan. Bila kita zoom tentang penginapan, banyak yang kita nak ambil kira dari keselesaan dan kemudahan yang terdapat di sekitar penginapan kita.

Bila kita bercakap mengenai keselesaan, terus kita bayangkan hotel 5 star yang semuanya tersedia dan selesa. Tapi nama pun 5 star, kadang-kadang nak tengok harga semalam pun boleh naik bulu roma seram sejuk dibuatnya.

Tapi orang kata kalau tak cuba tak tahu kan. Kalau kita nak book Hotel Ascott Kuala Lumpur ni, memanglah dalam kepala terbayang mahal la, tak mampu lah tapi dalam hati teringin nyer Tuhan je yang tau kan.

Jadi, sebelum kita segan-segan, jom lah kita check dulu..

I ambil la kesempatan untuk jalan di sekitar Hotel Ascott Kuala Lumpur ni. Sebab nak jadi pelancong, kita buatlah cara melancong. Turun di KL Sentral,kite boleh nampak signage Hotel Ascott Kuala Lumpur semasa berjalan menuju ke Nu Sentral (shopping mall), kalau tak jumpa tanya je guard di situ. Stesyen KL Sentral ni seperti sedia maklum boleh terus dari / ke KLIA atau KLIA 2. 


Untuk ke Hotel Ascott Kuala Lumpur ini dari KL Sentral, kene melalui shopping mall yang agak besar iaitu Nu Sentral. Dari Nu Sentral untuk ke Ascott ni cuma 7 minit saja. Bila keluar dari Nu Sentral, pusing kanan, kita dah boleh nampak Hotel Ascott Kuala Lumpur..


Lokasi strategik. Nak cari kedai makan, tak kira bangsa apa pun, petik jari semuanya depan mata saja.. Bila kita sampai depan pintu Hotel Ascott Kuala Lumpur tu, tak perlulah menyorok atau berlagak macam orang kaya sebab staffnya friendly, tak kisah melayan sapa pun..



Hotel ni berkonsepkan exclusive serviced apartment yang bertaraf 4 bintang tau. So, korang akan rasa dilayan seperti orang-orang VVIP. Memang syok! Ia juga terdiri daripada 157 buah apartment yang boleh diklasifikasikan sebagai Studio Executive, Studio Premier, One-bedroom Executive, One-bedroom Premier, Two-bedroom Premier dan Penthouse. 

i Bedroom Executive



i Bedroom Premier



2 Bedroom Premier



Studio Executive


Studio Premier
Paling best ia adalah fully furnished apartment. Fuh, memang korang akan rasa macam duduk dekat rumah sendiri! Semua kelengkapan ada seperti smart TV, peti sejuk, microwave, mesin kopi, rice cooker, cerek elektrik dan banyak lagi. Kalau rasa nak masak-memasak pun boleh, tapi kalau dah bercuti ni tak ada maknanya nak memasak. Keluasannya juga sangat selesa dan kalau korang dapat stay dekat tingkat yang atas-atas bolehlah layan view di sekitar KL Sentral yang cantik ni. Rasa mewah kan .. feeling feeling ala artis gitu.. 
Selain keramahan staf-staf di Ascott Kuala Lumpur ni, Hotel Ascott Kuala Lumpur juga telah menyediakan banyak kemudahan kepada pengunjung seperti pusat penjagaan bayi, perkhidmatan pusat perniagaan, parking, dobi, gymnasium yang serba lengkap, gelanggang tenis, serta kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Apa yang bagusnya, kemudahan doctor on call dan wake-up service pun ada disediakan juga. Bagus, sebab boleh tolong kejut bangun subuh sekali.. Bersebelahan dengan bangunan apartment ni pula ada sebuah Menara Shell di mana korang boleh menikmati sarapan Eropah secara percuma yang di dipanggil Stesen Meal iaitu restoran rakan kongsi mereka yang terletak di tingkat lima. Makanan percuma kalau tak cuba rasa memang rugilah. Jadi, sambar saja mana yang boleh.
Macam nilah, secara summary, ini kemudahan yang disediakan..


Katelah, kalau u all boring, ambik je pengangkutan Awam dari Uber, Teksi, Bas, Monorel, LRT untuk ke mana-mana tempat perlancongan sekitar Kuala Lumpur. Memang senang sangat ok.. Kalau tengok peta, memang Hotel Ascott ni senang untuk mencapai tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Jadi kalau ada yang nak merasa percutian di ibu kota, boleh la cuba untuk tinggal di Hotel Ascott Kuala Lumpur. Cuti sekolah pun dah dekat kan..Bukan setakat service mereka yang awesome saja malah makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Memang sangat berbaloilah dengan harga yang kita bayar. Tapi kalau nak lagi berbaloi korang kenalah book Hotel Ascott Kuala Lumpur ni pada hari yang bukan musim cuti. Okay korang, selamat menikmati percutian yang mewah.

Saya dengan Traveloka (www.traveloka.com) memang selalu book especially sebab anak saya Emir jenis yang kene merantau untuk bawak dia main chess. Selalunya saya akan pilih Traveloka sebab harga ditawarkan sangat berbaloi.. dan website dia pun user friendly. dan kalau nak dapatkan harga yang lebih murah, cuma download Apps Traveloka. trust me, and you will be surprised :)

Cuba-lah..

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

view mmg bapak menarik gila kalau macam ni yak..

Mama Zharfan said...

boleh lah i try traveloka nanti..so far tak pernah lg try

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez