Thursday, October 27, 2016

Langkawi 2016 - Day 3

Sebenarnya kalau ikutkan, Day 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi walaupun pada hakikatnya kami balik pada Day 4 sebab nya pada Day 4, flight kami pada pukul 10.15 am, jadinya dalam pukul 8 lebih dah kene ada di airport. 

Cerita balik pada hari ketiga, Emir pagi tu agak mengantuk, sudah lah kene berada di Hotel Angkasa pada pukul 8, sebab game start pukul 8, Papa hampir-hampir mencadangkan supaya Emir dropped ajer game ni memandangkan lawan Emir sangat kuat... 

Tapi, biasalah anak saya ni competitive sikit, biar kalah jangan menyerah.. Seperti dijangka Emir memang kalah pun game tu tapi Emir did really gave a good fight until the end.. 


Hasilnya, Emir berjaya mendapat tempat kedua bawah 12 tahun. Katekanlah Emir dapat lagi 1 point, kemungkinan besar Emir akan berada di top 20. Bila berada di top 20, maksudnya adalah campur sekali dengan kategori dewasa. Apa pun he was so happy since this is his first Open tournament.


Paling manis, salah satu Coach Emir, Coach Nik telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kejohanan ini dan  memenangi RM3,000..


Gambar kenang-kenangan di hadapan Hotel MyAngkasa


Habis event dalam pukul 1, terus saya zasss pergi ke Haji Ismail Group nak beli chocolate. Kawan-kawan pun ada pesan.. Semalam tu dah pergi ke Coco Valley, walaupun orang local kate harga Coco Valley jauh lagi murah daripada Haji Ismail, tapi saya sebagai orang luar prefer lagi Haji Ismail sebab lagi banyak pilihan.. Tapi, itulah, sesak sikit kawasan chocolate ni. Honestly, harga tak banyak beza pun, kalau tak harga Haji Ismail murah, Coco Valley murah..


Ayah saya cuma pesan minyak gamat, jadi on the way dari Angkasa nak ke Cenang, ternampak kedai Nusantara Maju yang penuh dengan bas.. terus saya berhenti sini dan beli minyak gamat dan barangan lain..


Sebenarnya malam sebelum nya tu saya dah "merengek" minta papa tukar hotel, masa Emir tournament kami tinggal di Anis motel (i.e. Hotel Angkasa tu penuh). Sebab dah sepuluh kali cakap, Papa pun carilah hotel di Cenang.. i suke sebab sebelah pantai, nyaman gitu..

Tapi sebab walk in dan kebetulan cuti, jadi punyalah hotel penuh... At last dapatlah satu bilik dekat Grand Beach Motel di Pantai Cenang. Maaf tiada gambar, terlupe nak ambik lagi pun sehari je kami kat sana.

Apa pun, walaupun motel, tapi i selesa, since it is only a motel, dont expect much, otherwise you will be disappointed.

Petang tu, dua beranak ni main pantai..i seperti biasa, feeling feeling sorang main tepi pantai..


Nampak tak bapak and anak, sama sama naik syeh... Ramai juga orang di Pantai Cenang ni dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Im having fun jalan jalan di gigi pantai sambil makan aiskrim :p


Anak i ni seronok punya seronok.... dan saya pun terlupe nak pesan dia bukak spek, sekali dalam elok punya lompat sana sini, spek tertelan di air laut.. jenuh la jugak cari, sampai ada tourist lain tolong.. Tapi lautkan besar, mustahil nak jumpe kalau tertelan.. Emir masa tu dia dah risau dah, takut i marah.. tapi nak marah pun tak gune.. sebab bende yang tak sengaja kan..


Lepas spek dah hilang, terus dah tak nak main dalam air, depa setakat main pasir pulak dan kutip shells.



Satu-satunya gambar kami bertiga.. Maaplah, angin kuat, serabai betul tudung i tu hehe



Disekelilin pantai, nun hujung belah sana ada orang set-up wedding by the beach. Punyalah bising, sekali bile belek IG rupanya Scha & Awal dekat wedding tu rupanya..


Petang tu, Emir nak makan seafood lagi, kami cuba jugaklah nak cari medan ikan bakar seperti yang disuggest oleh local, tapi bila kami sampai tempat tu (1) orang tak berapa nak ramai (2) harga mahai betul.. Ikan siakap bakar RM60? ok kirim salam.. So, kami decide pergi balik dekat Selera Lubok Buaya.. lagipun memang dah tahu sedap.. Menu lebih kurang sama je macam first day :p


Cuma bezanya kali ni saya order kerabu perut..


Lepas balik makan, masa tu pukul 10, tapi disebabkan kawasan ini sangat best untuk pemain-pemain pokemon go, gile banyak rare items dekat sini, so sampai je hotel, i dengan bapak emir takes turn ronda-ronda kawasan sekitar tangkap pokemon lol.. first time kot i buat, tapi sebab dah malam and i penakut, so, i tanyalah Emir whether he was ok if i leave him alone in the room for 15 min... and he said OK since dia memang tak nak ikut..

Ok first of all, best sangat berjalan dua-dua tepi pantai tengah malam. Dengan orang ramai, dengan dapat rasa angin sepoi bahasa.. Of cos ada jugaklah perasaan risau tinggalkan Emir sengsorang, tapi i know dia pun dah besar..

Berjalan lah kami berdua dari A ke B, patah balik ke A memburu pokemon pokemon tersebut.. tidaklah romantik mana pun :p tak sedar kiterang dah 30 minit berjalan bila patah balik bilik. Of cos, Emir bising kan.. dia pun tak call kite... so kami mak bapaknya ingat ok je lah.. Anyway, he is doing fineeee bertemankan internet


Me at night, i memang selekeh serabai semua cukup lah..angin pulak tiup kuat.. but honestly it was a fun short walk with mr hubby by the beach... :D

till then, insyaAllah kami akan ke sini lagi tahun depan...

Hari ke 4 - pukul 8 pagi dah gerak ke airport, flight pukul 10 lebih, kami datang awal takut tiket problem lagi.. so memang day 4 tu sekadar day 4 je lah..

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez