Friday, April 29, 2016

Ibu takkan lupakan hari itu || Kuasa doa seorang ibu

Ibu takkan lupakan detik itu.

Betul orang kate, sesuatu bende jika Allah katakan jadi, maka jadilah ia walaupun setepis mana pun kita cuma menghalangnya. 

Sebenarnya hari itu, Selasa, bermacam perkara yang berlaku. Ibu mendapat perkabaran yang Mama (ibu saya) tak berapa sihat, jadi ibu memang dah tekad hari Selasa tu untuk mengambil EL. Tapi pagi tu, ibu ubah fikiran memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan di office. 

Tapi ibu bercadang untuk EL lepas lunch onwards. Bila tiba waktu lunch, kerja ibu masih tak dapat diselesaikan, jadi ibu kata, takpelah, ibu cancel EL, dan akan balik pada pukul 4 petang.

Tapi pukul 3.30 ptg tu, ada seorang employee call dan memakan masa ibu dengan banyaknya. Bertanya perkara yang bukan kepunyaan dia, kalau diikutkan hati memang geram juga masa tu, tapi ibu berjaya bersabar dan hanya dapat meletakkan telefon pada pukul 4.10 petang. Ibu ada satu keje yang wajib disiapkan. 

Dan selesai semuanya, ibu pun berjaya bertolak pulang ke rumah dari pukul 450 untuk menuju ke Kemensah.

Itu cerita pihak ibu.. Cerita pihak papa dan Emir pula.

Emir dan Papa sampai ke rumah agak awal. Kebetulan, tiada siapa yang ada di rumah. Atok ke IJN bersama Cik Yah dan Mama hanya seorang saja di rumah. Kebetulan juga papa tertinggal kunci rumah Kemensah. Memandangkan Papa tak mahu menyusahkan mama sebab Mama susah nak jalan, jadinya Papa dan Emir ambil keputusan untuk bawak basikal ke FRIM, Kepong. FYI, basikal memang dah ada dalam kerete sentiasa.

Jadilah mainlah anda berdua keliling Taman Layang-Layang tu..

Gambar ini sebelum kejadian berlaku 


Ibu telefon Cikyah, kebetulan Cik yah dan Atok tengah otw untuk pulang ke rumah, jadi Ibu minta Cikyah ambilkan Ibu di Sri Rampai. Sampai di Zoo Negara, ibu terima panggilan telefon dari Papa dalam keadaan yang sangat cemas.

Papa kata, "datang sekarang, Emir jatuh teruk ni"

Hati ibu dah tak tenteram, How teruk is teruk. Papa tak nak tinggalkan Emir. Papa kata untuk ke kereta amatlah jauh dari tempat Emir jatuh basikal.

Sampainya ibu di Taman Layang-Layang, kereta ibu dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan. Ramai juga orang-orang baik yang tahu dan ada satu brother ni tolong tunjukkan jalan pada ibu mana nak dapatkan Emir. Terima kasih Encik.

Sampai di tempat kejadian, masyaAllah, tak dapat ibu bayangkan. Ibu nampak setubuh kujur kaku, dengan darah membuak keluar dari mulut. MasyaAllah. Terus ibu nangis di situ juga. Tak pernah ibu tengok keadaan Emir macam tu. Ye lah, dari Emir jatuh dan tunggu Ibu sampai, berapa lama mase dihabiskan..Patutlah dalam perjalanan, beberapa kali Papa call minta ibu bawa laju sikit.

Kami blur nak bawa Emir ke mana, bukan menidakkan Hospital Kerajaan, tapi dengan keadaan Emir, saya sendiri kurang pasti berapa lama mase menunggu di sana. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bawa Emir ke Damai Service Hospital di Melawati.

Tetapi, masyaAllah, dugaan, Damai Service Hospital tengah under renovation dan Hospital tu tutup (boleh tak?), terus kami bawa Emir ke Poliklinik Kota raya.. Ibu dan Papa memang sedia maklum, Emir memang sukar untuk tahan sakit. Sampai kan kami sendiri selalu juga tak dapat nak access Emir punya sakit, sama ada betul-betul sakit, atau tak dapat tahan sakit.. (ok susah nak describe).

Seperti dijangka, di Poliklinik tu, Emir langsung tak nak tolerate, u wont let the doctor to touch  you or do anything. Hinggakan Papa betul-betul naik angin (habis satu Poliklinik dengar), ye lah doktor cuba cucikan darah, tapi Emir tolak dan sewaktu dengannya.

Akhirnya memandang kan Emir langsung tak nak cooperate dan tengok kecederaan Emir yang agak teruk, Doktor suruh kami bawa Emir ke hospital. Dan hospital paling dekat di situ adalah Ampang Puteri..

Sampai di Ampang Puteri, kami terus ke bahagian Kecemasan. 

Kene juga tunggu gilirann..

Dan inilah kisah yang saya nak kongsikan...

Masa tu pukul 8, ibu belum solat Maghrib lagi. Jadi ibu bergegas tinggalkan Emir dengan Papa dan cari surau untuk menunaikan solat. Ibu solat macam biasa tapi penuh keesakan. Di tempat yang sama, beberapa tahun lalu, di dalam surau itu juga ibu menangis teresak bila atok masuk hospital.

Lepas ibu tunaikan solat Maghrib, ibu berfikir-fikir sama ada hendak solat hajat masa itu atau kemudian, sebab nombor giliran Emir sudah dekat. Tapi ibu bagi tau diri ibu, inilah peluang untuk ibu minta dengan Dia secara spesifik untuk Emir. Ibu cuma nak minta, segala urusan pada malam itu dipermudahkan. Alhamdulillah selesai..

Bila turun ke bawah, nama Emir masih belum kene panggil. Tapi tak lama lepas tu, Emir dipanggil GP untuk examine tahap kesakitan Emir. Check sana check sini, Doktor telefon specialist, subhanallah, dalam pukul dekat 9 malam tu, specialist masih lagi berada di hospital. Sementara menunggu specialist, Emir diletakkan di dalam satu bilik di dalam ER room. Alhamdulillah sekali lagi Emir dapat bilik menunggu yang selesa, jauh sikit dari hiruk pikuk ER room. 


Emir diberikan suntikan kancing gigi. Sekali lagi, drama  berlaku sebab Emir tak mo corporate. Seperti biasa, Papa mengamuk lagi huhu. Emir ni selagi Papa tak naik darah, selagi tu dia takkan bergerak. Jadi sikit pun ibu tak salahkan Papa. Papa memang nak Emir sihat.

Akhirnya, emir dipegang oleh misi misi dan tadaa. berjaya la jugak.. *phew... seperti biasa, semua prosedur ibu tak boleh tengok, else, Emir memang takkan buat.

Tak lama lepas tu Alhamdulillah doktor pakar, Dr. Wan Usamah, Paediatric Surgery pun tiba untuk check Emir. Sangat lembut dan baik orangnya. Sangat penyabar dengan perangai Emir yang tak mau bagi kerjasama. Dah la masa Dr datang Papa takde, lagi over lah mengadanya, apa pun Dr pandai pujuk Emir. Terima kasih Dr.

Dr. kate luka Emir agak dalam, cuma di dahi doktor tak dapat nak agak selagi darah tak dicuci. Ibu bagi tau doktor yang Emir masih belum makan, dan doktor kate, Emir kene warded dan proses boleh dilakukan malam tu juga. Alhamdulillah.

Tak lama lepas doktor pergi, Emir kene lalui prosedur x-ray, Alhamdulillah tak de apa yang patah.

Emir balik dari prosedur tu Emir dah agak penat.. Sambil tersedu sedan Emir kata Emir lapar, tapi apakan daya Ibu tak dapat nak bagi Emir makanan.. Ibu ingat lagi Emir cakap

"Ibu... After everything is stable, can i have sushi"

Babe, seriously runtun hati sorang mak dengar anak cakap macam tu...

Lama juga selepas tu nak tunggu proses yang seterusnya, Emir dah tertido kepenatan. Pukul 12 malam  baru dapat bilik. Oh ya, masa register, kami dengar ade pesakit yang tunggu dari pukul 3 masih belum dapat bilik. 

Alhamdulillah, walaupun bilik terpaksa berkongsi seramai 3 lagi pesakit yang kesemuanya baby, sekurangnya dapat juga bilik.

Tunggu punya tunggu, ibu ingat prosedur akan dilakukan keesokkan harinya sebab hari dah jauh malam.

Ibu tanya nurse, rupanya tengh tunggu clearance insurance, lamaaaa betul. Dan sangat tersentuh bila doktor tunggu. Terima kasih terima kasih Doktor.

Akhirnya pukul 12.30 malam Emir pun masuk ke OT room. Emir cakap dekat Ibu Emir takut.. Ibu pun takut Emir..


Ibu kene pakai bende ni sepanjang proses. Tapi ibu hanyalah boleh tengok Emir masa Emir dibius saja. Sekejap je tak sampao 3 minit Emir dah pengsan.. 


Lama juga prosesnya adalah sejam. Terima kasih semua pembantu doktor sangat baik hati walaupun masa tu dah pukul 1.40am. Layan ibu dengan baik juga. 

Keluar je dari OT room, Emir separa sedar. Tendang sana tendang sini, terkejut semua orang sebab cepat betul Emir tersedar. Tapi semua relax je sebab Emir mamai..

Doktor kate luka di dahi agak dalam juga. sebanyak 13 jahitan di dahi dan 12 di upper lips. Bersih sudah muka anak ibu...

Lepas tu, sampai je bilik, ibu pun pengsan.. Penatttt... Tapi pukul 5 pagi ibu dah terjage.. Tak boleh tido.. 

Pukul 8.30 pagi Doktor Wan dah check Emir. Ya Allah masa ni ibu rasa mulianya hati seorang doktor. He is specialist ok but still working hard. Bayangkan pukul 1.40 am habis prosedur dengan Emir, kita sendiri pun tak pasti pukul berapa dia balik rumah, pukul 8.30 pagi dah check Emir. 

Doktor kate Emir boleh discharged hari tu juga.. Happy ibu sebab boleh tengok mama sekali..

Ini lah bil Emir. Untuk kenangan. Insurance office ibu yang bayar.. Alhamdulillah.. Pentingnya insurance dalam masa kecederaan begini. Ingat lagi masa Emir kene H1N1, masa tu ibu tak subscribe insurance.. Company tempat ibu keje pula takde disediakan medical  insurance, mengagau lah mengeluarkan saving...


Alhamdulillah Emir is now resting at home di Kemensah.. Still ponteng sekolah 😁😁 duduk Kemensah, dapatlah ibu jaga sekali mama... Kire 2 in 1



Pendek kata, walaupun anak nak main basikal dekat dengan rumah je, silalah pakai pakaian keselamatan, malang tidak berbau


2 comments:

mama tisya said...

ya allah emir...byk tul darah....mau ibu tk sedih kn....moga cpt baik..nanti bole mkn sushi

aimi said...

Ya Allah cuaknya baca. Teringat masa mulut adam berdarah n kena minor surgery + masa ariana xsihat. Hny yg pernah laluinya rasa panik itu mcmana kan. Gelap seketika dunia. Sebak sebu di dada selagi semua x selesai

Semoga Allah lindungi kita dan org2 yg kita syg sll - ameen

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez