Sunday, April 24, 2016

Emir dan Karatedo || Makan durian

Rasa lain pula bila nak update cerita Emir bukan pasal chess.

Ibu masih ingat lagi masa Emir menyatakan minat nak masuk Karatedo awal tahun lepas. Flashback walaupun kisah ni sebenarnya tak best untuk diceritakan semula. Masa ibu borak-borak dengan Emir, Emir cerita Emir kene buli. Buli mulut ibu tak kisah, rupanya Emir kene buli fizikal dengan seorang budak di nursery. Ibu tak salahkan pun cikgu dekat situ, rupanya dipendekkan cerita budak tu baru je daftar sehari di situ, dan selepas kejadian tu, Alhamdulillah budak tu cuma ada sehari saja di sana. 

Tapi Emir bagi tahu ibu lambat. Rasanya lepas dua minggu lepas kejadian. Baru terhegeh Papa tanya Cikgu (sebab Papa yang pergi dan ambil Emir). Emir kata, itulah pertama kali dalam seumur hidup Emir betul-betul belajar pertahankan diri. Ibu faham sebab Emir tak de teman bergaduh, jadi Emir memang tak biasa. 

Ibu mula-mula suggest masuk Taekwando, tapi Emir tak nak. Emir kate, its too late for you to start, sebab kawan-kawan Emir dah masuk dari darjah satu. Which is true, ibu pun tak nak Emir rasa tak selesa. Kebetulan pula, masa awal tahun karatedo baru dibuka di sekolah Emir, jadinya semua yang masuk semua bermula dari tali pinggang putih.

Ok, dipendekkan cerita, Emir jarang ponteng, tapi bila Emir mula aktif di chess mulai akhir tahun lepas, memang banyak kelas juga lah Emir miss. Tahun lepas, tournament ni pun Emir miss. Tahun ni, Alhamdulillah Emir berkesempatan.. 

Pertandingan diadakan di Kompleks Sukan 3K Subang Jaya.

Ini masa registration.


Ini pula masa sesi latihan sebelum pertandingan diadakan. Banyak juga sekolah yang masuk bertanding.. 



Ibu tak ambil gambar masa pertandingan sedang berlangsung, ibu ambil video. Ambik masa pula nak upload di Youtube.

Alhamdulillah, sekolah Emir berjaya dapat nombor 3 (acara pun ibu tak sure ahahaha) 



Emir seronok betul, ye lah selalu medal chess je, kali ni medal dari karate do.



Emir tak masuk bahagian kumute, Sensei Karate tak bagi (sebab selalu ponteng), belum cukup bersedia nak sparring sparring orang ni :D



Muka tu senyum sikit nak... grrr



Lepas balik dari Subang, Emir nak hantar buku yang dipinjam di SS2, tapi dah tutup pulak.. Jadinya kami singgah jap join makan durian di SS2.






Papa pilih Udang Merah... Rm30 sekilo, pergh mahal sungguh, durian yang kami makan ni 2 kilo.. adalah kejadian tak diingini berlaku selepas tu.. 



Apa pun, Emir dah bagi tahu dekat ibu yang Emir dah tak nak masuk Karate lagi. Cuma setakat ni, papa masih tak bagi. Papa kata biarlah dikekalkan dulu. 

Untuk rekod Emir, pertandingan ini dijalankan pada 24 April 2016.

2 comments:

Chekgu Azrine said...

sama dengan auntie suka durian..
tp sampai skang xjmpa2 lagi belah gomabk ni durian..hikksss

Mama Zharfan said...

bagus kalau anak2 belajar self-defence ni
congrats emir!
sedapnya durian tuuuu

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez