Friday, April 15, 2016

Chess peringkat Zone

Sorry lah, rasa dah jadi macam blog chess untuk Emir. Semua ibu buat entry ni untuk kenangan Emir, untuk kenangan ibu jugak. Seronok juga bila Emir aktif bab-bab chess, sebab ibu pun berpeluang untuk singgah dekat tempat yang ibu tak pergi. 

Ini adalah kejohanan chess peringkat Zon. Emir ada dalam Zon Bangsar. Kalau dalam chess, zon Bangsar orang kata macam killer zone, sebab banyak good player yang sekolah di dalam zon bangsar. Nama yang mewakili sekolah pun, ibu sendiri familiar, sebab selalu jumpe. Paling best bila ibu datang sini, ada je budak-budak sekolah lain (yang familiar), datang dekat papa and ibu tanya Emir dah score berapa..

Kali ni pertandingan diadakan di Sekolah Jalan Hang Tuah. Ini adalah barisan mak mak dan cikgu-cikgu yang menunggu anak.


Alhamdulillah juga buat dekat Jalan Hang Tuah sebab dekat dengan office ibu. Boleh la ibu lari-lari. Pertandingan berlangsung selama seminggu. Hari Pertama dan Hari Kedua adalah peringkat berpasukan. Emir di antara 4 orang pemain yang terpilih untuk mewakili pasukan sekolah. Jadi dari hari Isnin lagi Emir dah ponteng sekolah.

Acara individu bermula dari hari Rabu. Sekali lagi Emir pun masuk bertanding dalam kategori individu bawah 10 tahun. 

Sekolah ni kantin dia comel (kecil) saje, tapi ibu suka makanan  dia, murah betul! 


Tak semua pagi, ibu dan papa dapat hantar Emir ke sekolah Jalan Hang Tuah. Ada hari Emir akan ikut team sekolah, ada hari ibu dan papa yang hantar. Gambar bawah ni masa kami hantar Emir dan kawan-kawan Emir ke sekolah tu. Seronok and terhibur ibu dengar you all borak.. Bila suruh cakap melayu, semua terkebil-kebil nak cakap (haishhh..).. sekolah Emir ni kelakar, yang Melayu tak tau cakap Melayu, yang Cina tak tau cakap Cina, yang India tak tau cakap India.. (bukan tak tau cakap Melayu, tahu.. tapi maksudnya, u all ni lambat respon, agaknya depa ni kene buat karangan dulu dalam kepala baru cakap)


Pertandingan bermula seawal pukul 8.30 pagi. Selalunya ibu akan ada di sekolah Hang Tuah sampai pukul 8.30 lepas tu ibu ajak Papa teman ibu ke Star LRT yang berdekatan untuk ibu naik train ke KLCC. Tengah hari ibu akan sampai dan akan duduk dengan Emir sampai pukul 1 lebih. Macam tu lah rutin ibu seminggu tu. Cuma hari Rabu pagi, ibu decide untuk ambik EL morning teman Emir sebab Papa tak dapat nak datang sebab ada kelas.. 


For a record, Atok dan Cik yah pun ada datang jengok Emir hari Khamis. Tapi masa atok datang, Emir nangis sebab Emir kalah dengan lawan yang sama yang sampai setakat ni Emir masih lagi tak dapat nak kalahkan. Senang je ibu pujuk Emir, lepas habis pertandingan tu, ibu ajak atok, papa dan Cikyah makan sushi dekat KLCC. Dapat je sushi teruslahhhhhhh back to normal. 


Alhamdulillah, all in all, u have lucky no 2. Pasukan sekolah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan dan acara individu Emir dapat no 2 keseluruhan acara individu, dan akan bertanding di peringkat KL. Kalau ada rezeki boleh lah mewakili KL ke peringkat kebangsaan. Peringkat KL akan diadakan lepas raya.. so lama lagi lah.




Dan hari Isnin minggu berikutnya di adakan penyampaian hadiah di sekolah Emir semasa waktu perhimpunan.. Tengoklah berapa kali Emir naik pentas. Hadiah ni termasuklah ketika di SK Bukit Jelutong dan National Age Group di UTP Tronoh, Perak






Love you Emir!

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez