Sunday, April 03, 2016

Chess di Shah Alam

Sedikit kenangan untuk Emir...

Dua minggu lepas, sekolah Emir menghantar satu pasukan untuk bertanding di SK Bukit Jelutong. Sekolah yang masuk tak salah saya semua sekolah Berprestasi Tinggi di seluruh Malaysia.

Sekolah Emir menghantar 8 orang dalam satu pasukan.


Selingan, sebab game mula pukul 8.30 dan Papa risau takut terlambat jadi kami decide tido Shah Alam saje. Mula-mula cari juga hotel di Bukit Jelutong. Rupanya dekat sana pusing punya pusing ade satu hotel je hotel dan penuh. Tak book awal sebab tak terpikir pun nak tido sini. Last last yang terdekat ade di Seksyen 13. Jadi bersantailah kami di sini. Its a cheap hotel RM90 semalam, tidurlah kami di sini untuk dua malam.


Pertandingan berlangsung selama dua hari, hari Sabtu dan Ahad. Budak budak ni bagus, dok prektis prektis dan prektis.. 


Satu perkara yang saya suka bila anak anak ni pergi mewakili sekolah ialah derang ni meluaskan network. Nak nak ramai je muka familiar yang ada... Tak kisah pun, sape melekat kat team sape.&


Alhamdulillah Emir berjaya mendapat tempat ke 8 acara individu lelaki bawah 12 tahun.


Dan juga berjaya membantu pasukan sekolah untuk mendapat tempat ketiga kejohanan.


Malam sebelumnya tu kami ke AEON Shah Alam. Sebab habis je game dan lepas kami singgah rumah pakcik dan decide untuk dinner di sini. Uish ramai betul orang orang Shah Alam berkumpul di sini.


Gambar ni ambik konon-konon nak masuk instagram contest tapi kemenangan berdasarkan most likes. Sebab tu gambar biase biase je. Kalau sape rajin boleh lah tolong vote kt instagram eh walaupun kemenangan adalah tipis .


Lepas habis je pertandingan kat skbj tu kami minum kopi Zawara. Masa dekat Bangi dulu nampak ramai juga orang tapi malas nak masuk. 


Pemandangan dalam cafe, banyak juga menunya dan harga standard coffee house yang lain.


Emir seperti biase akan ambik caramel latte. I tau setengah parents tak benarkan anak minum kopi. Ingat lagi masa kami di Perak, Emir opted to drink coffee. Masa dia bawak kopi dekat meja, kawan kawan dia amaze sebab i benarkan Emir minum. Well, to me, im ok. Emir minum pun memang tersangatlah jarang kopi ni. Sekali sekala tekak dia nak merasa..


2 comments:

Nad MamaZN said...

rajin emir join competition. lama1 bertambah ramai kawan2 emir di samping dpt asah skill.

p/s: nasi arab tu promotion ends 19/4
waktunya 11-2ptg, 5-7ptg je

aimi said...

Macam setiap minggu emir join chess kan. Bagusnya, minat yang mendalam dan mama n papa dia bg sokongan penuh. Good luck emir. Senoga terus cemerlang dlm bidang yg diminati.,ameen

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez