Wednesday, February 17, 2016

Melaka Bandar Bersejarah

Ya Allah ya Tuhan, kagum dengan semangat mak mak yang lain yang berjaya curi masa 24 jam untuk tulis blog untuk catat setiap yang berlaku dalam pembesaran anak mereka. Nak sangat istiqamah tulis setiap kenangan manis walaupun dalam hati risau jugak takut terdetik riak.

Tapi, jujurnya i nak tulis sebanyak mungkin, jadi bile anak dah besar tengok, dia boleh baca apa yang ibu dia tulis. nak nak sekarang ni dah tak de lagi dah budaya print gambar simpan dalam album kan.. 

Ok, ini cerita masa kami berjalan ke Melaka sekitar pertengahan bulan lepas. Sebenarnya ke sini secara ad hoc, tak plan tak ada apa. Adik saya, Ainaa dan husbandnya memang dah beberapa kali nak belanja makan mama and baba di Melaka tapi asyik tak jadi.

Untuk pengetahuan, mama saya adalah amat tidak berapa gemar untuk berjalan atau melancong. Jadi untuk mendapatkan yes dari mama agak susah. Mama prefer untuk singgah di rumah sedara atau habiskan masa di rumah saja. Jadi satu hari masa saya balik Kemensah, kami pun borak-borak lah adik beradik dengan baba, terkeluar lah cerita nak pergi melaka. Saja-saja tanya mama, sekali Mama kata OKAY! wah, apa lagi.. terus-teruslah kami buat yang sepatutnya.

Adik i cadang dia nak bertolak petang dan makan seafood waktu malam dan lepas makan seafood terus balik KL, i cakap, kalau bawak orang tua buat lagu tu, penat depaa.. Terus lah i cari kan hotel yang sesuai untuk family i ke sana..

Book punya book, i pilih RC Hotel di River Cruise Melaka.. Memang saja pilih hotel yang betul-betul sebelah river cruise ni.. 

Adik beradik ramai, dua family tak dapat ikut, sebab short notice kan, kire malam tu bagi tau esok dah nak bertolak.

InsyaAllah lain kali kite boleh plan lagi.

Kami sampai lambat sikit - malam sebab Emir ada chess tournament hari keesokkannya. Jadinya, bila kami sampai terus berjumpa di Seafood area. Saya dengan husband saya kalau berjalan kami saje memang suka ke Serkam Pantai sebab tak kalot sangat ramai orang, kalau kat Umbai tu kekadang menangis nak tunggu parking.

Nasiblah, Afiq (husband adik saya) dia pun memang biasa makan dekat Serkam Pantai.. sini pun makanan sedap..



Kelam kabut juga lah dari KL untuk datang ke sini. Nasib lah kami sampai makanan pun tak sampai lagi.. 


Tak banyak gambar sebab perut dah lapar :D


Macam I, i tak ikut tidor hotel. Tak sesuai la kan, baiklah i balik jenguk mak mertua i, jadi malam tu while keluarga yang lain proceed tidor hotel, i balik tidur di rumah mak mertua i di Batu Berendam. 

Keesokannya dalam pukul 10 tu kami join family di Hotel.. Sempat lah ambik gambar dalam hotel ni.. Basically, this is budget hotel, tapi setiap bilik nya besar. Kalau ke sini, request lah untuk mengadap River Cruise, cantik sikit.. 




Ini gambar yang derang ambik masa breakfast. Sini katanya breakfast bukan buffet, its ala carte. kene order satu-satu.. but ok lah kan, tak de lah membazir




 Lepas tu carilah pemandangan mengadap River Cruise, masa kami sampai bilik penuh, tak de rezeki mengadap sungai.. Tapi oklah adalah balcony yang kami boleh tumpang ambik gambar...
  

Inilah pengantin baru


adik i Ainun yang dah habis degree, tetapiiiiii macam budak sekolah :p



Adik I laki lagi sorang, Shahiran, tengah prektikal


dengan adik bongsu, Ika, muda belia lagi.. muda pun dah 20 



Cubaan nak ambik gambar cantik, tapi mak anak tak tahan sunlight


Sebab tak nak sunlight, berambiklah gambar tempat yang gelap.

Lepas tu, kami semua berjalan lah di central melaka ni. Mama tak ikut, tapi Baba ada..


Cantik tak gambar i ambik :p


As usual husband saya ni memang banyak instruction. Maklumlah ala-ala abang sulong kat sini.. kat belah dia macam adik-adik sikit (sebab laki bongsu)


Sambil jalan tu, adik i kata, ini kedai kawan dia. Bagus kan kawan dia, baru baya ni dah business minded.


Kami choose untuk berjalan. Alhamdulillah Baba pun ok.. Ambil gambar depan Stadhuys



Anak teruna saya, dari hotel ke tempat naik sampan tu dalam 15 minit je, tapi sebab dok ambik gambar tak berhenti-henti, rasanya sejam kot baru sampai :p

Ini masa tengah tunggu naik cruise tu


Baba saya, Alhamdulillah dan bersyukur masih ada baba. Banyak ni nasihat saya :D



Emir biasalah i terlupa bawak sunglass dia, so dia tak kira nak pakai sunglass, ambik... pakai lah dia sunglass besar Ika punya..


Masa ni dah naik cruise, bila masuk je duduk dalam sampan tu kiterang tergelak-gelak.. sebab...

BUSUK 

hahaha

-- janji gambar cun lah kot --


sebenarnya tak sanggup rasanya bila air terpercik kat muka :p semua semua ni bila sampai je hotel terusssss lah gosok gigi basuh muka bagai

by the way, lepas dah pusing, bila balik tu, kami mintak yang bawak cruise tu berhenti depan hotel kami.. senang :D


I suke gambar bawah ni sebab baba yang ambik. Tak berhenti-henti baba snap gambar :D 



sesekali dapat cuti bersama memang seronok..

p/s gambar banyak, tapi ini je yang nak upload 

4 comments:

Nad MamaZN said...

waaa.. dah abes blaja dah? yg kt perlis tu kan? rasa mcm baru je mira anta ke sana, tuptup abes dh..
seronok jalan reramai. pasni bleh plan lagi, kasi complete sume adekbradek.. kami yg 3 beradek ni pun payah sgt nak kumpul skali. ada je halnya..

mama tisya said...

bercuti rmi2 sronok tp tk semua bole join ye..lain2 muka adik beradik mira....hotel budget tp katil mcm beso best nmpk...view dkt ngan river cruise cun

aimi said...

Best bercuti ramai2 ni :)

Wan Amira Wan Salleh said...

Nad: haah yang perlis tu, tapi sebab badan dia kecik selalu sangat orang ingat dia sekolah lagi.. betul, bile dah ada keluarga sendiri susah juga nak plan sesama..

mama tisya: haah, baba mira kate, dia ada anak macam-macam fizikal ada.. putih hitam tinggi gemuk :D

aimi: best aimi.. :D

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez