Thursday, February 18, 2016

Afternoon Day Trip Kuala Selangor

Masa cuti Hari Wilayah lepas, lepas dah lepak-lepak dekat rumah, terasa nak pergi jalan. so saya just packed bag, then ajak papa dan emir berjalan. Destinasi tak tau, tapi konon-konon teringin nak tido hotel. 

So here you go.. be on the road tanpa arah tujuan. 

Ikut hati nak pergi ke Cyberview (sebab tengok kawan baik saya tengah lepak kat sana - so ingat boleh lah nak join), tapi masa tu kereta dah menghala macam ke arah Ulu Yam.. At first Papa dah menghala ke Kuala Kubu Bharu, sebab katanya nak ke Sungai Chiling.. Tapi tau tau lah saya kan, mana berkenan cuti-cuti ala camping ni, nak nak adhoc..

Then, suggest kat Papa nak ke Kuala Selangor. Sebelum tu saja-saja lah call Baba (ayah saya), saja je hint-hint dekat dia kate i nak pergi Kuala Selangor,  terus dia cakap tak nak ajak dia ke.. then, apa lagi..

Pulanglah ke Kemensah..

Masa tu pun dah pukul 4 lebih.. 

Dari ajak Baba, satu rumah nak ikut. Mama jadi last person nak ikut (as usual) itupun sebab Baba pujuk.. Biasalah nak tunggu sorang-sorang siap mencabar jugak kan..

Last-last, pukul 5 lebih baru bertolak.

Kami sampai kat sana dalam pukul 6.30. Memang laa Kuala Selangor sebab cuti ni, jalan jem tapi nasib baiklah opposite road. I memang my first target nak beli ikan segar di Pasar Nelayan Sungai Yu. I pernah tulis entry pasal Pasar Sungai Yu di sini.



Sampai di Pasar Nelayan Sungai Yu ni dah pukul 645. Masa tu memang risau kalau dah tutup, kira kalau saya pergi Kuala Selangor tak dapat pergi ke sini, macam tak lengkap lah i punya visit ke Kuala Selangor.

Sampai-sampai, alhamdulillah ada lah 2 kedai yang masih bukak walaupun ikan tinggal sikit-sikit saje. memang naik syeh lah saya dan mama tengok ikan-ikan...

kat bawah ni ikan bogok (first time dengar), kedai ni ikan yang tinggal ikan ni jer.. apa lagi, angkat sekor lah.. sekilo dalam RM12, total rm50, kire 4kg jugak lah ikan ni.. 



walaupun sedih udang semua dah habis tapi puas hati sebab dapat bawak mama dekat sini. Macam-macam jugak lah yang kami beli. Baba terkejut bila mama cakap "kalau macam ni datang tiap tiap minggu dekat sini pun boleh"

Lepas kami beli, terus kedai tutup. Kata peniaga di sini, nelayan naik dalam pukul 6 petang, kami sampai 645 memang dah considered lambat.. sebab bila naik je memang ramai dah menunggu.

Lepas ke sana, kami pergi ke Satay Hut. Punyalah ramai manusia yang tunggu kerusi meja, alhamdulillah kami dapat jugak tempat nya..


Inilah mama saya..



Adik laki shahiran dan baba saya, 


Kami gelarkan keluarga kecik kami the specky family.. :D


Adik laki bongsu dan adik bongsu.. Dua dua tak mo pandang kamera.. Kalau pergi Satay Hut adalah harus untuk order satay yang sebear ibu jari tu. Harga secucuk RM1.60. Satay ayam saja yang ada. jangan tamak makan satay ni sebab sangat filling.. Adik i Shahiran tu punya lah kuh semangat telan satay-satay ni, i siap pesan kat dia, jangan makan banyak nanti susah nak makan nasi.. (dia order nasik lagi).. hambik, kalau ikut standard adik ni, sepinggan nasi segunung tu sekali duduk je, tapi ni dah makan satay, nak habiskan nasi goreng USA yang dia order sepinggan tu je semput-semput nak habiskan.. 


Lagi satu ke sini jangan lupa untuk order mee rebus dia yan sedap. Mee rebus ni saya ambik yang special, semangkuk RM12.. again, jangan tamak sebab banyak gile haha.. bayangkan kami order 5 mangkuk.. sangat lahhhhhh kene pack bawak balik rumah.


Gambar lain lupa nak ambik :p sebab banyak borak jer..

Malam tu jugak kami balik, tidur kat Kemensah ajer..

Itulah hotel kami akhirnya :p

************************

Entry berkaitan dengan Kuala Selangor

6 comments:

aimi said...

Murah x harga ikan kat sini ? Kami sll jgk pegi pasar area sana, cuma mu SIL ckp dekat mu husband kami silap pasar. Yg kami pegi tu bkn tpt famous yg tpt ikan naik. Hihi. Hmmm terus rasa nak pegi mggu ni sbb dah dpt nama pasar yg betul ni hehe

Nad MamaZN said...

seronok jugak tetibe plan adhoc camni hehe..

p/s: rupanya, abh kite kenal mak awak la mira, hehe..

Wan Amira Wan Salleh said...

Aimi: murah la juga.. yang penting fresh sebab naik darat kan..

Nad: laa ye ke, apa nama Nad punya ayah ye

AyuArjuna BiGoshh said...

wah kena pegi jugaklah pasar ni....

kat area belah mana ya mira>>>

Wan Amira Wan Salleh said...

Ayu: you pakai waze, type pasar nelayan sungai yu.. dia kawasan pendalaman sikit, tak de signboard, memang kene waze

Ezna Ahmad Khalili said...

Wahhhh nak kena dtg sini jugak la...

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez