Saturday, February 14, 2015

Diangkat Darjatmu.. Alfatihah

Sebenarnya........

Saya sangat tersentuh. Sangat.. Ini betul lahir dari hati saya.

Pukul 10 malam semalam, Whatsapp saya berdering dan bila saya baca Tuan Guru Nik Aziz sudah pergi meninggalkan kita pada malam Jumaat, 

Ok bila saya baca message tu, saya hanya mensedekahkan AlFatihah kepada rohnya. dan tak lama lepas tu, sebab terlalu mengantuk saya terus tidur.

Tapi pagi tadi semasa bangun solat Subuh, saya check Instagram. Bertalu-talu gambar orang update mengenai pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Dari gambar-gambar itu, naluri saya tersentuh..

Sangat...

Baru saya sibuk Google apa yang membuatkan Tok Guru sangat dihormati (maaf saya ni memang buta politik, nama je tinggal Malaysia) i read one by one.. Selama ni saya cuma tau, Tok Guru adalah Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun, Menteri Besar yang pada saya amat diasak hanya kerana politik  yang berbeza.

Mana kita nak cari Menteri Besar yang masih tinggal di rumah kayu sedangkan pemerintahan beliau adalah selama 20 tahun. Mana? Mana? Sedangkan di keliling kita ada yang hanya jadi ADUN tapi rumah seluas pemandangan..




Orang kutuk Kelantan kata negeri yang paling mundur di Malaysia.. Pada saya biarlah... sekurang-kurangnya pemimpinnya jarang kite dengar makan duit rakyat. Ada kita dengar bukit ditarah untuk dibuat sebuah rumah sang "pemimpin"...?

Lihatlah betapa banyak manusia cerita kebaikan Tuan Guru. Dari sekecil-kecil pen, sehinggalah dari amalannya.. ya manusia tidak sempurna, tapi bila manusia cuba untuk menjadi sempurna dengan ikhlas.. segala nampak agak sempurna..

Begitulah.. harimau mati  meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama terpahat di hati semua. Kebaikan tak perlu ditunjuk, kalau kita buat secara ikhlas, kebaikan akan menyinarkan seri kita.



Begitulah, jika Allah hendak memuliakan hambaNya, tak perlu tunggu hingga ke akhirat kelak. Dari dunia, Allah boleh muliakan umatnya.

Jujur i tak percaya langsung dengan laporan akhbar yang mengatakan 20 - 30 ribu orang hadir untuk menghadiri pengembumian Tuan guru. Nampak macam 100 ribu pun ada. Ok lah, easily 50 ribu.. Rakyat Kelantan amnya sanggup berpusu-pusu mengiringi jenazah Almarhum Nik Aziz..



Selama i hidup lebih 30 tahun, i tak pernah lagi menyaksikan pemergian seorang hamba Allah yang betul-betul dimuliakan. 

Oklah i tak pandai berkata-kata, cuma begitulah...

Alfatihah untuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

2 comments:

Ezna said...

Hati i pun tersentuh mira.......i pernah dgr org kata TGNA ni selalu pesan staff2 kat office dia jangan bawa balik pensil ke atau apa2 brg office balik rumah sebab tu bukan hak kita. Agak2 boss yg lain akan pesan macam tu ke? Benda yg kecik tu pun diambil kira apatah lagi benda yg besar. Mulia sungguh beliau ni. Al Fatihah.

aimi said...

Sgt terkesan di hati penulisan kali ini. Hati pun tersentuh dgn sifat2 mulia TGNA. Seluruh malaysia menangis dan mendoakan allahyarham. Smpt bawak irham bercukur dgn tok guru. Lemah lembut tutur bicaranya. Semoga segala rahmat Allah bersama dgn tok guru. Ameen

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez