Saturday, January 17, 2015

Restoren Kampung Ipoh

Alhamdulillah, semalam 16 January kami selamat sampai ke Ipoh Lost World Tambun untuk rehatkan diri sempena nak celebrate birthday husband saya hari ahad ni. Kami bertolak pukul 4.30 petang dari KLCC (husband ambik saya di KLCC lepas keja) dan terus kami berdesus keluar KL secepat yang boleh. Tahulah kan, kalau hari Jumaat, jem dia maha hebat.. 

Masa kami keluar, adalah jam sikit tapi tak teruk dan kami sampai di Ipoh dan jejak dalam bilik hotel dalam pukul 730 mlm. Duduk sekejap lepas penat dan mandi bagai, maka kami pun pergilah mencari makan dinner.

Saya dah belek dah internet, dan tanya kawan saya orang Ipoh, derang kata ada satu Restoren baru bukak dekat dengan Sunway City, nama nya Restoren Kampung Ipoh. 

Memang dekat pun, kalau dari Lost World Tambun, ade traffic Light you pergi kanan, tak sampai 3 minit dah boleh nampak Restoren Kampung Ipoh belah kiri you all.

Memang bila kita sampai di sini, kerete banyak dan hanya untuk ke sini..


Bila masuk, the interior memang boleh tahan. It's a shoplot by the way. 


Again, sorry gambar kurang cun. Paling bagus dekat sini adalah staffnya yang sangat efficient and friendly.


Honestly bila kami tengok menu, ok boleh tahan.. tapi bila dia bagi Seafood menu, thats what we think is sooooooooooooooo overpriced. Imagine, ikan siakap 100grm RM7.50, imagine kalau ikan siakap tu 1kg, so you want me to pay RM75 just for ikan siakap yang kadang-kadang boleh dapat kat Giant RM9.99 seekor. pergh, hubby i masa ni dia dah tak syiok dah.. 

So, husband i order ini, Nasi Goreng Seafood - RM10


Emir order ini, baby Chicken chop . Ini berbaloi.. harganya RM9.90 dan Emir pun suka..


Saya ambik ini New Zealand Lamb Chop RM16.60. Presentation ada sikit out di situ :) Rasa normal


Sorry ini gambar tak berapa elok, sebab i teringin sangat makan butterprawn sejak zaman berzaman, so i pun cakap lah kat Hubby boleh tak i order udang ni. Dalam menu udang kecik RM6.60 100 g udang besar RM8.20 100g. Mahal giler kan.. So, i tanya staff tu kalau nak paling minimum berapa boleh order and dia kata 300 g. so i mintak lah udang kecik.. 

and this is what i get. Masa bil sampai i tengok bilnya RM45. Wooooo naik angin sikit di situ.. Tapi sebab masa tu hubby tengah sibuk berurusan dengan staff dan saya pulak masa tu ada customer datang nak beli Tanamera, jadi i pun tak sempat lah nak tanya lebih lanjut. Staff tu siap cakap, "haa betul-lah 100g RM15" -- what thee... menu lain, harga resit lain..


and this is us, before the food arrived.


Untuk I, kalau makanan lain harga quite reasonable except for the seafood menu which i personally think is ridiculously overpriced. I mean tooooo overpriced. Air pun ok, both my boys ambik Hazelnut latte, i ambil Hot Choc. Dessert kami i makan sagu.. sagu nyer sedap, hubby ambil ABC.. kiranya semua makanan ada dalam satu bumbung, melayu dan western

So tepuk dada tanya selera..





2 comments:

Ezna said...

Tepuk dada tanya poket ni.....I takut nak ambik udang sebab udang normally errr.....???

Nad MamaZN said...

alaa xsyok nya bila camtu kan..? tp sbb niat nak holiday nak happy2, mende camni pejam kata kejap la kot huhu.. yg pasti pasni x dtg dah kot kan? hehehe

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez