Tuesday, January 27, 2015

Lost World of Tambun || Part 6 || Petting Zoo

Sebenarnya untuk ke sini kami berkira-kira jugak. Emir macam tak interested, papa pun tak berapa interested. Ibu je interested. :p.. Lepas ke tempat mendulang tu, kami ingat MC masa Tiger Show tu bagi tahu, kalau nak jalan dari tempat kami adalah dalam 10 minit.. Lagipun masa tu dah pukul 5.15 dan Petting Zoo tutup pukul 6 pm. 

Tapi memandangkan kami pun dah tak de bende untuk buat, jadi kami pun naiklah train untuk ke sini.. 



Sebenarnya banyak untuk ditengok, tapi masa tu kami ni running out-of time.. jadi kami ikut je rentak Emir.. 

Emir ke sini. Di sini disediakan net kecil untuk visitors cuba untuk tangkap ikan.. I tell you, it was not an easy job. Emir sampai frust lah.. dalam "longkang" ni ada banyak ikan guppy dan ikan kecik-kecik lain. Kalau dari segi luaran, memang nampak senang lah nak tangkap ikan.. Mana taknya, "longkang" bukan lah besar, ikan banyak pulak tu, dah la banyak , air pun jernih..


Tapi percayalah, selama saya duduk dekat situ dalan 15 minit, tak de sorang pun visitors termasuk Emir yang berjaya tangkap ikan tu.. Susah betul.. Sebab nya ikan - ikan tu cekap betul berlari.. Sebab tu lah i rasa Lost World memang letak banyak net dekat situ sebab they already know mesti ramai tak dapat tangkap, so ikan - ikan di sini akan selamat.. 


Dan di sini lah tempat paling lama kami "beristirehat". Emir dan burung-burung. Staff di sini sangat peramah.. siap ajak visitors burung apa yang sesuai untuk kita.. Emir seronok betul dapat bermanja-manja dengan burung-burung dekat sini..



Menarik kan.. :) u should bring your kids and visit this petting zoo. Very interactive for the kids. Tapi dengan syarat anak u all tak boleh laa cepat panik macam i haha.. percayalah i duduk sebatu dari mereka mereka hahaha, so can you imagine having a cat in the house is one successful story for yours truly.. i memang sangat penakut dengan segala mala binatang..



A proud kid.. dapat bagi makan dua burung sekali..


Sebab tu Emir cakap, kalau lah Lost World ni ada slide macam dekat Sunway Lagoon, he will place Lost World as the best.. (untuk dia ada slide tu memang cukup bermakna lah percutian dia hehe)..



No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez