Saturday, January 10, 2015

Begitulah Rezeki - nak dijadikan cerita

Saya sangat percaya kalau Allah kata itu bukan rezeki hambaNya , benarlah itu bukan rezeki walau macam mana kita berusaha sekali pun. Dan begitulah sebaliknya, kate kanlah itu rezeki kita, jika ditakdirkan itu rezeki kita, pusing putar macam mana jika itu milik kita, ia tetap akan sampai dekat kita. Cuma, jangan lah kita percaya dengan konsep ini sampai tiada ikhtiar kita untuk menjemput rezeki.

Cerita ini berkenaan dengan salah satu kemenangan yang saya terima dalam tahun 2014. Saya menjadi salah seorang pemenang di Pets Wonderland yang mana saya memenangi Hadiah Saguhati. Hadiah Saguhati akan dapat 7.5 kg Cat Food dari Pro Plan. Pro Plan ni antara jenama yang mahal juga. 

Tak salah saya, saya terima hadiah ini dari bulan April. dan nak dijadikan cerita, Pets Wonderland ni pun saya selalu pergi sebab setiap kali hantar Emir ke piano class, Pets Wonderland betul2 sebelah Piano Class Emir. 

Tapi disebabkan beratnya 7.5 kg dan saya malas nak mengusung, selalu jugak lah saya ajak Papa  untuk ambik ,tapi ye la baik saya mahupun Papa masing-masing malas nak melayan voucher ni mana taknya tarik tutupnya 31 Disember. 

Dan nak dijadikan cerita lagi (berapa kali cerita daa), saya bertukar-tukar beg tangan hingga saya terlupa manalah saya letak kupon ni.. FYI, apa-apa kemenangan, kuponnya akan saya simpan dalam beg. 

Nak dijadikan cerita, puaslah saya mencari mana kupon ni, nak nak 31 December hari tu dah dekat, tapi tak jumpe. Hinggalah 31 Dec, kupon ini tak dijumpai dan makanya nak tak nak, terpaksalah saya lupakan saja rezeki ini

Dan terakhir sekali, nak dijadikan cerita, boleh pulak saya terjumpe kupon ni yang elok tersimpan di dalam satu daripada purse kecik saya pada 2 January 2015 (2 hari lepas tarikh tutup).

Begitulah ceritnya ... :(

Apa nak buat, bukan rezeki saya dan bukan rezeki kucing-kucing mak mertua saya di Melaka.

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez