Thursday, January 01, 2015

2014 ... A year of test

2014 telah melabuhkan tirainya. Banyak suka dan duka sepanjang kita lalui 2014. Orang kata inilah masanya kita kenal orang di sekililing kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita diuji dengan ujian yang sangat dasyat. Dari satu kejadian yang orang kata satu dalam sejuta.. kepada satu lagi kejadian satu dalam sejuta. Malaysia negara yang kecil yang secara tiba-tiba menjadi bualan di seluruh dunia. Sedih sebab kita jadi bualan bukan kerana bende positif yang kite lakukan tetapi kejadian malang yang menimpa kita. 

2014, macam-macam isu.. i've seen more and more real life issue happening around me yang kebanyakkannya i dapat jadikan iktibar untuk masa hadapan. Masalah politik, masalah rumah tangga, masalah negara.. grr,  Secara jujur 2014, i dapat tengok lagi banyak dan banyak keyboard warrior.. sakit hati i sebenarnyer..

dan lagi banyak kita tengok kebesaran Allah di mata kita.. Banjir baru-baru ini betul-betul masuk resap dalam dada i walaupun i tak de sorang sedara mara yang terlibat dengan kejadian banjir.

Oklah, kalau cakap pasal masalah dunia memang tak habis.

So di kesempatan ini saya cuba nak ceritakan yang baik-baik saja sebagai kenangan peribadi. Cerita ini bukan bermaksud saya tak sensitif untuk kawan-kawan kita di Pantai Timur. But i believe, everyone has a fair share of story. kalau hatinya rasa nak ceritakan kisah gembiranya, kita pun patut turut sama meraikan kegembiraan dia. who knows untuk dia sharekan gambar dia pergi bercuti, hakikatnya dia sendiri dah lama tak bercuti, dah lama tak rehatkan badan , dan secara kebetulan hari dia bercuti jatuh pulak dengan musibah dengan apa yang menimpa kita.. and who knows, walaupun dia banyak share gambar bersuka ria,  hakikatnya di belakang tabir, dia banyak sumbangkan untuk rakan-rakan kita. I've seen many of my friends within this category and what I learnt is, dont be too judgemental. Sensitivity is quite subjective. 

Ok, my point here is.

this is what i learnt in 2014.. 

(1) Family

Family kecik saya tak de perubahan, You all masih lagi dihidangkan cerite kami tiga beranak je. Tapi dalam family saya, adik saya selamat melahirkan anak perempuan yang sekarang ni dah umur 7 bulan.. memang sekarang ni baby Asmaa' Zakirah menjadi pujaan kami-kami di Kemensah. Jujur, i tak pernah lagi nampak Asmaa' ni duduk baring dekat tilam dia sebab memang sentiasaaa kene dukung dari satu tangan ke satu tangan...


with his fave uncle..

dan insyaAllah, tahun depan saya akan dapat adik ipar baru jugak...


(2) Contest

Tengok tak dekat side bar saya.. Tak de BIG winning this year :) Saya masuk pun tak banyak. Offline contest tak sampai lime. Sekali sekala ada jugalah masuk online contest, sampai kawan ofis siap tanya kenapa dah lama tak dengar i menang.. :) 

Tapi i jeles jugak tengok kawan-kawan menang :p mana boleh tak jeleskan.. Ada yang jalan merata dunia kerana contest, ada yang belanja sakan kerana contest.. Im more than happy to see my friends yang menang..

Dalam masuk tak masuk tu, dapat jugaklah i ada sikit kemenangan yang diraih

(A) Dapat guna satu hall dalam TGV yang  mana saya buat birthday Emir - ini pun i tak update lagi.. baru sneak preview je



(B) Dapatlah bawak Emir pergi Kidzania




(C)  Dapatlah beli barang dekat Zalora sebanyak RM250..


i know, my choice is always boring :D .. dont you know i am a simple person :)

and some other cute little stuff... cuma baru baru ni terdapat pulak 

(1) Avenue K RM50 voucher
(2) RM90 AEON voucher..

Alhamdulillah rezeki sikit-sikit... adalah jugak.. 

(3) Blogging

well.. u tau tak ke laut tu ape? makin tak de daya rasaya nak share story, lagipun tak de cerite yang menarik untuk dikongsikan. I am just a plain boring blogger. Rasanya dah takde readers gamaknyer :)

Ape pun, sebab blogging lah saya dapat rasa ini







(4) Worklife

Begitulah.. the more i accept the fact, the calmer i become.. Im doing ok so far insyaAllah.. Doakan yang terbaik untuk saya ok..

(5)  Business saya

2014, saya mula fokus kepada perniagaan kecil-kecilan.  I did before, but it was not consistent and not focus.. but this time around, i want to have another steady income.

Saya mulakan sejak dari March 2014, dengan bersandarkan 80% pengguna instagram 

(a) Instagram: TanameraMalaysia


(b) Instagram: MomFirstStep



selebihnya adalah di Facebook, blog dan laman web saya - www.momfirststep.lot.my




Inilah yang akhirnya membuatkan jadual saya sangat penuh dan padat. Alhamdulillah im visiting post office every day and if i have a chance, i will go to the post office twice a day. Sebab saya masih lagi one man show, jadi kadang-kadang tu adalah yang tak kenenyer.. tak menang tangan especially bile musim gaji masuk.. saya lah tukang jawab Whatsapp / SMS, saya lah tukang bungkus, sayalah tukang tulis form.  Apepun Alhamdulillah dengan rezeki ini. Memang i tak sangka.. Syukur jugak sebab suami saya ringan tangan nak menolong , balut, angkut, drive saya ke COD.

Even tho the profit is far from what others earned on a monthly basis, but to me it means a lot.. I truly enjoy this experience. Banyak lagi i kene belajar.. especially in managing my cashflow. Except that, to expand my wild idea, seems impossible due to the same commitment with kerja hakiki yang memang menuntut masa yang panjang. I masih lagi sampai rumah pukul 8 lebih setiap hari.. (dah campur makan dinner bagai lah)

Begitulah cerita saya pada tahun 2014, cerite sedih dan tak menarik belum ready untuk diceritakan :)

Rasanyer ada lagi kot cerite tertinggal.. 

Apa pun...

Till then .. welcome 2015..

4 comments:

Mama Zharfan said...

happy new year dear mira!! moga 2015 will be better, better and best to u and me..insya Allah!

Liza Yati said...

Selamat tahun baru Mira. InshaAllah semua yg terjadi ada hikmahnya dan 2015 akan dilalui dgn lebih berkat dan dimurahkan rezeki.

aimi said...

Happy new year mira... Suka sangat ayat2 awal "dont be too judgemental". Yup, setiap org ada kehidupan masing2. Jgn kita terlalu nmpk buruk setiap org sedang kita xpernah berpijak dlm keadaan mereka :) itu ayat yg sy nk tulis sll, dan awk berjaya zahirkan apa yg tersirat di hati sy. :)

Wan Amira Wan Salleh said...

@mama zharfan & @lizayati: insyaAllah, kita sama-sama doakan

@aimi: mira dulu pun agak judgemental, but slowly i belajar.. masing masin ada sebab untuk jadi diri masing masing..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez