Tuesday, October 28, 2014

Anak sedara saya

Ini cerita pasal anak sedara i. 

Kalau belah Encik Emran, saya ada 8 anak sedara, Emir cucu yang ke 9. Anak sedara pertama sekarang ni tak silap dah berumur 23-24 tahun.. anak sedara yang ke 8 dah berumur 10 tahun. Kirenya, anak-anak sedara saya ni semuanya dah ada masa saya kawin dengan Encik Emran.

Belah saya? Emir jadi satu-satunya cucu tunggal selama 4 tahun sebelum adik i melahirkan anak. Anak dia pandai pilih tarikh. Lahir pada 10.10.10, ni bukan kes dipaksa induce, bukan jugak kes kene planned c-sect, baby tu sendiri cari jalan keluar on that day. Amazing kan.. 

So pada 10.10.14 yang lepas, adalah small celebration meraikan hari lahirnya yang ke 4 dekat rumah mak bapak i..


Anak sedara i ni nama pendeknyer Zubair.

Sangat aktif. He is the ipad-less baby. Memang dah diajar oleh mak ayah dia untuk tidak melekat dengan ipad which is in different world from Emir. Seronok tengok budak-budak yang tak ber-ipad ni.. their surrounding is their playground. they used their imagination when they play. 


Sekarang, Zubair dihantar ke sekolah Tahfiz. Bapak i selalu panggil dia pak lebai sebab dia pandai mengaji, suke kepada lagu-lagu agama dan kalau nak bace doa ke ape memang suke ke depan.. 

Oh ya Zubair dah ada adik. Asmaa name dia.. yang putih melepak tu adik Zubair lah..



First time dapat cucu perempuan, anak sedara perempuan, kegeraman kami-kami untuk cubit pipi Asmaa ni memang tak dapat di elakkan. kerebutan di antara puak-puak kami pun makin ketara. Sebab dia tahu dia perempuan dan comelllsss, kecik-kecik lagi memang dah pandai jual mahal.. makin besar makin mahal senyuman dia


Ini saya dan Asmaa.. Nampak tak perbezaan warna kulit di situ :D



1 comment:

Ezna said...

Asma ni not only cute tapi i rasa besar nanti sure cantik ni

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez