Friday, September 12, 2014

on kertas UPSR bocor

I dah lame tak tulis, dah lama jugak tak ponder pendapat yang tak seberapa di public. Kadang-kadang, bila fikir balik, at this age, I rasa taknak untuk orang kenal, further I sendiri tak tau sape yang ikut I, even tho I bukanlah popular langsung. But somehow, I am ok to set all my social media networks as public considering few factors.. masuk contest and business related. Except Twitter, I still keep my twitter as private.

So, today, this morning, I went for my breakfast with my husband at my usual place nearby to my son’s school at Bukit Damansara. A lady, about my mum’s age was reading a newspaper and we started to chit-chat. Apa lagi kalau bukan hot topic untuk hari ni, orang kate sejarah untuk Malaysia, di mana peperiksaan penting UPSR  terpaksa ditunda dan terpaksa dibuat lagi sekali.

Pelik kan. Ok fine, memang tak peliklah, kalau ikutkan dari zaman I kecik dulu, soalan periksa memang selalu nyer ada rumuors kate bocor, tapi I rasa this year keadaan jadi tak terurus dan melampau. Orang yang tamak haloba nak dapat lebih dari yang sepatutnya dan secara tak langsung, “menghasut” mak ayah yang lain untuk ikut perangai tak jujurnya. Teruk sangatkah anak dia sampai terpaksa dia sebagai ibu bapa bersungguh-sungguh nak “tolong” anaknya.?

Semua orang ada soalan yang sama dalam kepala, siapakah dalang disebalik semua ini ? Jujur I sendiri tak tahu macam mana proses menyiapkan kertas peperiksaan yang besar.

Siapakah panel yang membuat keputusan untuk memutuskan soalan yang nak digunakan
siapakah orang yang tukang compile
siapa orang yang tukang print
 siapa orang yang tukang sort kan kertas soalan
siapa pulak orang yang tukang bungkus
siapa yang tukang transport kan kertas soalan

You see, there are so many layers in searching for the suspects.

MasyaAllah, ramai target guru. Cikgu. Cikgu ni tugasnya sangat murni, sangat telus, dari cikgu lah kite diajar apa tu integrity, but it is sad to learn that maybe teachers are abusing the word - integrity and tarnish the teachers’s reputation as a whole, cikgu lain tak pasal-pasal terkene tempiasnya.. definitely this is one serious irresponsible act. Why they are teaching the kids to cheat. After all they are just standard 6 students. Darjah 6, yang perempuan belum tentu dah datang period, yang laki I guarantee suara pun belum pecah lagi. In conclusion, they have a long way to go.. Gagal UPSR tak semestinya gagal selamanya.

Saya dibesarkan dengan 100% pendidikan di Malaysia. Saya tak berpeluang untuk belajar dan mendapat exposure belajar di negara luar. Tapi, itu tidak menghalang saya untuk mengetahui bagaimana keadaan system pendidikan di negara luar. Saya bukan nak compare dengan negara maju, tapi sekurang-kurangnya why don’t we learn something from them. Our education system is too exam oriented. Dari saya kecik sampai saya habis degree, kami diajar untuk score exam, dapat keje baik-baik bila habis belajar. Sepanjang zaman persekolahan saya, tak de cikgu yang galakkan I atau kawan-kawan I untuk teruskan bidang yang kami minat, contohnya macam “buat software untuk main game ke”, baking ke atau sewaktu dengannya. The school now is getting pressured by the Ministry to perform and work towards “Sekolah Berprestasi Tinggi” dan “Sekolah Berprestasi Tinggi” is getting pressured to maintain their position.

How I wish  the politicians do not involve in our education system. Honestly, they screw up everything. Kalau Menteri baru masuk, bermakna cikgu cikgu kene bersedia untuk dengar satu lagi pembahruan. Teachers are having a hard time to adapt to the new system. Kerja admin lagi banyak dari kerja mengajar, sudahnya, cikgu pun susah nak fokus kelebihan dan kekurangan pelajar sebab ada kertas kerja terpaksa disiapkan. Im telling you, berapa ramai suami / isteri kepada cikgu cikgu yang terpaksa turun padang bantu isteri isteri / suami-suami marking paper. Mesti ramai punya..

Sadly our politicians, they make changes, but they do not part of the changes, so they do not know what happen at the ground level. I think you all pun perasan, mereka bukannya ada anak yang belajar sampai habis di Malaysia. Kalau di Malaysia pun, ramai je politicians hantar anak dekat sekolah swasta, International school, and thereafter, hantar anak di luar negara. So, they as the parents did not suffer from Malaysia education system.

Walaupun I tak de anak darjah 6, tapi I kesian dengan anak-anak ni semua. They are just children. Disebabkan perkara ini berlaku, budak-budak yang jadi mangsa. Kalau anak yang tak kisah takpe, kalau mak bapak yang tak kisah tak pe, tapi kalau mak bapak yang kisah, anak yang kisah.. kesian babe. Aktiviti selepas UPSR terpaksa di bekukan lah nampaknye. Budak-budak makin panjang lah stressnyer. Cikgu makin tension lah gamaknya. Kalau Emir darjah 6, i mesti stress.. sangat.. sebab i consider myself as kiasu parent.. (yes i am)

Belum lagi kite masuk cost nak print balik kertas-kertas exam, lepas ni im sure cost akan meningkat tinggi , ntah-ntah sape yang terlibat dengan menggubal soalan ini kene kuarantin sampai lah hari exam. I know its just an assumption, but surely, the cost will be increased. Kesian duit taxpayer L

Walau ape pun, its all said and done. 30 September is the final day. Harap adik-adik semua bertabah lah ya. Ini baru satu “kerja orang yang kite harapkan” yang banyak rakyat persoalkan, banyak lagi  yang menjadi tanda tanya, not only in education, banyak lagi dik. Once you learn about Malaysia, rasa kasihan tu akan cepat wujud. Kesian Malaysia.. Kesian rakyat marhain.


Kesian budak UPSR. 

5 comments:

Nad MamaZN said...

setuju ngan pendapat mira...

Mama Zharfan said...

memang teruk sgt kan kes bocor2 gini..nmpk sgt tak de integriti..dishonest...tak amanah

Liza Yati said...

Well said, Mira. I am thinking the same way. Berapa ramai pihak yang terlibat dalam penghasilan satu2 item. Utk hasilkan satu soalan, bertegang lidah argue to give the best question. Tak kira lagi pihak2 lain selepas itu. Ini betul2 menyusahkan orang lain.

Result UPSR je pun utk dibawa naik ke sek men. Huh!

Ezna said...

Ada lubang lubang yg perlu dibaiki di pihak kementerian. Tapi motivasi anak my friend dah down dah. Kesian sangat. Ingat dah merdeka dah. Cuti school kena study lagi. Individu yg bocorkan kertas peperiksaan tu memang sangat tamak dan satu tindakan yang bodoh!!!

aimi said...

Betul, kesian sgt budak2 sekolah, cikgu2 etc. kesian malaysia, ntah apa yg plg kita boleh "harapkan"..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez