Sunday, August 17, 2014

on Hobbies and something like that

It takes two to tango. 

Dalam hidup, masing-masing ada hobi. Ada orang hobi dia pelik, ada orang hobi dia sama dengan hobi keluarga dia atau kawan-kawan terdekat. Untuk saya, semua orang perlukan hobi. Hobi buat kita rasa dunia ni manis. Hobi juga boleh buat kita lari sekejap dari masalah. Ada orang sangat bernasib baik yang dapat menjadikan hobi sebagai punca pendapatan harian dan pulak dapat sokongan dari orang terdekat.

Hobi saya tak berapa banyak dan saya jarang tukar-tukar hobi. Selalunya saya hanya stick kepada satu hobi saje. Lepas dah boring baru saya bertukar. Saya sampai sekarang masih ingat dengan jelas apaaa hobi saya.. 

Masa kecik saya suke kumpul setem. Mungkin budaya kumpul setem ni dah jarang kita nampak dekat budak-budak zaman sekarang. Saya ingat lagi, saya cukup bangga bila pakcik saya yang juga pengumpul setem masa zaman sekolah dia "hands down" his stamp books to me. Buku tu saya masih simpan lagi sampai sekarang. Saya bangga sebab dalam buku tu ada banyak setem yang betul-betul zaman dahulu kala. Andai kata saya nak jual setem tu sekarang, ntah ntah dah beribu-ribu kot harga setem tu.



Kadang-kadang saya tukar setem dengan kawan saya. Buku stamp pertama dibelikan oleh ayah saya pada tahun 1986 (nanti kalau saya retrieve buku tu balik, saya pos dekat sini untuk kenangan) dan akhir sekali saya mempunyai 5 buku setem sampailah saya dah boring kumpul setem.

Kemudian hobi saya bace buku Sweet Valley. Ini semua pengaruh rakan sebaya. Masa tu kawan-kawan saya banyak yang matured cepat sangat. By the time saya umur 12 tahun, saya rasa perangai saya dan kawan-kawan saya dah macam budak sekolah menengah.  I think one of the reason, most of us are the eldest in the family, jadi gaya perwatakan tu memang dah berangan macam orang besar. 


Alhamdulillah, masa tu Baba Mama mampu belikan buku-buku ini untuk saya. I still remember, last time the book was only RM7.90 for Sweet Valley Twins, RM8.90 for Sweet Valley High and RM11.90 for Sweet Valley University.  I have rows and rows and rows of Sweet Valley Books at my house. Ada antaranya saya dah bagi dekat orang, dan ada lagi masih berada di simpanan dekat rumah mak saya. Saya dan kawan saya berlumba-lumba sape dapat bace dulu episod baru.. 

Then saya ada hobi pelik. Kumpul tisu. Like seriously kumpul tisu. Perasan tak kadang-kadang tisu tu ada cap nama restoren tu, i tak tau when it started, tahu tahu, saya letak semua tisu-tisu tu dalam album. Kadang-kadang bila fikir balik macam tak percaya sebab masa kegilaan saya kumpul tisu tu, saya sampai tak malu keluar masuk restoren just nak mintak tisu especially bila dapat kumpul tisu dari restoren mahal-mahal. Memang syok habis..



Untuk hobi ntah ape-ape ni, saya dapatlah jugak kumpul sampai dua album. Tapi album tu tak tau dah kat mana. Sayang kan.. Ye lah kumpul tisu ni, orang lain anggap macam sampah tapi saya rasa macam cukup berharga.

Sekarang bila dah kerja, saya suke melancong. tengok dunia tengok orang luar, tengok ape orang tu buat. tengok ape orang ni buat. I love to be in the hotel. Ye lah, bila u dalam hotel, maksudnya u pergi berjalan-jalan. Tapi biasalah bila mula bekerja kita ada banyak kesempitan wang, nak nak saya ni kahwin awal, tak sempat simpan duit, terus ada komitmen as husband and wife.. :) Saya tak mengeluh, cume cerite kenapa banyak tak boleh berjalan-jalan.

Impian saya banyak.. konon-konon nak merasa pergi tengok luar daripada Malaysia setahun sekali. Tapi ye lah, tak semua impian boleh tercapai. Kadang-kadang duit kita dah ada, fizikal dah boleh pergi , anak pun dah besar, tapi mungkin faktor lain yang menghalang kita untuk tengok dunia luar.

Saat ini, sumpah hati saya macam terpanggil terpanggil untuk be on a jetplane not because of work. Sebenarnya dah lama, tapi saya simpan rasa tu. Malas nak fikir. Tapi itulah bahana ada nya social media, Facebook Instagram, kawan-kawan dok update ke sane sini, hati ni lagiii lah macam kene ketuk suruh pergi.

But not all you think is what people think. and not what you want, is what people want. some dreams are good to be just a dream. I dream and i think that's the only right thing to do despite the fact that i may regret twenty years from now not to do things that i think i can do. 

So, what i can say is.. i am a dream traveler... ok la tu kan..

daaa.... malam ni i teringin nak pergi Prague :)

-- ok sambung kene buat keje, kene wajib siap  by tomorrow morning --

2 comments:

Mama Zharfan said...

heheh i time sek rendh dan sek menengah..suka kumpul setem dan duit2 lama ;)

suhailah hamid said...

Hobi kumpul stem samacm kakak sy. Sue pun suka travel.

X salahkan nk berimpian. Manatau 1 hari nnt impian akn jd kenyataan..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez