Thursday, April 24, 2014

Sebelum dilepaskan rumah ini.. story to share..

Semalam, tenant baru dah bayar deposit. Terus bayar untuk 6 bulan. Orang Iran ni memang kaya-kaya. Kebanyakan datang Malaysia adalah stepping stone untuk mereka berhijrah ke negara-negara maju. Itupun saya belajar dari mereka.. Kata mereka, kalau dari Iran terus ke negara-negara maju, visa takkan lepas, melainkan mereka dapat buktikan dah tinggal di negara orang selama at least 5 tahun.. so since Malaysia sangat baikkkkkkk.. so kebanyakan akan pilih Malaysia. Tak kiralah jadi student ke apa, janji the first 5 years , their choice is always Malaysia.


Nak dijadikan cerita, tenant sebelum ni we find out that their electric bill was RM800++ per month. Rumah tu sendiri kami dah install kan 2 aircon.. tapi tenant baru ni dia mintak installkan lagi satu aircon. Kiterang ok je, sempat lah remind dia yang bill boleh melambung tinggi apatah lagi sekarang ni bill elektrik dah naik.. 


Tapi kan relaks je dia cakap "dun worry, we have money, my friend's house, the bill is RM1,200 per month".. giler ok .. gilerrr.. rumah kiterang ni kecik je pun, tak sampai 1000sqt.. bukan rumah banglo.. kalau bill banyak tu terbelalak la biji mata nak bayar.. so tengok lah betapa kaya nya mereka-mereka ini, my previous tenant tak de pun outstanding bill payment.. i tak tau status derang datang Malaysia buat ape.. 


Inilah bilik color biru laki i cat. i dapatlah cat dalah 1 side je haha.. :) hubby cat satu rumah huhu.. akhirnya cat yang dapat free in 2010 telah selamat diguna pakai sehabis mungkin.. Alhamdulillah


InsyaAllah, next session, kalau ada tenant baru masuk i nak buat fully furnished, boleh lah up sikit the rental price. kali ni tak sempat, husband dah selamat proceed deal dengan tenant baru ni.. kire rezeki jugak lah untuk tenant baru ni.. 


tenancy agreement with this tenant akan dilock selama 2 tahun.. so nak buat fully furnished 2 tahun lagi lah gamaknya :) apa-apa pun rezeki untuk kami.. bersyukur sebab rumah ni tak pernah ada masalah untuk cari tenant. Alhamdulillah

5 comments:

msredcheesecake said...

alhamdulillah dgn ezeki ygtak pernah putus...

Nad MamaZN said...

alhamdulillah... rezki tu

Mama Zharfan said...

alhamdulillah

Eliss Mie said...

bestnya diorang dpt rumah baru, teringat baru2 kawen dpt sewa rumah baru renovate .

aimi said...

Alhamdulillah. Seronok tenant masuk umah cantik. Kami pun cat suma rumah n repair suma utk bg tenant masuk n nmpk bru :) puas hati kan :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez