Monday, April 07, 2014

Emir demam campak: Ibu amalkan petua

Hari Khamis sebulan lepas, masa tu saya balik lambat. Rasa saya makan dalam pukul 8 lebih macam tu. Saya tengok Emir.. badan dia ada bintik2. Sebelum tu, husband i call i kate Emir tak nak pergi chess class sebab dia kata pening. I tak syak apa-apalah.

Bila tengok muke dia merah, i decided terus jumpe doktor (without bukak baju dia). Yeah, i macam tu, asal nampak Emir lain macam sikit terus rasa nak jumpe doktor. 

Dalam kerete sebab gelap, so i tak perasan sangat. Bila jumpe doktor, doktor bukak baju dia, terbelalak biji mata i tengok badan dia dah tumbuh red spot.

and the doctor said

"ini dah dua tiga hari ni"

Bad mum i am :( I harap Emir tak menjangkitkan kawan-kawan dia sepanjang 2-3 hari tu. Doktor kata, pening kepala adalah simtom nak kene chicken pox.

So bermula lah episod Emir cuti sekolah selama dua minggu.

Hari pertama and hari kedua, i cuma pakai ubat yang doktor bagi. calamine, cuma sapu seluruh badan. Bila malam, i memang control Emir tak bagi Emir garu sana garu sini. Tapi malam pertama and kedua tu dasyat jugak Emir nak menggaru seluruh badan.

Then, i called my mum and my mum asked to take daun bambu. Mama dah pergi ambik dah. 

Immediately malam tu, i stop pakai Calamine and this is what i did.

1. Letak daun bambu bawah tempat tidur Emir. So i letak satu bawah bantal, satu lagi bawah selimut.


2. I suruh Emir mandi dengan Daun bambu. Ada orang kata jangan mandi, nanti lagi pedih. Tapi Emir ni jenis yang tak boleh badan sticky. Asal sticky je dia akan mandi tak kira lah pukul berapa pun.. sebab Emir ni kalau badan dia panas and sticky, kejap lagi mulalah hidung meleleh berdarah. dari dia kecik sampailah dah umur 8 tahun ni.. so mandi ni kira wajiblah untuk dia. so i just campakkan daun bambu dalam baldi. Emir mandi gune air sejuk je, sekali dua i buat air suam sikit.


3. Ini part yang paling saya suke dan sangat mujarab.. I mean like seriously. Cuma perlu blendkan kunyit hidup, bedak sejuk dan daun bambu. I nak cepat jadi i tak de lah nak tumbuk apa bagai. blend saje :D


I love the smell of this kunyit + daun bambu.. then i sapukan dekat seluruh badan Emir. i tell you.. memang malam tu jugak, dengan guna petua-petua di atas, malam tu Emir amat kurang, sangat kurang menggaru.. dan sangat cepat biji chicken pox tu susut. 


4. At the same time, i bagi Emir minum air kelapa muda dalam 2-3 biji sehari. Kalau nasib baik, dapatlah kami cari air kelapa muda tepi jalan tu, else, i cume beli air kelapa yang jual dekat cold storage tu.. Alhamdulillah Emir ok

5. Makan.. Emir memang pantang, Alhamdulillah dia memang sangat jaga makan dia. I bagi Emir makan ikan cencaru dan sayur-sayur dan jugak makan daging. Orang kata tak boleh makan daging.. tapi Emir makan dan Alhamdulillah tak de pulak gatal-gatal. Cuma saya terlepas sekali bila mana Emir makan kicap. Kicap adalah big no-no dalam berpantang, termasuklah telur semua.

6. Emir ponteng sekolah dalam 2 minggu. Actually hari yang ke-7 tu looks like Emir dah ok, tapi orang kate hari-hari terakhir demam adalah hari yang senang kuman tu jangkit orang. I memang tak nak anak orang lain kene.. kalau besar Emir, ok lagi.. kalau budak kecik - kesian :(.. Emir memang ronggeng la dapat ponteng dua minggu

7. To be honest, i amat berterima kasih dekat laki i sebab sudi jaga Emir masa Emir tak pergi sekolah. Duduk lepak dengan Emir masa dua minggu tu. I rasa itulah kelebihan kalau ada suami atau isteri yang keje lecturer :D kalau dua-dua keje pejabat pening jugak pikir mana nak letak anak kan.. 

8. dan bila Emir dah habis chicken pox nyer.. saya sapukan Emir dengan aloe vera concentrate gel, and i chose Amway aloe vera.. sebab bende alah ni mahai.. i tak de lah lulur satu badan kan :D so i sapu dekat bahagian yang boleh nampak dulu macam tangan kaki and muka .. memang berkesan.. tak de bekas pun


Kalau sapa nak Aloe Care ni boleh contact i yer.

By the way, ramai orang tanye, Emir tak cucuk ke masa kecik dulu. Yes, dia cucuk, tapi mungkin bila Emir kene chicken pox i think it is not as bad as kalau tak cucuk.. 



4 comments:

Ezna said...

chicken pox ni sgt itchy....rasa nak menggaru ajer....

aimi said...

Byk tips n petua. Good sharing. Tq

AyuArjuna BiGoshh said...

byk tips ni...

tq mira, klu hubby i ken aleh apply..

ank i sakid, yana dan anaqi dah kena chicken pox, paling muda sekali akid 3 bulan dah kena...

huhu

Nina @ BabyBoon said...

Laaaa tak tau pun emir kena campak. Kesian dia. Alhamdulillah dah sihat! Thanks for d tips mira! Gibran dulu ambik jab. Utk ilan we chose not to take. Wallahualam.

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez