Saturday, March 01, 2014

Berkelah di Kg Kemensah

Entri ini adalah entri minggu lepas. Sorry lama menyepi sebab bila masuk tahun baru, masuk bulan Februari sampai April saya agak busy sikit. Almaklum segala mala tax majoriti countries around the world nak dekat dah deadline nya.

By the way, Emir memang sekarang ni asyik baca satu buku. Dalam buku tu cerita pasal pergi picnic. Emir minta i bawa dia pergi picnic sebab dia kata dia tak pernah pun experience nak pergi picnic.

Jadinya, sebab saya nak ajak mak ayah saya ikut, tak mahu la jauh-jauh kan. So, husband saya berbesar hati pergi survey tempat yang cantik sikit dekat Kampung Kemensah. dan inilah tempatnya.. 

Warisan Rimba.


Sebelum orang masuk mandi, makan nasi lemak dulu. Lupa pulak ambil gambar kami dekat "chalet". Kata Kak Elly, owner Warisan Rimba, ada orang sewa untuk tidur sekali. tapi tidak la kami tidur kan. Satu hari untuk berkelah cuma bayaran RM50 dikenakan.


Emir seperti biasa dah tak tertahan-tahan nak mandi dah. Sampai ke tempat ni dia masih tidur lagi.


Adik I, Ainaa, mula mula pergi gigi air dulu.. nak test kedalaman kolam ni..


Bila dah ok, baru masuk.. tak dalam pun. kalau orang besar, adalah air paras pinggang.. Air pulak air bukit, tapi sebab sekarang musim panas kan.. tak delah air bukit ni sejuk.. biasa-biasa aje. kami datang dalam pukul 9 pagi 


Lepas tu barulah i join mandi.. Datang tak mandi, jadi bila dapat berendam tu best sungguh.. :)


Gambar chalet banyak dalam kamera husband i.. As usual, i malas nak transfer.. semua gambar ni adalah dari my humble Samsung.. 


Kami lupa bawak bola, jadi rendam rendam gitu je lah.. Tempat ni sentiasa penuh, tak boleh nak booking last minute, husband came a day earlier to book and only found out, the next available date is in 15 March.. frust la jugak sebab tempat ni nampak cun, bayar pun RM50 je.. sekali rezeki kami, ada orang cancel booking dan dapatlah kami gantikan ..


Adik i Mimi paling lama sekali berendam dalam air.. sampai pukul 1.30 gitu..


Ayah I.. Masa ni ayah i tak berapa sihat.. tapi Alhamdulillah, nak gembirakan anak-anak, Baba sudi datang jugak.. Thanks Baba


Mak I and husband I tukang bakar BBQ.. I dah marinade ayam a day before. Mak i tak nak berendam, jadi "terpaksalah" bakar BBQ :D



Mother and son.. 


Laki i tu baru start turun untuk mandi lepas berhempas pulas pasang arang BBQ tu...


Emir , bila penat, terus cari makanan.. Ada burger, ada nasi lemak, ada ayam, ada sausage, ada donut.. I marinade 2 ekor ayam yang habis masa tu jugak.. Note: Keluarga Wan Salleh memang semua kuat makan pun


Yes, memang kami tak bawak bola. Sekali ada satu group of boys bawak bola, lepas derang main mintaklah pinjam kan.. This area ni is exclusive untuk pengunjung Warisan Rimba.. Ayah i akhirnya turun untuk mandi.. nampak tak ayah i dekat pacuran air tu.. sempat jugak lah Baba join main bola tampar..


Tapi sebab semua orang tak berapa pandai nak menampar, lebih banyak time ambik bola dari pukul-pukul bola.. 


Last-last semua orang tingal je bola tu. hehe.. ni gambar Mimi dan Baba..


Dalam pukul 1 lebih adik I, Jiji sampai, sempatlah anak sedara I Zubair merasa main air kejap..


Memang best bila kita go back to nature yang rupanya belakang rumah mak I je.. I dont mind to come here again.. tapi bukan dalam tempoh waktu terdekat sebab tengah busy.. :)

Kalau ada yang berminat untuk sewa di sini, boleh telefon Kak Elly 019 2095314 atau Eka 013 3376934. Satu malam RM80, sewa harian RM50.. 

3 comments:

Nad MamaZN said...

Penah singgah jap lepas p zoo
Saje lawat kawasan
Tak mandi pun
Hihi..
Seronok tgk famili mira
:)

aimi said...

Nmpk mcm sgt menarik. Ada gak pusing2 aritu survey2 :)

Adenan kasogi said...

Saya nak ty.ada kena bayaran tak utk mandi.
Bayaran park.
Bayaran pondok

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez