Tuesday, January 28, 2014

Under Water World Langkawi - Emir said this is the best!!

Hari ketiga kami di Langkawi, masa tu adalah hari yang panjang memandangkan hari tu kami akan travel balik ke KL dengan kereta. Seperti biasa kami baru selesai segala hal pukul 9 pagi lebih dan memang dah bulat tekad akan ke Underwater World Langkawi. Kalau ikut pengalaman kami di Underwater World Singapore, jalan satu jam pun dah habis.. so timbang tara kami agak dua jam boleh diterima lah untuk ke UWL. 

Alhamdulilllah hotel bagi late checkout. Dapatlah pukul 1.30 petang. UWL terletak di Pantai Cenang. Memang senang nak ke sana, Waze boleh capai. Tiket untuk masuk berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.


Satu I perasan, Emir memang suka hidupan laut atau apa-apa berkaitan dengan akuatik. Dia masuk je UWL ni muka bercahaya dan dia sendiri  banyak suruh ambil gambar. As you know, Emir ni amatlah susahh nak ambik gambar.. tapi bila sampai sini satu-satu dia tengok  nya..


Belakang Emir adalah sea lion. UWL adalah lagi besar dari Underwater World Singapore, cuma UWS ada show dolphin dan sealion yang buat UWS agak outstanding., kalau UW Langkawi cuma ada binatang di dalam akuarium saja.. tapi lagi banyak variasi dari UW Singapore


Satu gambar dari Mr. Husband


Satu gambar dari Emir.. sealion sekor ni memang suka berkepit dengan cermin ni..


Di  bawah shark-shark yang comel.. tak de shark yang besar.. 


Dekat sini ada penguin.. ini adalah tempat paling lama i mengadap sebab i rasa penguin ni comel betul.


Masa kami sampai di sini, masa tu feeding session untuk penguin dan juga masa untuk check..


Penguin berenang-berenang dekat Emir. Emir.. masyaAllah, setiap patah info berkenaan dekat setiap akuarium, di bacanya.. setiap akuarium di observe nya.. tak ada tinggal satu pun.. dah habis satu round, Emir mintak untuk buat satu lagi pusingan untuk make sure he covered all.. Alhamdulillah i rasa sangat berbaloi untuk datang ke sini.


Ada juga tempat untuk posing ambil gambar..


Emir bersama mak sedara dia (adik I) cik yah,..


Hari tu sebenarnya birthday Husband tersayang. For the first time, there is no cake at all.. i pun tak de rasa nak makan, hubby pun tak de nak cake semuanya sebab kami enjoy sakan di Langkawi.. Looking forward to celebrate more birthday with you.. !


Hujung minggu ni mesti ramai yang jalan-jalan kan sebab its a long weekend.. Hati hati di jalan raya.. Kami insyaAllah balik Melaka.. 

5 comments:

aimi said...

Tak pernah lg masuk sini. Penah dtg tp smp dpn pintu xjd masuk hehe. Teruja tgk pic, kena try ni :)

AyuArjuna BiGoshh said...

me nak balik kelate :)

Merlyn Hasshim said...

i tgh mengira berapa tiket kena bayar nih, next weekend nak ke Lnagkawi. bebudak dua org tu sure suka dtg sini.

shu said...

oh, imran enjoyed talking to the parrot there, as the parrot keep repeating him back. :D

dah tersangkut kat tempat parrot tu lamee sgt, takmo balik. adoi.

Mama Zharfan said...

i pernah masuk sini time i bujang2 dulu..memang besh!

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez