Tuesday, January 07, 2014

Singapore - Day 3 - Part 5 - Around Sentosa - Luge Ride

Alhamdulillah, urusan Emir di UWS selesai lebih kurang pukul 3 lebih. Flight kami pukul 8 malam, jadi kami ada banyak masa untuk berjalan since we couldnt do that earlier memandangkan Emir tidak menunjukkan tanda-tanda nak berjalan *grrr. Tapi hari ketiga ni Emir sangat happy dapat ride dengan dolphin jadinya sepanjang hari muka senyum panjang. So, kami pun jalan sekeliling Sentosa Island dan bende alah ni attracted his attention.

Sampai kawasan ni baru tahu bende ni nama nya Luge Ride. Tapi tidaklah i pun join sebab Adeline dah sanggup untuk bawak Emir.. i ni gayat bukan main. Kalau tak da Adeline, i rasa impian Emir tak kesampaian lah, tapi kalau definasi kesian tu ada, tak tau lah.. Banyak pakej disediakan tapi tak salah i ambik SGD20 (kot!).


So, mula-mula i minta Adeline naik dulu - alone, to see whether it is dangerous for kids ke tak, bila dia kata Emir could handle it, barulah i let Emir go (walaupun masa tu tiket dah beli). 


So, Emir naiklah "socall" cabel car ni. I rasa kalau zaman mak i, i doubt mak i akan bagi naik cabel car ala-ala macam ni, nampak bahaya kan, tapi insyaAllah selamat, ada belt kene pakai.


Lama jugak nak tunggu derang turun, adalah kot dalam 20 minit.


Second try pulak, Emir naik that Luge sorang-sorang, tapi Adeline kata, budak kecik tak berapa pandai control that Luge. Even i pun tengok, asal budak kecik bawak je mesti ada incident-incident macam nak jatuh.


Tapi dapat lah Emir naik satu round sorang-sorang. Since Adeline kata macam bahaya, so i tak bagi lagi Emir naik sorang-sorang lagi


Dan ini kali ketiga Emir naik. Total dapat naik ada dalam 4 kali rasanya.


Dan ini round terakhir. Actually ada lagi satu trip, tapi Adeline ni pun dah malas, ye lah in total dia naik 5 kali kot. Even i nak bagi lagi satu tiket dekat orang pun, orang tak nak ambik, macam takut i ni spam haha.. Padahal nak bagi tiket free..


Kalau u all perasan, hari ketiga ni, Emir asyik senyum jer..

1 comment:

aimi said...

Menariknyaaaaa.... Best la emir

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez