Tuesday, January 21, 2014

To Langkawi: 17 January 2014

Percutian pertama untuk tahun 2014 dan percutian yang tak di-plan. Tak di-plan bermaksud tak de dalam senarai nak pergi pun. Mulanya adik i Cik Yah yang belajar di Unimap akan bercuti selama 3 minggu.. memandangkan dia bawa kerete ke sana, Mama dan baba decided to take a bus to Perlis and drive the car back to KL.. Kesian la pulak kan walaupun derang tak kisah sebab Perlis KL bukannya dekat. So since hubby's birthday is on 18 January, so i pun teruslah volunteer untuk ambik cik yah.. tapi destination yang kiterang akan singgah dulu adalah Langkawi.

Alhamdulillah dapat la jugak tiket flight ke Langkawi. nak kata murah, tak de lah murah.. tapi masa time i nak beli tu, as compared to all other airlines termasuk AirAsia, MAS paling murah. Alhamdulillah syukur juga dapat MAS, selesa sikit. By the way, i ambik flight hari Khamis, maknanya dari office terus i ke KL Sentral untuk bertemu jantung-jantung hati naik KLIA Express. Memang kelam kabut juga, sebab flight pukul 8, i keluar office pukul 5 lebih... :) 


Senang, sebab kami terus check in di kaunter MAS di KL sentral. As a note, kalau domestic flight, kalau nak check in di KL Sentral mesti 1.5 hours before and international flight, 2 hours before. In fact u can even drop your bag earlier.


tunggu tunggu, memang banyak lah gambar syiok sendiri kan


Hari tu pulak ada dua menteri besar yang kami terserempak. satu MB Terengganu dan MB Kedah. MB Kedah masa tu naik the same flight with us.. so Encik Emran ni first time  kot suruh i ambikkan gambar dia.. huhu.. nasiblah MB sporting :D


Kami sampai dalam pukul 9 lebih dan hanya check in di Hotel pukul 10 lebih. I pilih hotel di Kuah sebab the next day adik i , Cik yah akan join kami. sebab dia naik feri, i cari tempat yang berdekatan, so kalau apa2 hal dia boleh pergi sendri naik teksi ke Hotel ni..

Hotel ni rasanya 3 star, I pilih hotel ni sebab inilah hotel yang tinggal yang ada swimming pool dan juga agak ok lah reviewnya. Kalau tengok review banyak negatif dari positif.. tapi at least semuanya pasal service bukan pasal ada cerita seram ke apa. Hotel lain yang tinggal banyak i bace dekat trip advisor ada cerita seram.. 

Bilik agak luas dan selesa, cuma bilik pakai furniture lama. TV pun tak de astro channel. bukan tv flat screen pun, tapi untuk i itu tak de masalah.. after all, bukannya nak duduk hotel sehari suntuk kan. Hotel ni i book dengan harga RM148 per night inclusive breakfast dari AsiaTravel.com Paling murah as compared to Agoda.com, booking.com or Asiarooms.com dan hotel ni sendiri punya website. All websites jual dengan harga RM200 per night.



Overall, i ok je duduk hotel ni. Staff pun peramah bukan main.. breakfast je lah kot, tapi tak de lah sampai tak boleh telan.. untuk i, pergi jalan, just enjoy je, kalau banyak complaint, buat sesak kepala saja..

esok i sambung lagi ok :)

3 comments:

Mama Zharfan said...

Wahhh u dh cuti2 msia yer thn ni..me lom lg ;)

Nad MamaZN said...

Sportingnya mb! =)
Ada cekelat lebih tak? Haha!

aimi said...

Lama x gi langkawi... Bestnya

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez