Thursday, January 09, 2014

Family event: Meraikan orang baru.. :)

Tidaklah berapa baru, tapi orang tua akan kata.. "ooh yang baru kawin hari tu yer" .. walaupun hari tu bulan May tahun lepas..  so masih valid dikira baru. :) End of  December yang lepas, Ani cousin saya yang paling saya rapat ya Ampun, disebelah pihak suaminya mengadakan Jamuan kesyukuran bagi meraikan bukan sahaja kedatangan Ani ke family baru mereka, tapi juga kedua ibu bapa mertua Ani dan adik iparnya yang baru pulang dari mengerjakan haji  yang lepas. Majlis diadakan di Restoren Haslam.

For a record, first time attended official function di Restoren Haslam. Selalu datang lunch saja.


Nampak maintain kan, padahal perut tu dah masuk second trimester :)


adik I yang single lagi but not available - Ainaa


with Encik Suami


with kedua ibu bapa - Mama pandang tempat lain pulak


bersama dengan mak mak sedara, sepupu sepapat dan adik beradik.


ini kalau tak kenal saja lah kan.. he is wearing that famous baju kotak-kotak.. i ni kind of like baju tu at this moment, so Emir akan repeat je lah baju tu :D

Paling best, acara diserikan dengan mini contest.. I dengar je perkataan contest memang orang pertama la yang mata terbeliak haha

Ada lima peluang nak menang hadiah..

Lucky draw pertama: Siapa ada syiling lama 50 sen...

Kelam kabut cari sekali adik ipar I, Akhir ada.. terus lah Akhir pergi 

and he won

Coffee maker u...

Anak sedara I, Zubair happy bukan main, tapi bapak dia lagi happy kot


Soalan kedua: Sapa pakai jam Swatch.. takde takers pulak masa tu

Soalan ketiga: Sape pakai baju yang ada jersey

Lepas tu ada pulak best dress of the night..

Adik I mimi antara salah seorang pemenang.. 


Sebenarnya ada satu soalan: Kedua pengantin ni anak yang ke berapa.. I suruh Emir ke depan, sekali tak sempat pulak.. Being my son, mana lah boleh kalah huhu, muka dah toya.. sekali nasib baiklah MC dapat baca Emir.. boleh pulak ada soalan

Siapa yang pakai  baju  kotak-kotak warna merah cepat datang ke depan.. Obviously Emir the only one yang pakai baju kotak-kotak..  terus mamat ni senyum meleret.. 


So kira, meja kiterang je tiga hadiah kiterang balun hahaha . apa nak buat contest seeker pun ada dalam meja ni .. Tapi memang sangat menarik buat macam ni, gamat dewan makan ni..

Tapi budak kecik macam mana pun manalah boleh duduk diam.. dua dua restless, kiterang tak bagi Emir main iPad.. 


Zubair.. budak ni nampak je kecik tapi suara dia besar gitu...  kalau dia jerit, satu dewan boleh dengar


Makanan? tiptob babe, pilihan lauk sangat banyak, two thumbs up.. lupe pulak ambik gambar makanan, sebab sedap sangat dapat makan..


Tahniah kedua pengantin, tak sabar nak tengok anak korang.. oh yang baju merah tu dialah pengantin laki.. 

Semoga berbahagia  hingga ke anak cucu.. 

1 comment:

aimi said...

Bestnya ada lucky draw masa kenduri mkn2... Unik :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez