Sunday, December 01, 2013

Singapore Day 2 - Part 2 - Get to know Sentosa

Training hari kedua bermula pada pukul 2.30 petang, jadi pagi tu memang dah plan nak berjalan-jalan. Hari kedua Emir bangun macam biasa dan ceria. Kami turun breakfast, biasalah buffet breakfast and bila dia nampak epal hijau ni macam dia nampak one room full of choc.. dia memang suke buah-buah yang masam..


Untuk ke Sentosa Island dari hotel kami memang kene naik Sentosa Express. Memang dekat Singapore ni you dont need a car pun, semua nya connected and very well planned.  Dari hotel ke station ni adalah dalam 5 minit jalan kaki, tak jauh pun ... Dalam banyak-banyak hari, inilah satunya hari Emir nak ambik gambar dekat giant TV ni dekat Sentosa Station.


Memang hari kedua ni targetnya nak ke Universal Studio area, as a note, untuk ke Universal Studio area, kene stop dekat Waterfront Station, just one station away dari Sentosa Station. Saja nak jalan-jalan dekat area ni. Nak ke Universal Studio memang tak sempat lah, jadi cuma ambik gambar dekat Globe ni.. Sebab minta orang lain amikkan, jadinya kene snap saje. Kalau ikut hati, nak je tunggu semua orang tak de baru ambik :D


Dekat dengan booth Universal Studio ada kedai Hersheys, memang segala mala Hersheys ada.. tapi my oh my, i tak tau apa yang buatkan i tak beli satu pun coklat kat sini. Masuk pusing-pusing dalam kedai, lepas tu macam tak de nafsu nak beli.. -- sebab pikir malas nak bawak coklat merata-rata (takut cair)


Dan seperti biasa, as a Hard Rock's collector, memang any countries yang i pergi akan make an effort untuk cari Hard Rock sebab i memang pengumpul magnet classic Hard Rock.. Sebab i shopping dekat sini lama, dan Emir kene tunggu, mulah lah episod tak mau berjalan dah .... --mak stress :) can see his expression here


Nak tak nak memang i terpaksa heret Emir untuk berjalan jugak, dia tak nak ambik gambar.. mak dia lah yang posing ambik gambar.. :) nak jalan ke Sentosa lagi tak tau bila kan.. 


Kalau ikutkan i memang tak suke nak marah-marah Emir, tapi masa pergi Singapore ni banyak jugak lah i terpaksa naik sikit suara sebab Emir bila cakap slow slow, memang dia tak mau dengar langsung.. Paling geram bila Emir cuba nyorok out of my sight. So memang i naik angin one time tu baru lahh dia ikut cakap kita.. phew.. 


Jalan-jalan terjumpa muzium maritime ni, sebelum i pergi  memang i khatam Suzi punya Singapore entry, and i know dia ada singgah di sini. i tak singgah, tumpang ambik gambar je



Jauh juga kami berjalan, kalau ikutkan dah satu station away dari Waterfront Station untuk sampai ke Sentosa letters mark ni .. :) Gigih berjalan sebab nak ambik gambar dengan Lion tu.. 



Ini lah gambar Merlion, the biggest Lion's landmark dekat Singapore. Dalam lion ni ada macam muzium gitu, tapi i tak naik sebab tempat i berdiri tu dekat benor dah dengan station :D


The day before, i terhilangkan sunglass Emir, tak ingat letak kat mana (tapi hari ketiga rupanya tertinggal dekat changing room di UnderWaterWorld, staff pulangkan). One of the reason dia kata dia tak de mood sebab mata dia silau (alahaii anak), and mintak i belikan dia sunglass.. Nak tak nak, i belikan lah sunglass untuk Emir yang harga dia SGD6.75 huhu.. Barulah ceria sikit anak tunggal i ni.. Haa 



Emir bergaya dengan spek dia.. :) walaupun masa banyak lagi, tapi i terus decided ke Underwaterworld untuk make sure mood Emir at the top during the training session..

- to be continued-

3 comments:

Liza Yati said...

Eh. Dah colourful Sentosa letters tuh. :) I xsempat masuk USS. Tiket sold out masa pergi. Huhu..

Mama Zharfan said...

besh :)

Nina @ BabyBoon said...

mira, i mmg suka baca pasal your holidays! i wish i had the dedication n patience to write like u! dont stop writing mira! sungguh seronok i baca your adventures!

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez