Monday, December 23, 2013

Naik barang. Naik harga. Naik lagi

Sekarang ni ramai yang bercakap mengenai kenaikan barang-barang aka kos sara hidup dekat Malaysia. Kesian rakyat Malaysia, selalunya bergitulah, sebelum pilihan raya, berdegar-degar itu dan ini, tapi bila dah dapat, habis madu sepah dibuang dan i sendiri rasa orang yang paling terasa dengan kenaikan ini adalah golongan rakyat marhain yang berpendapatan sederhana (orang kata tak miskin dan tak juga kaya), lepas tu tinggal dekat KL.

Nak dijadikan cerita, dari dulu sampai tahun 2012, jarang sekali kalau ada announcement Budget, akan ada insentif untuk orang pertengahan. Pelik, padahal kalau untuk orang kaya raya ada jugalah tax rate tukar bracket. dan untuk bukan golongan pertengahan memang boleh tersenyum lebar lah sebab adanya BR1M. 

Tapi sejak habis pilihanraya Mei lalu, rakyat macam tersentak, macam ada bom dekat tepi jalan. Mana taknya, barang yang naik memang barang yang kita guna hari-hari.  Ada orang hidup kat Malaysia ni tak guna Highway? ada orang hidup dekat Malaysia tak pakai kenderaan? ada orang dekat Malaysia ni bergelap? Memang lah ada, tapi mostly semua bende-bende ni kite guna dan pakai. Memanglah kite terduduk. Cubalah naikkan bende orang Malaysia tak berapa guna, macam ikan salmon ke, berries ke, harga aircon ke, harga air purifier ke, olive oil ke, sure kite ni relax sikit. Belum lagi soal gula.. sedapnya cakap untuk meningkatkan taraf hidup kesihatan orang Malaysia, so kerajaan nak kurangkan subsidi gula. Kalau ikutkan, nasi tu pun ada gula ok.

Yang ajaibnya, pak menteri kita punya backing usul barang-barang naik ni.. buat rakyat rasa nak gigit. kalau tak suka tol naik jangan buat highway, wah wah wah, kalau tak suke apa jadi dekat malaysia, silalah migrate.. wah wah wah.. senangnya hidup.. sampaikan pak menteri yang dulu CEO corporate world yang sepatutnya memahami apa jadi dekat rakyat marhain (sedap pulak sebut marhain) ni pun boleh pulak bagi kenyataan macam yang lain-lain.

GST. Ok, ini bidang saya. Bukan spesifik bidang saya, saya buat personal tax je, tapi tau jugak lah sikit-sikit. My boss is very well versed in GST and he is very good at it. So ada jugaklah training yang i attend untuk mantapkan pemahaman GST.  GST in certain aspect, yes, it is more beneficial and fair to the end user, tapi dalam kepala i, i cuma risau, how will the enforcement be in Malaysia? Strict enough? Harap-harapnya begitulah. Tau-tau je lah kan dekat sini, on paper, semua ada.. implementation ada question mark besar dekat situ. :)

So, apa-apa pun, naiklah 1000 bende sekali pun, rakyat buatlah segala petition sekali apa, barang tetap naik, kos sara hidup tetap naik, gaji je susah nak naik naik.. jadinya, kalau duduk KL n berangan nak selalu makan sedap-sedap, bukan setakat sedap-sedap, yang nak diet tu, makanan yang memang mahal-mahal.. or nak hidup "lifestyle" orang kl, i dun think we can just rely on one single income. like seriously. we need an extra income to support our living. ni i cakap orang yang normal macam i, not applicable for those yang memang lahir dalam keluarga berada or suami kaya raya.. :)

Hidup mesti diteruskan. to me, who are that pak menteri-menteri nak adjust hidup kita. sudah-sudahlah bagi statement.. untuk kita-kita ni, mari kite fikir creative thinking untuk 2014. selain dari nak pergi umrah sangat-sangat.. i memang aim nak kerete sendiri untuk tahun 2014 (tapi ikutkan nak beli kerete baik beli 2015 after GST implementation). i need my own car.. susah nak harapkan laki i je.. it really limits my movement. sebab kadang i nak pergi mana kene adjust dengan timing husband i and.... his mood :p

to that, i rest my case..

8 comments:

msredcheesecake said...

sana sini org cerita pasal ni... susah nak cakap...kita tak tahu masalah org lain, takut juga saya nak cakap pada sipengadu, sabar.

tapi itu je yg say bule cakap, sabar dgn ujian Allah...

Mummy Rizq said...

betul lah tu mira.. but us as rakyat wat can we do? memang lah ada.. tapi our voice ni tak sekuat mana pun untuk mengubah apa yg mereka & keluarga mereka dah tentukan...

aimi said...

100% agree. Semua benda naik... Mcm xde ehsan lgsg, mcm xpenah amik tahu lgsg kesusahan golongan sederhana.

Tp yg lebih sedih, seteruk mana pun kita terbeban, impak dia mmg terasa skrang. Tp xlama lg bila semua dh terbiasa, mereka semua kembali lupa ttg kemudahan yg pernah mereka kecapi.

Rakyat kita sgt mudah lupa :( sbb tu tiada sebarang pengajaran/improvement pun diambil oleh pemimpin sbb xlama lg isu ni akan sejuk dan rakyat akan hidup spt biasa semula :(

Mohd Roshaidi said...

terkejut pakdee...gaji 7k pon dikategorikan pendapatan sederhana..abis kalau 2k je gajinya...?org miskin kat kl kan... :P

amal salleh said...

gaji lakibini 3k pon mcm xde ape je skrg ni huhu

Ezna said...

next year my hubby and his gang will be busy doing the SAP project for GST. Kat Petronas ICT pun ada. :-)

Nad MamaZN said...

Bab pak menteri backing pasal kenaikan tu xtau nak kata apa... Sedih & tak sangka gitu jawapan yg diberi. Dorg dpt naik (jd menteri) pun sbb org kt bwh..

Airin Diana Anuar said...

yg tak naik is gaji. and the fact that they say it like a breeze, mmg tak menjaga hati rakyat. terkedu bila tengok list toll yg akan naik starting esok.
kita yg sederhana ni, dh jatuh category miskin kat kl ni.
now we can say, money is not everything, but everything now needs money.

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez