Friday, December 20, 2013

life as an above average

which relates to berat badan bukan kepandaian akal fikiran. 

Perempuan kalau ikutkan memang takut tengok berat badan sendiri. Tak ramai yang lucky untuk berada dalam kedudukan berat badan ideal. I apatah lagi. Sejak kecil, i sendiri tak pernah rasa bersama-sama dalam kelompok average weight. I sentiasa digolongkan terlebih besar.

Macam mana i tahu i terlebih besar.

Kawan-kawan ejek itu dah jadi perkara biasa. Tengoklah dekat tv, orang gemuk jadi badan ketawa.. Macam Syanie, asal gemuk je mesti orang cakap macam Syanie atau dulu Arwah Yusni Jaafar.. Kawan I pernah cakap dekat I, tak mungkin i akan dapat seorang boyfriend sebab badan i ni.. Pendek kata, takkan sapa yang sudi nak dekat i.. :) Masa sekolah, kalau ambik gambar kelas, saya kene duduk belakang sebab badan besar. Kalau nak tempah baju, i kene cari size besar. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. 

Arwah moyang saya dulu pernah usaha untuk ikat kaki saya dengan tali hari-hari sebab kata dia, betis saya besar. Memang ya pun, itu dulu, masa umur saya masih sekolah rendah lagi. Jadi pendek kata, saya ni memang dah dilahirkan berbadan besar.

But seriously having a bigger size, indirectly kadangkala tu you ada sikit low self esteem. Orang lain sibuk pergi Uniqlo-lah, Zara-lah, H&M lah, Mango lah tapi i kene pergi Ms. Read or Flow. dan semuanya limited choices. Baju-baju untuk orang plus size ni kebanyakkannya i tengok macam makcik-makcik, kene pandai pilih untuk sesuaikan dengan usia kita. Salah pilih baju, orang cakap kita macam clown.

Mulut orang, i rasa mulut orang yang buatkan kite rasa down and down. I once pernah belek-belek baju plus size dekat Isetan, sekali ada lah sekumpulan remaja adik-adik ni jenguk dekat situ with one of them said "wei, kenapa nak duduk dekat sini, ni semua baju untuk orang gemuk". Seriously, it gave a slap on my face.

Belum lagi bila kite ada teambuilding and what not, i selalu rasa orang size besar ni jadi beban dekat other team members, as usual, you are not physically fit. Jadi kalau bab-bab kene lari, you lah yang selalu terkebelakang.

Pernah jugak i terdengar orang kata "dulu si A tu kurus je, sekarang aku tengok badan dia masyaAllah, cantik lagi bini aku" or "alamak badan dah macam makcik-makcik". 

Why i'm writing this. Sebabnya i rasa, kadang-kadang orang keliling tak sensitive terhadap kite golongan-golongan yang badan besar. Percayalah, orang badan besar ni dia kadang-kadang tak cukup kuat dari segi mental untuk dengar orang kata-kata macam ni. Selalunya derang akan senyap sebab malu.

I sendiri ada sorang kawan yang tegur i setiap kali i beli nasi lemak or even Famous Amos. It's no longer funny anymore. She keeps saying that "my age is too young to be wasted with my unhealthy lifestyle". Gosh.. i makan nasi lemak sebulan sekali kot.. :)

Usaha untuk kurus? I percaya ramai berusaha. Cuma it comes with real determination, which is real hard for a person who is born to love food. Susah wei.. I ni ikut hakikat, hari-hari kene makan nasi. I cut off banyak jugak, tapi masih tak berjaya. Lagi satu, tahulah, dekat Malaysia ni, kalau nak diet, makanan semua mahai-mahai. To date, i berani sumpah, i tak pernah sungguh-sungguh lagi untuk diet, untuk kuruskan badan. Selalunya sungguh-sungguh tu adalah dalam 2 minggu je kot. Then life back to normal. Macam husband I selalu cakap "bertahun-tahun kite dengar orang tu nak diet"

Apapun, i percaya, setiap kejadian Allah, pasti ada keistimewaan dia. Antara kita bersyukur ataupun tidak. Usaha untuk kurus itu perlu untuk kesejahteraan kehidupan. I sendiri memang niat nak kurus, kalau i tak dapat kuruskan badan, i must aim for a healthier lifestyle. Lagipun memang tak syiok pun jadi orang gemuk ni.. letih! Letih dengar orang cakap, letih dengar orang compare, letih dekat diri sendiri - i naik tangga sikit dah penat.. huhu


5 comments:

Liz said...

kak mira> we're are beautiful, no matter what other people says. hati mereka je yang tak cukup 'beautiful' untuk rasa sebegitu.

Mama Zharfan said...

i paham...i jenis on off...zmn bujang pun ada gak i tembam..now dh masuk fasa gemuk balik ni..tu jd stressed and memang berazam nak turunkan berat bdn thn 2014 ni..jom jom..tak de yg mustahil!

Mohd Roshaidi said...

sy suka org badan berisi dan sy suka menjadi org badan berisi...titik.. :)

Ezna said...

Kata2 org kadang2 menyakitkan. Kadang2 boleh ignore. Bila mood kita x brape baik, kita akan sensitif juga. Moga u dikurniakan kesihatan yg baik.

Nina @ BabyBoon said...

Mmg foul sungguh mulut sesetengah org. Sabar k mira itu pahala free tu

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez