Monday, November 25, 2013

Singapore Day 1 - Part 3 - Training session

Inilah tempat kami untuk tiga hari. Banyak juga masa yang dihabiskan di sini - Dolphin Lagoon. Tempat di mana dolphin berenang-renang dan tempat show. :) Di sini hanya dibela pink dolphin. Pink dolphin hanya terdapat di South East Asia. Mula-mula dolphin ni dilahirkan warna kelabu ala pink sikit, tapi tak ketara, semakin pink dolphin ni tua, semakin pink warnanya. Jadi kalau tengok dolphin ni betul-betul kaler pink, maknanya dolphin ni dah tua.


Emir's training started at 2.30 tapi kami kene ada sana pukul 1.30 petang untuk sesi perkenalan dengan trainer. Sekejap saja, then kami tengok first dolphin show. Emir masa ni dah start adrenalin dia.. mana taknye, i told him, he will perform jugak in another 2 days.


Show diselang-selikan dengan sea lion show jugak sebab dolphin dan sea lion tak boleh paksa mereka untuk buat show continuosly. kene ada resting time. memang jinak dolphin-dolphin ni, sea lion pun sangat jinak. ikut je arahan trainer nya.


ada banyak arahan yang dolphin boleh buat. salah satunya siap bawak bola.. Emir pun ada diajar macam mana nak bagi arahan kepada dolphin untuk bawak bola.


Sea lion kembali.. sea lion ni lah sebenarnya yang banyak bagi penonton ketawa sebab memang comel gitu.. dengan tak mo dengar arahan lah  dengan nak tido lah. comel betul.. 


nampak tak dolphin ni, ini antara pink dolphin yang termuda, satu umur 9 tahun nama dia Splash, satu lagi tak sure berapa tahun.. Jadi you all boleh tengok, kalau tak nampak pink gini maknanya dolphin ni muda lagi. Dolphin pink yang tua sekarang ni banyak direhatkan. Dolphin yang tua umurnya 35 tahun.. lagi tua pada i..


Lepas dah habis session ni barulah Emir punya one to one coaching. I yang excited terlebih.. tapi sebelum tu penerangan diberikan untuk Emir. Nampak tak lady di bawah ini, inilah dolphin trainer yang sebenar.. dan beliau sebenarnya berasal dari Malaysia :)


Emir diberikan HSE briefing dan what should he expects for the next few days. Walaupun sebelum tu dengan I dan Adeline dia tak nak cooperate, Alhamdulillah masa training session memang Emir pays full attention. 


dan inilah session yang pertama. Hanya basic sahaja diajarkan, sesi pengenalan Emir dengan dolphin. Emir tak dibenarkan untuk pakai sun block sebab takut irritate the dolphin dan Emir tak dibenarkan pakai sunglass sebab as a dolphin trainer, dolphin needs to see the trainer's eye too to understand the instruction.. 


Bersungguh-sungguh Emir belajar. Alhamdulillah, trainer kate, Emir fast learner, lagipun awal-awal lagi trainer kata, kalau Emir dapat buat dengan baik, reward dia on final day, Emir dapat swim with the dolphins. Itu yang dia nak sangat tu.


Ini pulak cara untuk nak panggil dolphin ke kita. Tap-tap kene ada gaya, tak boleh bantai je. Nampak jugak ada visitors yang masuk (they allow visitors to be in the dolphin area at any time) yang cuba buat macam Emir, tapi dolphin tak datang.. amazing kan macam mana dolphin boleh dengar arahan dari orang yang tertentu je.


dan ini pulak arahan untuk bagi dolphin spin jumping :) Emir mase ni sengih panjang bile tengok dolphin tu lompat pusing gitu.. Masa nilah i ada ambik video, ada dalam entri i di sini.. i pun sama excited.. 


Setiap kali setiap arahan diberikan, trainer must feed the dolphin as a reward dolphin dengar arahan. trainer kata, satu hari, dolphin kene makan as heavy as 30% of their body, banyak kan.. Ikan yang diberi ni adalah ikan kuning, ikan selar.. :)


Kata-kata dari trainer.. Memang trainer ni ajar Emir betul-betul dan serious dan sangat ambil berat setiap pergerakan emir.


Sebab Emir dah boleh bagi arahan sikit-sikit, trainer pun dah boleh duduk dan monitor Emir .. 


Bertuah Emir, saya dulu tak merasa lah.. in fact kalau tak kerana contest, memang saya tak mampu pun nak bawak Emir untuk program macam gini.. Session dengan dolphin pada hari pertama sekejap aje, kemudian, Emir di bawa ke tempat di mana penyediaan makanan dolphin. Saya tak dibenarkan masuk, hanya Emir saja, walaupun saya boleh lihat Emir pada jauh, walaupun saya ada lens yang boleh capture apa yang Emir buat, tapi atas permintaan, saya tak dibenarkan untuk mengambil gambar.. I understand their concern.. :) nak nak saya ni blogger kan.


Inilah anak teruna saya.. 



3 comments:

aimi said...

Bestnya.... Bkn peluang biasa ni.. Bertuah emir

Puan Ida said...

besnye
saya yang baca pun eksited hehehehe
salam perkenlan dari saya
jemput singgah blog saya ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye

AyuArjuna BiGoshh said...

memang sangat best mira...


congrats to emir kerana berjaya melaksanakan tigasan yang diberikan dengan baik :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez