Friday, November 22, 2013

Singapore Day 1 - Part 1

Alhamdulillah, hati memang sentiasa gembira kalau dapat pergi bercuti. I believe everyone needs a break, short vacation can really helps you to refresh your mind. Dan Alhamdulillah, kesekian kalinya, saya diberi kesempatan untuk bercuti... secara percumaa.... thanks to Tiger Biskuat, bukan saja merealisasikan impian Emir, malah impian saya jugak.

Kami bertolak dengan AirAsia pada pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah tak ada delay. Mengantuk jugak sebab hari Ahad tu saya pergi office, balik baru nak pack.. -- normal me lah kan.. Emir as usual, sangat happy..


Gambar dekat bawah ni masa dah sampai di Changi Airport. Emir masa pergi Singapore ni memang tak mo lepas langsung dengan spek hitam.. merata nak pakai spek hitam.. Sakit mata kalau kene sunlight katanya.. yang penting ada gaya ala artis macam tu.. 


Kami juga ditemani oleh Adeline, dari Zenith Media. Dia lah yang menguruskan urusan kami di sini. Memandangkan kali ini saya bercuti tanpa ditemani oleh suamiku yang tak nak buat passport, jadi buat pertama kalinya memang semua beg kene bawak, jadi i memang sediakan beg merah kecik ni untuk Emir tarik. Dan buat pertama kalinya, semua alat teknologi i gendong, dari laptop, dslr, ipad.. dan sewaktu dengannya. Berat sungguh ok..


Sudahlah bawak beg berat, ingatkan terus boleh check in, sekali bilik not ready, dan masa tu pulak kami sampai baru pukul 10 pagi. Jadi terpaksalah i ni gendong bag yang penuh segala gadget ke merata-rata. By the way, kami tinggal di Bay Hotel.


Bay Hotel ni memang dekat dengan Sentosa Express dan MRT dan berhadapan dengan Vivo City Mall. Mula-mula ingat dapatlah tido dekat Hard Rock Hotel, tapi rasa tak de budget kot.. :) Anyway, i memang pesan dengan Agency , apa-apahal pun i want Halal food. Pada mulanya Agency book hotel dekat Siloso Hotel, tapi dia tukar ke Bay Hotel sebab berdekatan dengan Vivo City Mall, katanya senang i nak cari makan.. and I agreed..


Bilik hotel ni sangat kecik, serious kecik, the smallest hotel room that i have ever stayed. bayangkan ada dua single bed, bilik air yang kecik dan adalah tempat pantri sikit. That's it, no additional space, wardrobe pun tak dak.. kalau nak solat, solat lah atas katil, sebab memang tak muat lantai. So bayangkan lah keciknya macam mana. Kecik-kecik pun mahu lebih RM500 semalam.


Tapi itu je lah negative nya. Tak kisah sangat sebab kami memang siang-siang tak de dekat hotel pun. hanya datang untuk tido je.. katil memang bet.  Yang positive lagi banyak, sudahlah berdekatan dengan public transport, staff dekat sini memang tip top, sentiasa friendly dan sedia untuk menolong.. Internet free -- itu paling utama :)

Dan for the first time ever, saya pergi hotel yang kata --- Mini bar is FREE huhu.. 


Lunch hari pertama, kami lunch di Secret Recipe, atas pilihan saya, sebab dah confirm Halal. Kami datang di sini pada pukul 10.45 pagi, tapi tak dibenarkan untuk ambik order sampai pukul 11 pagi.. Boleh makan kek je.. Harga makanan dekat Secret Recipe sama je dengan Malaysia cuma  ya lah, harganya in SGD. Kalau satu kek sana SGD8.9, kite kat sini terasalah kemahalannya.. worried not, makan free.. so bantai je order :p


Lepas makan, kami pun jalan-jalan di sekitar Vivo City, just to kill the time because the training only started at 2.30 pm. 


Shopping mall di sini banyak dihiasi dengan Christmas decoration.. dan tengoklah Christmas tree ni, sebesar2 Christmas tree.. 


dan Emir, masa ni dia dah start penat, mana taknya bangun tidur pukul 6 pagi ke sana ke mari, dan dia dah start tak nak cooperate. Yang paling susah, dia siap tak  mo bergerak ke mana-mana. Lepas tu tak mo bercakap. Kalau i duduk dekat utara, dia lari pi duduk selatan.. Memang one point i dah start naik angin :) ye lah bukan setakat lari, dia siap menyorok, dah la dekat negara orang. I rasa masa ni Adeline pun tengah sabar je.. Adeline masa ni tengah tunjuk muka Emir tengah buat perangai


Akhirnya sampai lah kami ke Underwater World, untuk session Emir yang pertama. dapatlah senyuman Emir semula.. 


Nanti saya cerita lagi.. banyak sangat gambar..

3 comments:

Ezna said...

Nampak menarik trip u ni cuma bilik hotel yg Kecik je la kan.....

Mama Zharfan said...

besh :)

aimi said...

Hahaha... Comel n lawak la emir ni .. Manja anak mak ni

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez