Thursday, October 17, 2013

Raya baking Workshop by Women's Weekly

Beginilah ya.. kalau blog ni ada bau, dah lama dah cerita yang saya nakcerita ni bau basi. Sungguh, masa ni jiran  I, Femy belum beranak lagi, dan sekarang, anak dia dah dua bulan rasanya. Dipendekkan cerita, jiran I, Femy masa tu tengah sarat mengandung, dan beria lah ajak I teman dia untuk Raya Baking Workshop. For sure, I malaslah, sebab cooking workshop ni di bulan puasa dan location nya pulak adalah di StarHill Gallery.. Malas sungguh nak mengabdikan diri pergi KL kan..

Tapi bila memikirkan jiran kesayangan I ni dah nak beranak, dan dia akan pantang another 2 months, and the sad part, she will be moving to a better area :(, so i pun nak menghabiskan banyak masa berkualitilah dengan jiran I ni.. its not easy ok to get a neighbor that really can click with you, and Alhamdulillah, Allah pinjamkan I 5 beautiful years with Femy and her small family.


ok, tak nak cakap pasal jiran i, kang sebak.. :) so this cooking workshop ni i ingat macam cooking workshop yang i pernah pergi di Prince Hotel yang agak caca marba.. tapi bila i sampai di Starhill Culinary Studio ni, terus terkagum sendiri.. :)

barulah "alamak... hari ni kene masak ke" haha.. :)


i tak sure berapa orang yang datang, tapi tak silap adalah dalam 50.. ada 2 chef yang conduct this workshop.. (tried to Google their name, tapi tak jumpa.. chef adalah dari Fonterra sendiri. Fonterra yang organized this cooking workshop.


Setiap orang dibahagikan kepada beberapa group. dan setiap group akan menyediakan setiap satu makanan.. memang oven ni cukup lah untuk menampung semua kumpulan.. bawah ni satu bahagian.. ada lagi satu bahagian lagi..so kira ada 12 oven akan digunakan.. kali ni memang real workshop.. best!


Ini chef di Hot Kitchen.. minta maaf memang saya lupa nama Chef, tapi Chef ni memang dah bertahun-tahun berpengalaman dalam bidang masakan dan kini Chef  bekerja di Fonterra. Fonterra adalah syarikat yang mengeluarkan product Anchor (butter) di antaranya.. 


sebahagian dari peserta yang menghadiri workshop. 


walaupun puasa, tapi ramai je mak mak yang menghadiri cooking workshop ni..


yang ni kami berada di Hot Kitchen.. memang besar juga Culinary studio ni... dan ini saya tengah Masak Fritatta (ok, tak sure eja betul ke tak), tapi ala-ala telur dadar versi mat saleh.. yang ni adik i memang kate sedap.. 


with Femy and her friend :) kami berdua ditarik oleh ibu yang sarat megandung..


dan inilah hasilnya, ade 4 jenis semuanya, paling mahal adalah Baklava tu.. :) first time pun makan baklava.. makanan-makanan ni jadi pencuci mulut masa buka puasa di Kemensah :)


dan ini adalah Goodie bag dari Fonterra dan Women's Weekly.. best kan :) sekarang ni tinggal tunggu masa yang sesuai nak redeem RM50 voucher dari Urban Retreat... berbaloi juga.. registration fee RM30 dapat goodie bag rasa dalam RM80 ..


insyaAllah, kalau ada cooking workshop lagi, rasa macam nak join.. mana tahu kan.. untung-untung dapat Coffee maker lagi :D, oh kali ni tak ada cabutan bertuah :)
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez