Thursday, October 03, 2013

On his first school's Hari Karnival

Rasanya minggu lepas, minggu Emir. banyak betul aktiviti sekolah yang di"cramp" di  hujung-hujung tahun ni. So, on 28 September, his school organized Hari Karnival. Kalau masa saya sekolah dulu orang panggil Hari Kantin. :) So punyalah dia monopoly mak nya suruh belikan kupon RM50.. sorrylah yer.. Ibu bagi beli RM30 je dulu. Tak percaya Ibu budak sekolah bawak duit banyak-banyak pergi sekolah beli kupon..

Nasib masa sampai tu, same timing dengan kawan Emir, Irfan. Jadi adalah geng.


Ada banyak gerai jualan dekat sini. Macam-macam gerai jualan yang ada yang kebanyakannya dikendali oleh ibubapa. Tapi ya Ampun mahalnya lah harga Hari Karnival ni ya. I bought a kebab at RM5 satu *gulp.. :) Masing-masing nak maximizekan profit. Apa pun semua makanan memang ada rasa, tak delah main hentam koromo jer kan.. Siap ada kelas bawak terus Kenny Roagers booth (lupe pulak nak snap gambar).


Ada yang jual makanan, ada yang jual barang-barang kraftangan. Kelas Emir decided to sell girlie stuffs. Ada manik, ada rantai, beads and all. Tapi Hari Karnival kali ni saya tak berapa get involved sangat sebab tengah bersungguh-sungguh untuk Hari Sukan, jujurnya saya pun baru tau kelas Emir jual beads. FYI Hari Sukan 1 October, Hari Karnival ni 28 Sept.


Paling budak-budak ni tak sabar-sabar, adalah aktiviti-aktiviti di padang. Annoucement kata ada Nerf Specialist di padang. Bila tengok padang, memang dah macam perang .. Satu side tengah sibuk berperang Nerf, lagi satu side pulak tengah sibuk berperang Counter Strike.



Dah ada budak laki dua orang ni, manalah lepas kalau tak mintak main kan. Nasib cuaca hari tu sangat encouraging. Sejuk redup macam tu. Mula-mula ingat nak hujan rupanya cuma angin sepoi bahasa,.



Emir dan Irfan decided to play Counter strike instead. Nak main bende ni harganya RM12. Bawah ni konon tengah bincang strategilah.


Gaya seorang askar. Malangnya tak de gambar Emir sorang-soranng because again he refused to take picture..! Geram betul! bukan senang nak dapat pegang pistol, topi dan secara kebetulan Emir pulak hari tu pakai seluar macam Askar.


Masa ni tengah tunggu giliran nak main. Ada dua pasukan, rasa satu pasukan adalah dalam 8-10 orang. 


Sebelum main, ada diberikan briefing on how to play. but again, Emir tak pay attention pun.. dengar dengar gitu je..


Testing senapang dulu. Adalah satu selit muka En Suami


So when iPad game comes to live, barulah depa tahu kan. Tapi kalau ikutkan sebenarnye both Emir and Irfan ni main tembak je.. 


Adalah sikit gambar Emir dekat Counter Strike ni walaupun tak pandang kamera. Nampaknya kene mencuba lagi tahun depan.


Seperti biasa kalau mana-mana sekolah, Hari Karnival mesti ada Haunted House.. kenapa yer :) dan biasalah, nak masuk sini q-nya panjang berjela. Emir decided untuk masuk walaupun penakut ya rabbi.. Dekat sebelah Haunted House ada satu area "RIP" tanya Emir dia tak tau bende ape. tapi saya rasa ini tempat kubur binatang-binatang yang mati keliling sekolah.. Rasanya lah


Emir memang buat drama dekat sini.. Penakut tok sah cakap. menjerit-jerit.. nak masuk pintu tu pun dah ambik masa. Mula-mula dnegan Ibu, bila Ibu kata kalau tak nak takpelah, tapi dia nak jugak buat. Sambil saya tengah tunggu Emir nak buat decision, rupanya ramai je budak-budak ni masuk lepas tu terjerit-jerit nak keluar balik. 

Last-last Emir nak masuk dengan Papanya instead ibunya. Tapi Papa cakap, Emir jerit sejerit-jeritnya dalam tu sebab nak jadikan cerita, kasut Emir tercabut dalam rumah tu, lepas tu pulak ada sorang "Hantu" yang rajin dok kacau-kacau Emir.. budak ni dah lah penakut, ada pulak orang buat macam tu bertambahlah takut dia.


Because of that, terus dia nak balik rumah , dah tak de mood nak main.. :D Sebab nak habiskan kupon, saya suruh Emir main satu game ni. kalau bola masuk one of the bottle ni, kalau ada ikan boleh ambik bawak balik. Punyalah seronok dia dapat ikan guppy ni.. Color ni Emir pilih, Ibu mintak tukar guppy colorful sikit, Emir dah tak nak..


Ya, rumah saya sekarang dah ada dua pets dah. Satu kucing, satu lagi ikan.. Ikan ni Emir letak nama Fasha.. huhu (with a note: dia tak kenal Fasha Sandha ok)

1 comment:

Mama Zharfan said...

wahhh siap ada dua pets tu hehehhe :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez