Friday, October 04, 2013

Leibniz - the Prize

Alhamdulillah, hadiah dari contest Leibniz telah selamat diambil di pejabat Sangla Foods Sdn Bhd di Glenmarie pada hari Selasa lepas. Kalau ikutkan, hadiah dah boleh diambil pada minggu lepas, tapi dek kerana saya ni susah sangat nak pergi pada hari bekerja, jadi saya tangguhkan sehingga 1 Oktober lepas memandangkan saya ambil cuti untuk Hari Sukan Sekolah Emir.

Hari Sukan Sekolah Emir tamat dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, lepas tu kami makan tengah hari, tup tap tup tap, sampai rumah nak dekat pukul 2. Kalau tak kerana Emir yang berpeluh sakan, ikutkan senang lagi kalau pergi terus ke pejabat Sangla Foods, tapi kami balik untuk mandi dulu. Saya pun badan dah melekit-lekit.

Tapi biasalah, seperti yang dijangka, bila balik, semua orang badan dah letih, mulalah dari pukul 2 cadangnya nak ke Glenmarie dah jadi pukul 3 lebih. dan Emir masa tu dah penat longlai dah sebab saya tak bagi dia tidur dulu. Kalau tidor alamat memang susah la nak bangun.


Satu-satunya gambar Emir di situ. lepas tu terus dia baring dekat situ. PIC yang layan kami sangat baik, sayangnya PIC yang handle kes kami baru berhenti kerja sehari sebelumnya. Saya rasa memang derang terkejut tengok muka Emir, ye lah kan, gambar yang saya hantar tu dalam 3 tahun lepas, masa tu Emir ada chubby sikit mukanya dan still cute cute baby face.. Ni dengan gigi takde, rambut botak :p

Hadiah yang diterima sangat best. Pakej family photoshoot worth RM380 di The Strand, Kota Damansara. Saya memang looking forward for this photoshoot sebab tak pernah lagi kami anak beranak ambil gambar studio :)


dan paling best, adalah ini!! RM1,000 vouchers Isetan. saya dapat 100 keping RM10, senang nak redeem nanti. Saya akan allocate equally among my boys, ye lah Emir tukang modelnya, Papa tukang cameraman-nya dan of cos lah saya akan dapat share terbesar hahaha, sebab saya lah tukang beli biskut, tukang print gambar, tukang isi borang contest, tukang tampal setem, tukang jalan kaki pergi post office dan tukang pos surat . Banyakkan kerja saya hahah..


Alhamdulillah, syukur kepada kurniaaNya. 

3 comments:

Nad MamaZN said...

Wow! Congrats mira!

Mama Zharfan said...

congrats. siyes sgt besh!

mama tisya said...

tahniah...slamat shopping di isetan

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez