Sunday, October 13, 2013

Emir's Day - his toys day

Setiap kali saya menang sama ada voucher ataupun wang tunai, memang insyaAllah saya akan kongsikan kegembiraan saya dengan orang-orang terdekat. Seronok juga tengok orang lain seronok. Seperti yang dijanjikan, memang saya akan allocate voucher yang saya menang dari contest Leibniz untuk Emir dan saya dah peruntukkan RM200 untuk dia,. Nilai yang sangatt banyak tu untuk budak Darjah 1.

I asked him what he likes, of cos at first he said - "nak upgrade minecrarft boleh"

in case ada yang tak tau, minecraft ni antara games yang dia dok main dalam ipad. Of coslah tidak kan.. i told him he can only get this RM200 from Isetan..

dan of coslah budak yang tak biasa dengar Isetan

"what..?? SETAN"

:p

So saya bawa Emir ke Isetan KLCC dari Mid Valley. Sebab Papa jumpa kawan, jadi saya dan Emir naik bas dari Mid Valley ke LRT Bangsar.. Naik Rapid bus lagi.. lama sungguh tak naik bas.. Not bad.. RM1.. selessaaaa (mungkin hari Sabtu tak ramai orang, dan jalan tak jam)

Lama jugak Emir dok pilih hadiah.. Sekejap nak Playdoh lah, sekejap nak Hotwheels lah, sekejap nak games lah, sekejap nak Helicopter lah.. kalau boleh semua bende dia nak.. 

I told him, he could choose anything he wants but it must within RM200... punyalah tanya bende yang sama

"do I have more slots"

Pilih punya pilih... inilah yang dia ambik...



Mainan budak laki.. i pulak dok geram Barbie stuff kat situ hehe..


Alhamdulillah, Emir seronok betul. balik terus bukak semua mainan... 

and he promised me to corporate whenever i ask him to pose for a contest :D

will see :)

Saya? saya guna voucher sikit beli groceries untuk raya Haji.. masak ala-ala Western untuk Raya Haji ni. Tahun ni saya Raya Haji dekat Kemensah.. Semua adik beradik insyaAllah ada.. tak sabar... 

yang lain saya akan guna mostly masa Emir nak masuk sekolah nanti.. :)
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez