Wednesday, September 04, 2013

Sungkai - Apa nak buat? What to do? Attraction

*Ini entry bergambar. Mahu kejar seberapa banyak entry sebab banyak sangat entry tertangguh. :) Dah lama dah pun peram gambar dalam handphone. Kami ke Felda HotSpring Sungkai untuk bercuti bersama Emir dan Papanya masa awal Jun yang lalu. Entry tu telah selamat pun saya update Boleh ke sini

Kalau ikutkan, memang tak tahu nak buat apa, maklumlah Sungkai bukannya macam Langkawi ke, Cameron Highlands ke, hatta nak lepak dekat bandar pun tak da. Masa saya bagi tahu dekat kawan-kawan nak pergi bercuti di sini (dulu saya pernah pergi buat kali pertama untuk teambuilding) semua orang tanya nak buat sampai 3 hari duduk sana.

Hari Pertama

Memang betul. Kalau tak plan memang tak tahu nak buat ape. Hari pertama kami sampai dah petang, jadi Emir boleh terus terjun dalam kolam dan mandi. Tapi mandi pun maksimum sampai pukul berapa lah kan, paling tinggi sampai pukul 7. Lepas tu cadangnya kami nak pergi makan dekat cafe hotel je, sekali bila pikir macam membazir lah pulak, so kami just pergi ke depan hotel je untuk makan. Ramai juga masa tu yang singgah makan di situ. Nak jauh lagi tak berani sebab kawasan Felda ni jauh ke dalam dan tak da lampu. Jadi kalau sapa yang bawa budak kecik, rasa makan je lah dekat hotel tu, paling tinggi pun beli je makanan dekat luar pintu hotel.

Lepas makan, memang tak tau nak buat ape, nasib baiklah saya plan bawak mainan. oh btw, internet pun sangat sembap. Bukan setakat sembap, Maxis internet line tak de langsung, internet cuma ada dekat Lobby hotel je. Jadi malam tu, saya dengan Emir main Bingo, Papa pulak pihak berkecuali turun dekat Lobby Hotel untuk gune Internet.


Hari Kedua

Hari kedua adalah hari di mana kami mati kutu. Sungguh. Malam tu memang saya dah pikir dah nak buat apa lah dekat Sungkai ni. Nak shopping tak ada apa yang menarik. Jadinya lepas makan tu saya ajak Papa jalan-jalan. Masa tu habis saya Google, rupenya Sungkai ada Wildlife Conservation Centre atau Pusat Konservasi Hidupan Liar untuk Rusa dan Seladang. Tapi dalam Google Map, dalam Waze semua tak ada. Jadi terpaksalah kami tanya orang tempatan. Kalau ikut dari Felda Hotspring tu, adalah dalam 40 minit (ok - saya tak ingat. mungkin 30 minit kot)..


Tapi bila kami sampai dalam pukul 11 tu, tutup ok!! Frust menonggeng, dalam hati punyalah pikir macam manalah nak habiskan satu hari ni. Rupenya Centre ni cuma buka dari pukul 2 petang. Bila sampai tu macam confuse sebab tempat ni sunyi sepi. Macam tak de orang.

So mula lah experiment saya, saya ajak Papa jalan-jalan Pekan Sungkai, alaa pusing 10 minit (tu pun paling lama) dah habis. Memandangkan Emir rambut dah panjang, so saya ajak Papa bawak Emir pergi gunting rambut. Tapi Papa tak nak turun, saya lah yang kene temankan Emir.


Ramai jugak orang di sini. tukang gunting satu sahaja. Rasanya Uncle ni minat sejarah, dalam Kedai penuh dengan gambar-gambar zaman dahulu kala. Masa tu jugak Uncle ni sambil potong rambut sambil kusyuk betul tengok Channel History, masa tu cerita Roosevelt.

bila nak bayar, Uncle tu kata RM4. Terkejut beruk tok sah cakap lah. RM4? Pejam mata dua tiga kali saya bila harga gunting rambut RM4.

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Saya pulak misi cari satu kedai ke satu kedai untuk cari Biskut Oreo, masa tu sibuk nak ambik gambar untuk Oreo, last kedai barulah jumpe Oreo -- ala cari je. tapi tak hantar pun, Rasa malas pulak nak hantar gambar untuk contest masa tu.

Masa jalan-jalan, kami nampak ramai betul orang berhenti makan cendol dekat sini terus Papa ajak try, saya apa lagi on je lah.. Makan kan middle name nama kami :D Patutlah orang ramai memang sedap pun!!


Sebab Emir dapat gunting rambut harga yang murah giler, saya pun dengan harapan, sure orang perempuan pun harga mengancam jugak. Tanya Papa dia sanggup tunggu tak sebab ye lah kan, orang perempuan gunting rambut bukan nyer 10-15 minit. Tapi Papa bab-bab menunggu ni ok je.. So sambil derang balun another cendol, saya pun gunting lah rambut. Basuh dan potong, sekali harga RM30.. ala lebih kurang je dengan KL pun. :)

pusing-pusing pun kami dapat kill the time sampai pukul 2 lebih. Ingat nak tengok rusa, tapi Papa malas dah nak ke sana balik, dia suruh pergi esok saje, lagipun dia pening kepala.

so kami lepaklah sampai pukul 5 dekat Hotel, lepas tu terus mandi dan mandi dan mandi.. Malam seperti biasa kami makan dekat luar. Lepas balik makan, both Father and Son terus berkampung dekat Lobby hotel main game n saya sorang-sorang layan TV. 

Hari Ketiga

Hari ketiga memang pack. Lepas breakfast, kami pergi mandi lagi. Mestilah kan, last day. Betul-betul lama. Rasa hotel tak bagi late checkout sebab ramai menanti, tapi pukul 12 kami baru nak naik masuk bilik dan kemas barang hehe. Jadi kami checkout pun pukul 1, Alhamdulillah tak kene extra charge.

Lepas dah checkout, kata dekat Papa suruh bawak Emir pergi rebus telur. Kalau tak rugi Emir tak de experience tu. Dengan alasan saya kena jaga barang, jadi Papa dengan Emir pun pergi lah tempat rebus telur, saya lepak-lepak depan lobi hotel update Instagram :p




Saya sempat tanya dekat adik-adik dekat situ, tempat makan mana yang best untuk try, ade sorang adik pekerja ni suggest pergi makan dekat junction masa mula-mula nak masuk simpang ke Felda dari highway. Ramai betul orang. Sampai tak de tempat duduk. Rupanya memang special sebab makan nasi dalam buluh. Lain pada yang lain kan.



Nasi ayam sebenarnya. Emir pun berselera makan sambil pekena ABC. ada juga air mangga dekat situ, tapi dicampur gula jadi semanis-manisnya. i memang tak boleh telan sebab manis benor. so next time kalau sapa nak minum air mangga dekat sini, just bagi tau tak nak gula


Papa memang dah janji nak bawak saya ke sini. Bagus untuk keyword untuk cari blog saya :p Jadi sebab dah pukul 2 kami pun ke situ. Keciwa sikit sebab hujan rintik-rintik. Sampai-sampai, tak habis-habis saya cakap "Rugi Perak tak jadikan tempat ni sebagai kawasan pelancongan, tanah dah ada, kene promosi je". Carilah di Google, tak ramai orang tahu ada Taman Rusa dekat Sungkai ni. Kalau type Sungkai yang penuh adalah Felda HotSpring




Pada saya tempat ni agak bersih, boleh dikemaskan lagi.. Sunyi, sesuailah untuk hidupan liar. Kami ni macam the only pelancong kat situ. Pekerja dekat situ pun layan kami macam first class punya layanan. Maklumlah tak de orang kan.

Tapi takdelah boleh masuk, sekurang-kurangnya kita boleh bagi makanan dekat Rusa. Emir memang seronoklah.. Memang pengalaman baru untuk Emir. mula-mula tu takut.. punya jauh nak bagi makan. Dalam banyak-banyak rusa kat situ, cuma rusa kat bawah ni je rela hati untuk terima bunga-bunga dari kami. Rusa lain bo-layan hehe






Memang kami spent time agak lama dekat sini. sampailah rusa tu kenyang tak mau terima daun dari kami lagi. Puas betul, maklumlah, agaknya kalau dekat tempat lain, mau berebut dengan budak-budak lain, tak pun kalau tempat femes, sure rusa-rusa ni dah tak heran dah nak datang dekat kan. Oh btw, tiada bayaran yang dikenakan dekat sini!! so memang best!!


Masa ni adalah lagi 2 -3 kerete yang sampai, kirenyer ada jugak orang tahu bukan tak ada. Ada juga seladang dan lain-lain, tapi masa tu dah hujan so kami malas nak turun dah. So ambik gambar dengan rusa je lah...




Nampak tak Oreo, memang nak masuk contest pun, tapi rasa gambar macam tak ummph , so I malas nak hantar hehehe.

Apa pun itulah cerite kami di Sungkai, tak payah expect too much! Kalau tanye i, I seronok je, tak de lah tak buat apa langsung. ade jugak bende kami buat kan. Kire macam relax and leisure gitu.

Pada I, tak kisah cuti mana-mana pun tapi kalau dapat sama-sama dengan Papa and Emir kat mana pun I happy. Sebab tu nak pergi Singapore (nanti kemudian saya cerita) dengan Emir je ni, I macam rasa dah tak syiok dah sebab Papa tak mo ikut. :)

6 comments:

mrs Fiza said...

menariknya sungkai ni..belum pnh smpi lg..

Abu Emir said...

:P

Mama Zharfan said...

heheh kelakar plak baca psl ur holiday ni sbb mcm tak de apa nak buat itu--nasi dlm buluh tu siyes sgt unik!!

Nad MamaZN said...

Serius xtau pasal tmpt rusa tu
Walaupun saya org perak huhu

zety said...

dlm byk2 citer i suke nasi buluh n emir feed animals..hehehe..

blog-tips-kurus said...

ini ke nasi bamboo tu?

encem dak Emir ni.. hoho!

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez